Para pembesar memenuhi kediaman Zheng gonggong. Sedang Zheng gonggong rancak berbual, ada pemgawal datang memberitahu pengantin gantian diculik. Zheng gonggong menghela nafas panjang. Jangkaan Shuang er benar belaka. Zheng gonggong mengangguk dan meminta diri. Dia pergi ke kamar pengantin dan Sara sudah pun siap berpakaian sambil membaca buku. Zheng gonggong mengetuk pintu.
"Shuang er, jiaofu masuk,"kata Zheng gonggong.
"Baik jiaofu,"balas Sara dari dalam.
"Haizi, betul sangkaan haizi. Li Yang Jian menculik pengantin gantian,"beritahu Zheng gonggong
"Na, Shu Wu Ji macamana?"
"Sebaik sahaja dia sampai jiaofu akan menyuruhnya terus ke sini. Jiaofu takut dia akan bertindak mengikut perasaannya," kata Zheng gonggong. Sara termenung seketika. Jika Shu Wu Ji tidak mengikut arahan Zheng gonggong akan berlaku pertumpahan darah yang sepatutnya boleh dielak. "Jiaofu akan menunggu Shu Wu JI di pintu," kata Zheng gonggong sambil berlalu.
Shu Wu Ji kelihatan begitu lemah tiba di pintu gerbang kediaman Zheng gonggong. "Jiaofu, Wu JI tidak boleh berdiam diri begini, itu isteri Wuji," kata Shu Wu JI perlahan.
"Wo dong (saya faham),"kata Zheng gonggong. "Jiaofu akan bawa Shuang er balik ke sini hari ini juga percayalah," pujuk Zheng gonggong. "Kamu tunggu berita di kamar pengantin,ya?"
Shu Wu JI melangkah lemah. Dia hanya mampu membalas ucapan tahniah di kiri dan kanannya dengan salam hormat. Hatinya kosong kini di samping menahan kemahuan mahu ke Kediaman Li. Dia masuk ke bilik pengantin yang terhias mewah. Dia menutup pintu kamar dan memicit dahinya. Airmatanya walau ditahan gugur juga. Sara yang keluar dari tempat persembunyian menyentuh bahu Shu Wu Ji dan secepat kilat, Shu Wu Ji menarik dan mengilas tangan itu.
"Ah, sakit-sakit!" jerit Sara. Shu Wu Ji cepat melepaskannya.
"Shuang er...ni-" kata Shu Wu JI terkejut.
"Wo shenme?" tanya Sara sambil mengurut bahunya. "Lao kong this is our first day and you want to fight me?"tanya Sara lagi. Dia menumbuk perut Shu Wu Ji. Mengaduh Shu Wu Ji memegang perutnya.
"Sara! NI xia dao wo le (Kau menakutkan aku)! Bukan tadi kau diculik oleh LI Yang Jian."
"Bila? tadi?"tanya Sara. Shu Wu Ji mengangguk wajahnya sungguh serius.
"Mo LI Hua yang diculik oleh LI Yang Jian ialah Mo LI Hua-ZHEN. Dia ialah pengganti yang dicari oleh jiaofu," terang Sara. Shu Wu Ji memeluknya sambil menangis. "Bie ku le (jangan menangis). Shuang er di sini kan?" pujuk Sara. Dia ketawa. Selepas menjadi suami kepadanya Shu Wu JI berjiwa tisu.
"Kenapa kau ketawa?"tanya Shu wu Ji.
"Kau begitu comel sangat sekarang," jawab Sara mengambil sapu tangan dan mengesat airmata Shu Wu Ji yang bersisa. Shu Wu JI menariknya ke meja dan mereka duduk di situ.
"Ceritakan kepada aku apa yang sebenarnya telah berlaku ni?"kata Shu Wu JI.
"Perlu ke?"tanya Sara. Shu Wu Ji mengangguk. "Daren, tonight is our wedding night, esok saja," kata Sara cuba menarik hidung Shu Wu Ji tetapi ditampar. "Uih," kata Sara terkejut. Sara menjeling kepada Shu Wu Ji. "Hao......" panjang jawapan Sara. "Shuang er yang minta jiaofu mencari seorang gantian.Gantian itu akan berada di rumah penginapan dan akan diambil oleh laokong untuk dibawa ke rumah ini. Shuang er selepas sahaja semua orang pulang, pengawal peribadi jiaofu datang mengambil dan Shuang er bersiap di sini sahaja. Hou kan me?(Cantik tak?)"
"Siapa gantian itu?"
"Mo Li Hua Zhen. Sebaya, sama tinggi, sama besar. And she's really smart. Jiaofu kata mereka terserempak apabila rumahnya diceroboh kerana hutang perniagaan bapanya. So, the deal was, dia jadi pengantin gantian dan jiaofu membantu melangsaikan hutang keluarganya dan jiaofu juga memberi sedikit wang untuk mereka memulakan perniagaan semula."
"Tak merbahayakan nyawa Mo LI Huazhen?"tanya Shu Wu JI.
"Why? Wuji, kau nak pergi selamatkan mei ren tu ke?"
"Ni shuo shenme? (apa yang kau cakap ni)?"marah Shu Wu Ji. Sara ketawa kecil.
"Dah tengok macam concern sangat. Sara dah bagi ubat tidur kepada Huazhen. Dia akan mencampurkan serbuk itu dengan wain malam pengantin dan dia akan berpura-pura seperti telah menjalani malam pengantin dengan Li Yang Jian."
"Li Yang Jian takkan membunuh Huazhen?"tanya Shu Wu JI. Sara mengangkat bahunya.
"Maybe or maybe not. Huazhen is really pretty. Yang pasti bukan Li Yang Jian yang akan membunuh Huazhen tapi Yuan Yuan," kata Sara ketawa. "Ni, fangxin ba (jangan bimbang), Jiaofu menggaji seorang pengawal peribadi dan seorang orang gaji untuk Huazhen. Sara cakap kepada Huazhen, jika dia mahu teruskan hidup sebagai gundik LI Yang Jian , dia boleh lakukan itu. Tapi jika dia mahu keluar dari situ, kemungkinan besar Li Yang Jian akan menghalau dia balik. But the second choice tu risky la sikit sebab orang akan tahu dia cuba menculik anak Zheng He di perarakan perkahwinannya. Dan jiaofu kata itu tidak baik untuk kerjayanya bersama Maharaja." Shu Wu JI menarik nafas panjang. Dia menarik Sara dan membawa Sara duduk di ribanya.
"Wo de hen mei ren (gadis cantikku), tolong jangan buat lagi macam ni boleh tak? Aku hampir terkena serangan jantung tadi. Aku tak mahu kehilangan kau sekali lagi," kata Shu Wu Ji lembut sambil merangkul Sara. Sara menoleh melihat wajah suaminya itu.
"Ini last, Sara janji," kata Sara memegang wajah Wu JI. "Tetamu masih ramai di luar. Pergilah menyambut mereka," kata Sara. Shu Wu JI menggelengkan kepalanya. Dia mencempung Sara ke katil dan meniup beberapa lilin di situ.
"Aku takkan keluar dari bilik selagi kita bukan benar-benar sepasang suami isteri," bisik Shu Wu JI. Sara tersenyum. Wu JI melepaskan kelambu dan biarpun malam masih meriah, mereka menjalani malam pertama dengan penuh kasih sayang.
"Jian er!" tempik Li Lao ye apabila melihat LI Yang JIan mendukung Mo Li Huazhen di atas bahunya.
"Tiye," sambut LI Yang Jian .
"Apa yang kau buat ni? Kalau Zheng gonggong tahu, satu keluarga kita akan dibunuh," kata Li Lao Ye. Lao Furen juga terkejut kerana LI Yang Jian sudah seperti orang gila.
"Tiye, zumu, esok pagi kami akan datang ucapkan selamat pagi. Jian er pergi dulu."
"Jian er, tunggu!" panggil Lao Furen. Li Yang Jian tanpa segan silu atau rasa bersalah membawa Mo LI Huazhen ke bilik Mo LI Hua yang lama. Dia meletakkan Mo LI Huazhen berhati-hati di katil. Kain tutup muka Mo LI Huazhen masih lagi berada di tempatnya.
"Mo LI Hua, kau takkan dapat pergi dari rumah ini selamanya," kata Li Yang Jian cuba membuka kain tutup wajah pengantin itu.
"Li Daren, bersihkan diri dulu. LI Hua akan tunggu di sini," kata Mo Li Huazhen. Li Yang JIan merasa pelik kerana sejak tadi, Mo LI Hua langsung tidak melawan. Dia melangkah mendekati Mo Li Hua perlahan-lahan. Baru sahaja dia hendak membuka kain itu, Yuan Yuan melangkah masuk.
"Err lang?! Apa makna semua ini? Kenapa Err lang bawa Mo LI Hua kembali?"tanya Yuan Yuan yang sudah histeria di situ.
"Yuan Yuan baliklah ke bilik kamu. Ini bilik Mo Li Hua."
"Tidak!" jerit Yuan Yuan. Dia meluru kepada Mo LI Hua yang duduk di katil tetapi nasibnya tidak baik kakinya tersadung kaki meja dan Yuan Yuan tersungkur. Dia memegang perutnya. "Err lang, perut..Yuan Yuan." Li Yang Jian terkejut melihat Yuan Yuan jatuh tergolek di lantai dan dia menjadi cemas apabila darah banyak keluar dari Yuan Yuan.
"Panggilkan taiyi," jerit Li Yang Jian. Pembantu Yuan Yuan keluar dengan pantas.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...