Li Yang Jian mengikut mereka ke dalam kedai. Mereka menyedarinya. Sara berpaling ke belakang.
"Ei, Li Yang Jian,"tegur Sara. Li yang Jian menarik Sara untuk mengikutnya secara tiba-tiba.. Shu Wu Ji menarik Sara kembali tetapi tidak dilepaskan oleh Li Yang Jian.
"Li Yang Jian,lepaskan isteri aku!"jerit Shu Wu Ji. Satu kedai panik dengan kejadian itu. Pelanggan-pelanggan bertempiaran meninggalkan kedai itu. Sekali Li Yang Jian menarik Sara, Shu Wu Ji akan menarik Sara kepadanya kembali.
"Dia isteri aku. Aku tak setuju bercerai!" Li Yang Jian mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher Sara. "Lepaskan atau aku bunuh dia di sini!" Shu Wu Ji berhenti menarik Sara. Dia masih memegang lengan Sara.
"Jangan apa-apakan dia!"kata Wu Ji. Dia memandang Sara dan Sara mengangguk sedikit.
"Lepaskan!"bentak Li Yang Jian.
"Tidak! Dia isteri aku yang sah,"bantah Shu Wu Ji. Sara mengeluh.
"Li Yang Jian lepaskan aku,"kata Sara tenang. Dia memandang Li Yang Jian.
"Boleh, ikut aku balik ke kediaman Li,"balas Li Yang Jian memandang Mo Li Hua.
"Li Hua!"panggil Shu Wu Ji cemas.
"Wu Ji lepaskan,"arah Sara. Li Yang Jian tersenyum kepada Wu Ji tanda dia menang. Li Yang Jian menurunkan pisau itu perlahan-lahan.
"Tidak,"kata Shu Wu Ji. Sara memandangnya dengan penuh kelembutan. 'Trust me,'kata Sara tanpa suara. Shu Wu Ji dengan perlahan lepaskan genggamannya perlahan-lahan. Sara tanpa berlengah menumbuk hidung Li Yang Jian dengan pantas. Li yang Jian tepelanting ke belakang.Terkejut Li Yang Jian. Shu Wu Ji menarik Sara kembali kepadanya dan Pipit menghunus pedangnya ke dada Li Yang Jian.
"Pipit,"tegur Sara. Pipit yang amat jengkel dengan sikap Li Yang Jian kurang ajar masih lagi menekan hujung pedang ke dada Li Yang Jian. "Li Daren,suami aku hanya Shu Wu Ji. Dia mengambil aku dengan 8 tandu di hari perkahwinan kami. Satu Nanjing menyaksikannya. Li Lao Ye dan jiaofu saksi perceraian kita. Baliklah kepada isteri2 kau,"kata Sara. Li Yang Jian memegang hidungnya yang berdarah dan menyumpah MoLi Hua di dalam hatinya. "Pit, lepaskan dia,"arah Sara. Pipit mengambil setapak demi setapak ke belakang dan berdiri di hadapan Shu Wu Ji dan Sara.
"Aku salah. Li Hua kembali kepada aku. Aku janji aku akan melayan kau dengan lebih baik,"kata Li Yang Jian sambil berdiri dibantu oleh pembantunya. Sara cuba menelah pengakuan Li Yang Jian.
"Maafkan aku Li Yang Jian. Anggap sahaja ini semua mimpi buruk. Shu Wu Ji ialah suami aku yang sah. Lupakan aku,"kata Sara. Dia memandang Shu Wu Ji.
"Kita makan di rumah saja,"bisik Shu Wu Ji. Sara menurut sahaja permintaan Shu wu Ji. Mereka berempat keluar melepasi Li Yang Jian.
"Li Hua!!"panggil Li Yang Jian apabila mereka berempat berlalu melepasi dirinya. Pengawalnya menahan Li Yang Jian daripada terus memaksa Mo Li Hua. "Li Hua, tolong jangan pergi. Aku yang salah selama ini,Li Hua," panggil Li Yang Jian. Sara menghentikan langkahnya dan dia berpaling kepada Li Yang Jian. Dia melepaskan tangan Shu Wu Ji dan bergerak menuju kepada Li Yang Jian. Shu Wu JI menahannya sekali lagi. Sara menyentuh tangan Wu Ji dan memberikan jaminan yang semua dalam kawalannya.
"Sudahlah.Kita perlu berbicara," kata Sara. "Di sana," tunjuk Sara di tepi terusan yang dihias indah di tepinya ada bangku di bawah pokok. "Berjanji dengan aku kau takkan membuat sesuatu yang bodoh," kata Sara lagi. Li Yang JIan mengangguk. Mereka keluar dari kedai itu dan menuju ke tempat pilihan Sara. Angin sepoi-sepoi bahasa menyamankan suasana. Sara duduk di bangku dan Li Yang Jian berdiri berdekatan dengannya. "Li Daren, apalagi yang perlu aku lakukan untuk menerangkan kepada kau yang aku tidak memerlukan kau dalam hidup aku?"tanya Sara.
"Kau sedang marah dengan aku bukan? Kau sukakan aku bukan? Kalau tidak masakan kau sanggup bersabar selama 3 tahun kau menjadi puan besar di kediaman LI," kata Li Yang Jian.
"Li Daren, aku lupa banyak benda aku hilang ingatan. Tapi hilang ingatan perasaan terhadap seseorang takkan berubah. Kau bagi aku tiada makna yang istimewa Yang Jian," balas Sara.
"Apa yang aku perlu lakukan untuk merubah fikiran kau Li Hua?"tanya Li Yang Jian. Sara menarik nafas panjang.
"Aku cintakan Shu Wu Ji, Yang Jian. Tiada apa yang dapat menggantikan Shu Wu JI."
"JIka kau boleh cintakan Wu JI, kau juga boleh cintakan aku," kata Li Yang Jian.
"Ni feng le(kau gila)?"
"Mei feng!(tidak gila). Aku sedar apa yang aku cakapkan ni," akui LI Yang Jian. Shu Wu JI yang berdiri dari beberapa meter sudah mula hilang sabar.
"Semuanya sudah berakhir LI Yang Jian. Yuan Yuan baru sahaja melahirkan putera sulung untuk kau. Jagalah dia baik-baik. Jadikan Yuan Yuan isteri utama, tolonglah. Dan tolonglah jaga Mo LI Huazhen dengan baik. Dia gadis yang cerdik, cantik dan dia akan jadikan keluarga LI sebagai keluarganya sendiri."
"Semua mereka bukan kau LI Hua," kata Li Yang Jian kesal. "Aku cintakan kau!" ujar Li Yang JIan lagi. Sara terketawa. "Kenapa kau ketawa?"tanya Li Yang jIan jengkel.
"Sebab aku rasa kelakar. Aku tak rasa kau mencintai aku Yang JIan. Orang yang kau cinta ialah diri kau sendiri. Secara jujurnya, aku sudah tidak sanggup hidup dalam keadaan yang sering terhina seperti dulu. Wu Ji benar-benar sayangkan aku dan aku percaya dia boleh melindungi dan menyayangi aku dengan sepenuh hati." kata Sara lalu berdiri. "Aku nak balik kampung ke Hang zhao. Mungkin aku takkan ke sini lagi. Kau jaga diri kau baik-baik. Aku tahu, kau begini hanya dengan aku. Dan aku tahu, kalau kau bukanlah seorang lelaki yang baik, Yuan Yuan dan Han Mei takkan sanggup hidup sebagai isteri kau,hmm?" kata Sara cuba memujuk. Dia cuba melangkah tetapi ditahan oleh Li yang JIan.
"Aku bersumpah, kalau pergi sekarang, aku tetap akan mengejarmu," bisik Li Yang Jian. Sara memandang tepat ke wajah LI Yang Jian.
"Kalau begitu, apa saja yang kau fikir dan lakukan bukanlah hal aku kerana aku tidak bertanggungjawab terhadap perasaan dan fikiran orang lain. Buatlah ikut suka hati kau. Tapi aku beri kau amaran, jangan usik orang aku. Shu Wu JI, Pipit atau Xiao Lian atau kedua ibubapa aku kerana aku takkan teragak-agak membalas apa yang kau akan buat terhadap aku dan keluarga aku,faham?" cakap Sara menolak Li Yang JIan ke tepi. Shu Wu Ji berlari mendapatkannya.
"Kau tak apa-apa?" bisik Wu JI. Sara tersenyum manis.
"Tiada apa yang dia boleh buat kepada aku lagi," jawab Sara. "Jomlah balik. Esok kita ada perjalanan yang panjang," ucap Sara lagi kepada Shu Wu Ji. Shu Wu Ji mengusap kepalanya dan membawa Sara balik ke rumah penginapan.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...