Mereka sampai di pintu gerbang Hangzhou sepuluh minit sebelum pintu kota itu ditutup. Mereka telah bertukar kuda sebanyak 3 kali dalam perjalanan ini dan kesemua dari Xiao Lian, Pipit, Ann Di dan Sara merasakan kepenatan yang luar biasa. Mereka tiba di kediaman Zheng gonggong tepat tengah malam. Kelihatan seorang warga emas dan seorang lelaki muda sedang menunggu di hadapan pintu masuk kediaman itu. Apabila melihat mereka berempat dengan pantas menuju ke situ mereka dapat meneka anak saudara Zheng Gonggong Ma Shang Wu dan orang-orangnya sudah sampai.
"Lai ren," panggil orang tua itu. "Bawa kuda-kuda ini ke bangsal di belakang," suruh orang tua itu."Selamat malam," sapa orang tua itu.
"Selamat malam, saya Ma Shang Wu," Sara memperkenalkan dirinya.
"Pakcik, Zhu Ren Wu. Ini anak pakcik Zhe Ren JI," beritahu penjaga kediaman itu.
"Pakcik Zhu , maafkan saya kerana sampai terlalu lewat malam ini," ucap Sara mengangkat hormat.
"Bu shi, bu shi. Ma xiaoye sampai ke sini dengan selamat itu adalah satu kesyukuran," kata Pakcik Zhu. Ren Ji memerhatikan anak saudara Zheng gonggong Ma Shang Wu. Begitu tampan dengan kulit yang sungguh cantik. Seorang gadis bersamanya juga sangat cantik.
" Baiklah, ini Pipit, Xiao Lian pembantu peribadi saya. Ini adik saya Shu Ann di," kata Sara memperkenalkan orang-orang di sisinya.
"Selamat datang semua. Mari masuk berehat. Makanan akan dibawa masuk ke bilik," beritahu Pakcik Zhu.
"Na, Pakcik dan Ren Ji makan bersama kami?"ajak Sara.
"Oh, Pakcik minta maaf, pakcik mesti tidur sekarang kerana pakcik perlu ke pejabat Majistret esok. Apa kata Ren JI sahaja yang menemani Ma xiaoye?"
"Baik, marilah," ajak Sara ke dalam. Kediaman Zheng gonggong, sememangnya agak berlainan dari rumah bangsawan Cina yang lain. Mungkin kerana dia banyak mengembara ke serata dunia. Kediaman Zheng gonggong adalah campuran rekabentuk Eropah dan Cina. Sara merasakan dia berada di sebuat resort di zamannya. "Cantik sungguh kediaman ini," puji Sara seraya berjalan di belakang Ren JI.
"Tunggu apabila Ma Xiaoye masuk ke kediaman Xiaoye. Zheng gonggong mereka dalaman mengikut negara kegemarannya, Perancis," beritahu Ren Ji. Sara melihat Ann Di dan bertepuk tangan tanpa bunyi menandakan dia sangat teruja. "Kita sudah sampai," kata Ren JI membuka pintu bilik itu. Ada pendiangan yang cantik terhias dengan bunga-bungaan. Ren JI memasukkan beberapa tongkol kayu kering dan memulakan api. "Nanti malam akan jadi sangat sejuk, pendiangan api ini akan memanaskan bilik ini."
"Wow, terima kasih Ren JI," ucap Sara. Ann Di dan Sara berpandangan sesama sendiri. "This is like in another world," bisik Sara kepada Ann Di.
"I agree," bisik Ann Di pula kepada Sara. Pipit dan Xiao Liang yang terpaku melihat bilik seperti itu hanya berdiri tegak.
"Ma xiao ye ini bilik xiaoye. Bilik Ann Di kunyang akan berada di sebelah. Xiao LIan-"
"Xiao Lian akan berada bersama aku," kata Sara."Pipit pula akan berada di bilik berasingan," sambungnya lagi. Ren JI merasa sedikit keliru. "Xiao Lian perlu ada bilik sendiri juga kalau tidak dia akan bersama aku," Sara membetulkan pernyataannya.
"Oh, ya kalau begitu, Ren JI akan sediakan bilik khas untuk Pipit dan juga Xiao Lian," kata Ren Ji ketawa kecil.
"Ren Ji, saya lapar. Boleh makan sekarang?"tanya Sara.
"Baik, Ren Ji ke dapur sekarang. Zheng Gonggong menyampaikan pesan semua ada makanan laut dan sayur-sayuran dan tiada yang ayam dan daging dan mana-mana minyak berasaskan haiwan, betul?"tanya Ren Ji lancar.
"Betul," jawab Sara pendek.
"Baiklah Ren JI ke dapur sekarang," kata Ren Ji. Sara memandang Xiao Liang dan Ann Di.
"Kami akan menolong," kat Ann Di dan mengajak Xiao Lian untuk mengikutnya sekali. Sara amat teliti dalam bab pemakanan di zaman itu hanya kerana takut akan ada yang meletak racun di dalam hidangan dan ketiga-tiga sahabatnya Pipit, Xiao Lian dan Ann di amat mengerti perasaan Sara tentang ini.
Sudah dua minggu, Zhu Wu sembuh dari sakitnya dan keadaan di rumah LI Yang JIan masih begitu. Yuan Yuan kini menjadi kejam dengan Han Mei dan juga MO Li Huazhen. Dan Li Yang Jian semakin menyesali melepaskan Mo Li Hua. Dia tidak pergi ke istana untuk mengadap maharaja, dia hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik bacaan. Li Lao Ye, Li Danyangzi, Lao Furen juga amat sedih melihat keadaan LI Yang Jian begitu.
"Lao Ye, anak kita itu semakin parah nampaknya. Biarpun sudah mempunyai anak namun dia masih teringatkan Mo LI Hua," tegur Da Nyangzi kepada Li Lao Ye yang sedang termenung ke luar jendela. Dia mengangguk.
"Kau silap perkiraankah? JIka MO Li Hua bukan Shu Furen, sekarang juga aku akan membawa dia balik ke sini," kata Li Lao Ye tanpa berpaling. "Yuan Yuan masih berpantang bukan?"tanya Li Lao Ye. Danyangzi mengiyakan. "Kalau macam tu, minta Han Mei dan Huazhen menemani Jian er," arah LI Lao Ye.
"Han Mei sudah naik takut untuk menghampiri Jian er sejak Jian er meletak pedang ke lehernya dan Huazhen-"
"Huazhen shenme?"tanya Li Lao ye.
"Jian er hampir membunuhnya dua tiga hari lepas dan dia bernasib baik kerana Zhu Wu menyelamatkannya."
"Panggilkan Zhu Wu ke mari. Aku ingin bertanyakan sesuatu," pinta Li Lao Ye. Danyangzi menyuruh pembantu kanannya untuk memanggil Zhu Wu mengadap Li Lao ye.
"Zhu Wu di sini," sapa Zhu Wu di luar pintu.
"Masuk," balas LI Lao Ye. Dia duduk di kerusi bersebelahan Danyangzi. "Zhu Wu, aku ingin kau ceritakan sesuatu kepada kami berdua," kata LI Lao Ye lagi.
"Kalau Zhu Wu ada jawapan, Zhu Wu akan memberitahu," balas Zhu Wu.
"Adakah kau berdendam dengan LI Yang Jian?"tanya Li Lao Ye. Zhu menyembah Li Lao Ye.
"Tidak sama sekali. Zhu Wu berada di sini atas ehsan LI Lao Ye," jawab Zhu Wu.
"Bangunlah," suruh Li Lao Ye. "Kenapa tuan kamu begitu bersedih kerana Mo Li Hua?"tanya Li Laoye lagi. "Sedangkan dia cuma mahu hidup bersama Yuan Yuan?"
"Zhu Wu tidak dapat menjawab soalan itu Tuan,"jawab Zhu Wu. "Tapi Zhu Wu boleh katakan, Li Daren dalam caranya begitu mengambil berat tentang Li Furen selepas balik dari pergunungan," jawab Zhu Wu. Keadaan hening seketika. Li Lao ye menyesali tindakannya yang memaksa LI Yang Jian menceraikan Mo LI Hua. Kalau dia tahu perasaan anaknya sekarang tidak sesekali dia akan memaksa LI Yang JIan melakukan sesuatu yang membuat dirinya merana sebegitu rupa. "Sebab itu dia cuba menculik LI Furen ketika perarakan pengantin tempoh hari," terang Zhu Wu. Danyangzi merasa cukup sebak di hatinya. Nampaknya mereka berdua dalam membantu anak mereka telah membuatkan hidup anak harapan keluarga ini menjadi begini. Li Lao ye memandang isterinya dan dia menyuruh Zhu Wu pulang ke bilik bacaan Li Yang Jian.
"Apa yang kita nak buat sekarang Lao ye?"tanya Danyangzi.
"TAk tahu, tapi aku akan pergi menziarah Zheng gonggong."
"Untuk apa?"
"JIka mahukan Mo Li Hua untuk kembali hanya satu cara, Zheng gonggong memberikan kebenarannya untuk MO Li Hua kembali ke rumah ini."
"Tapi dia sudah menjadi Shu Furen,"kata Danyang.
"Aku akan cuba bercakap dengan Shu Wu Ji, aku akan ceritakan segalanya dan semua ini berpunya dari keputusan aku. Jian er tidak bersalah," balas Li Lao ye.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...