39

287 32 2
                                    

Selesai makan malam, Shu Wu Ji menghantar Sara ke bilik. Sara walaupun bersetuju, dia tidak dapat menahan dirinya dari berfikir adakah itu keputusan terbaik. Bukan kerana dia tidak sukakan Shu Wu Ji tetapi bolehkah dua insan dari berlainan zaman bersama? Sesungguhnya jika difikir logik akal ini tidak patut berlaku tapi dia berfikir lagi, dalam hidup ini di dunia atau akhirat semuanya adalah kerana izin Allah swt. Kadang-kadang akal mengatakan tidak mungkin tapi yang berlaku adalah sebaliknya kerana Allah Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Dia menyentuh rantai mutiara itu di lehernya. 'Popo, sekiranya aku mesti pulang kepada mak dan mamatok, izinkan aku sedikit masa untuk bersama Shu Wu Ji.' Atas ingatan ini, dia akur. Semua yang berlaku adalah takdir Allah dan semuanya adalah kuasaNya. 'Ya Allah, sekiranya ini jalan hidup aku, dorongkanlah, mudahkanlah perjalanan ini,'doanya di dalam hati. Shu Wu Ji melihat sahaja Sara dari selepas makan tidak banyak bercakap.

"Qin Ai de," tegur Shu Wu JI. Mereka sudah berada di hadapan bilik penginapan Sara. Sara masih dalam lamunannya. "Shuang er," panggil Shu Wu Ji sekali lagi. Masih tidak dihiraukan. "Sara..."panggilan Shu Wu Ji lebih kuat. Dia memerhatikan wajah Sara di bawah cahaya lilin dan bulan penuh. 'Kenapa dengan Sara ni?'soal hatinya. Dia menyentuh lengan Sara dan itu mengejutkan Sara dari lamunannya.

"Ha?" tegur Sara. Shu Wu Ji tersenyum.

"Apa yang sedang kau fikirkan?"tanya Shu Wu Ji. Sara tidak tahu bagaimana hendak mencurahkan kegusaran hatinya. "Kalau kau rasa kau mahu melindungi aku dari patah hati bila kau balik kepada mamatok dan mak, aku beritahu kau sekarang. Aku lebih suka begini. Kita hidup sebagai suami isteri walaupun seketika kerana aku tidak tahu jika aku boleh lepaskan kau pergi begitu."

"Hmm, mana kau tahu aku fikirkan itu?"usik Sara.

"Sebab kau Sara...kita kenal tak lama tapi  aku faham perangai kau."

"Oh, apa PERANGAI aku?"

"Cute!" jawab Shu Wu Ji mencubit kedua pipi Sara. Sara mengaduh kesakitan lalu menampar tangan yang mencubit pipitnya. Shu Wu JI ketawa. "Terus-terang, kau seorang yang sungguh istimewa. Mungkin kau tak merasakan begitu, tapi aku melihat di hadapan aku ini, seorang wanita cantik yang kuat, bijak dan jujur. Walaupun kau tak secantik ini, aku akan jatuh cinta denganmu," kata Shu Wu Ji berbisik. 

"Begitu sekali?"tanya Sara mengusik. Shu Wu Ji mengangguk.

"Aku minta, jangan keluar dari rumah penginapan ini jika tidak perlu. Aku dan Zheng gonggong akan menguruskan semua tentang perkahwinan ini. Kau hanya perlu berada di sini," pinta Shu Wu Ji. "Li Yang Jian takkan mengalah dengan mudah. Aku takut kau akan diganggu lagi," sambung Shu Wu Ji.  Sara tersenyum manis.

"Baiklah, lao kong," balas Sara. Shu Wu Ji ketawa kerana perkataan laokong itu yang bermakna suami.

"Na, Lao po...lao kong pergi dulu. Masuklah berehat," kata Shu Wu Ji tidak berhenti tersenyum."Selamat malam. See you in my dreams," sambung Shu Wu Ji. Sara berdesis. 

"Assalamualaikum," kata Sara.

"Waalaikumsalam wrt," jawab Shu Wu Ji. Sara masuk ke biliknya. Dia menutup pintu dan duduk di meja. Shu Wu Ji yang nampak Pipit di suatu sudut memanggilnya pergi kepadanya.

"Jaga Zheng xiaojie baik-baik. Aku takut ada perkara yang tak diingini berlaku," arah Shu Wu Ji.

"Baik Shu Daren," memberi hormat. Shu Wu Ji berlalu dari situ.

"Oh, Li Hua dah balik. Dah makan kan?"tegur Xiao Lian yang sedang menyediakan pakaian tidur untuk Sara. 

"Nak mandi," jawab Sara.

"Air mandi dah siap tu," tunjuk Xiao Lian. "Mari aku temankan," kata Xiao Lian. Sara bersiap untuk tidur. Dia baru sahaja berbaring selepas itu dia bangun kembali."Kenapa LI hua?"tanya Xiao kehairanan.

"Tak ada apa. Esok temankan aku berjalan di sekitar rumah penginapan ini," jawab Sara. Xiao LIan mengangguk. 

"Sekarang Zheng Xiaojie mesti mendapatkan tidur yang cukup. Nanti tak cantik di hari perkahwinan," kata Xiao Lian.

"Uih, aku tak beritahu pun aku nak berkahwin," balas Sara.

"Zheng Xiaojie, nubi tahu  perkara ini semalam lagi. Zheng gonggong datang memberitahu Xiao Lian supaya bersedia."

"What?!! Semalam?"tanya Sara terkejut. Xiao Lian ketawa. 

"Xiao LIan dan Pipit dah tahu lebih dulu," akui Xiao LIan.

"Na, Shu Wu Ji tahu tentang perkara ini?"tanya Sara.

"Zheng gonggong kata hanya Xiao Lian dan Pipit sahaja yang tahu pada waktu itu," terang Xiao Lian dengan jujur. 

"Ok, aku tidur dulu. Selamat malam," balas Sara. Dia berbaring dan diselimutkan oleh Xiao Lian. "Xiao Lian kita masih di musim panas...jadi aku tak perlukan selimut!" tegur Sara. Xiao Lian menggelengkan kepalanya.

"Hao Hao Hao. Tidur aku kipaskan ok?"balas Xiao Lian sambil melipat kain selimut itu semula. Sara melelapkan matanya walaupun dia tidak mahu mengakuinya hari ini dia berasa sangat penat. Sara bangun awal pagi dan cepat-cepat bersiap. Dia terus berlalu ke bilik Zheng gonggong.

"Oh, Shuang er. Kenapa nak jumpa jiaofu pagi-pagi begini," tanya Zheng gonggong yang  baru sahaja mahu bersarapan.

"Kita bersarapan bersama boleh?"tanya Sara. Zheng gonggong mempersilakan Sara bersarapan bersamanya.

"Jiaofu. Nanti Shuang er akan bertolak dari sini ke kediaman Jiaofu bukan?"tanya Sara selepas selesai bersarapan.

"Ya, kenapa?" balas Zheng gonggong.

"Kalau Shuang er nak buat satu permintaan boleh?"pinta Sara. 

"Katakanlah" jawab Zheng gonggong.

"Shuang er nak dua pasang baju pengantin boleh?"

"Dua pasang?"tanya Zheng gonggong tidak percaya.

"Dua pasang dengan semua perhiasan."

"Shuang er hendakkan dua pasang dan dua set perhiasan?"tanya Zheng gonggong lagi. Sara mengangguk. "Shuang er hendak buat apa ni?"bisik Zheng gonggong.

"Langkah-langkah keselamatan," jawab Sara berbisik. Zheng gonggong merenung Sara seketika. Dia tersenyum. Ternyata dia mempunyai anak yang bijak.  Dia tahu apa yang cuba Sara lakukan. 

"Hao, nanti jiaofu hantarkan persalinan pengantin itu bila siap nanti," janji Zheng gonggong. "Apa saja yang Shuang er hendak lakukan mesti berhati-hati. Sudah beritahu Wu ji?"tanya Zheng gonggong. Sara menggelengkan kepalanya.

"Lebih baik dia tak tahu. Sebab belum tentu lagi akan ada peristiwa yang tak diingini berlaku," jawab Sara. Zheng gonggong tersenyum. Dia menepuk bahu Sara.

"Zheng gonggong," panggil Shu Wu Ji. "Oh, lao po ada di sini?"usik Shu Wu JI.

"Lao po?"tegur Zheng gonggong mengangkat keningnya terkejut.

"Ya laokong. Lao po bersarapan dengan Jiaofu," balas Sara. "Lao kong dah makan?"tanya Sara. Shu Wu JI tersenyum. 

"Sudah."

"Mari Wu ji," ajak Zheng gonggong. "Shuang er, jangan keluar dari kawasan penginapan ini. Kalau bosan di belakang rumah penginapan ini ada taman yang cantik. Boleh kamu bersia-siar di situ," suruh Zheng gonggong.

"Baik jiaofu. Jalan baik-baik ya," kata Sara menghantar mereka keluar dari bilik itu. Shu Wu Ji melambai selamat tinggal dan disambut oleh Sara. "Jiaofu, laokong jalan baik baik ya. Jangan balik lambat," jeritnya dari tempatnya. Zheng gonggong tersenyum. 

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now