"Shuang er!Shuang er!"panggil Shu Wu Ji menampar-nampar pipinya.
"Slow sikit boleh tak?"kata Sara berbahasa melayu dalam dengar tak dengar.
"Xiao Lian, sediakan air madu untukku,"arah Sara terbatuk-batuk. Xiao Lian berlarian ke dapur kediaman itu.
"Berapa lama sudah kau berada di zaman ini?"tanya Shu Wu Ji berbisik. Sara mengambil tangan Wu Ji dan menulis 3 bulan di tapak tangan. "Kau bukan Cempaka,kan?" Sara menulis Mo Li Hua. Shu Wu Ji memandang Sara betul-betul di kesamaran lilin. Dia tersenyum, banyak perbezaan dari segi fizikal dan wajah tapi tingkahlaku, senyuman dan pandangan mata itu adalah Sara gadis Melayu dari masa depan, tunangannya yang hampir menjadi isterinya.
"Shu Daren,"panggil Li Yang Jian. Shu Wu Ji berdiri dari duduk di sisi Sara. Dia memberi hormat kepada Li Yang Jian.
"Saya rasa Li Furen amat lemah tetapi dengan rehat dan ubat dari tabib dia akan menjadi lebih baik,"kata Shu Wu Ji tersenyum. Berat hatinya hendak meninggalkan Sara yang lemah itu. Matanya melirik kepada Sara yang bersandar di kepala katil.
"Terima kasih, Shu Daren."
"Panggil saja Shu Wu Ji. Tak perlu berterima kasih kebetulan saya lalu di hadapan rumah,"kata Shu Wu Ji.
"Shu Daren, mari,"panggil Sara menggamit Shu Wu Ji supaya menghampirinya. Sara membuka tapak tangan Shu Wu Ji dan menulis. 3 hari lagi. Kedai Teh Ruo Lan. 3 petang. Wu ji mengangguk.
"Er, apa yang furen cuba perkatakan?"tanya Li Yang Jian.
"Dia berkata terima kasih kerana menyelamatkan Lao Furen. Satu hari dia akan membalas jasa itu,"kata Shu Wu Ji berbohong.
"Hari sudah lewat,"balas Li Yang Jian. Shu Wu Ji mengerti kiasan itu.
"Saya pergi dulu. Keluarga ini bernasib baik kerana tiada yang lebih buruk berlaku,"ucap Shu Wu Ji sambil memberikan hormat selamat tinggal. Dia berlalu dari situ sambil mengimbau di istana tadi. 'Sara jaga diri kau baik-baik'doa Shu Wu Ji.
Li Yang Jian mengambil kain dan mencelupkan ke dalam besen air bersih di tepi bilik. Dia cuba mengesat kesan-kesan abu di wajah Sara tapi dihalang oleh Sara.
"Li Daren,"tegur Xiao Lian membawa semangkuk air madu. Li Yang Jian memandang ke pintu.
"Apa ini?"
"Li furen memintanya tadi,"jawab Xiao Lian. Li Yang Jian meminta mangkuk itu daripada Xiao Lian. Yang Jian meniup sedikit madu suam itu dan menyuapkan sesudu minuman itu kepada Sara. Sara malas hendak melawan menerima saja apa yang dihulurkan.
"Li Daren,"panggil orang kanannya. "Zhen taiyi di sini,"beritahu pembantu itu lagi.
"Masuk,"arah Li Yang Jian. Tabib itu terus memeriksa nadi dan keadaan Sara. Dia memberitahu yang keadaan Sara terlalu lemah dan perlu diberi ubat segera. Li Yang Jian pantas mengarahkan Xiao lian merenih ubat2an itu. Selepas itu tabib itu segera keluar dari situ.
"Li Yang Jian kau baliklah,"pinta Sara dengan nada perlahan.
"Li Yang Jian?"soal Li Yang Jian kehairanan kerana belum pernah Mo Li Hua memanggilnya begitu. "Aku temankan-"
"Tak perlu. Baliklah. Yuan Yuan lebih perlukan kau,"kata Sara lagi, dia langsung tidak pedulikan Yuan Yuan yang cantik tapi kejam dan Li Yang Jian kerana dia mahu bersendirian ketika itu.
"Tapi-,"
"Aku mahu berehat,"sampuk Sara. "Malam ini meletihkan aku. Tolonglah,"pinta Sara sambil menarik selimut dan berpaling ke arah bertentangan. Li Yang Jian melangkah perlahan-lahan ke pintu. Dia keluar dari situ dan bertembung dengan Xiao Lian.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...