Sara mengelap wajah dan tangan wanita muda yang terbaring di hadapannya. Dia membuka genggaman wanita itu dan menyentuh cucuk sanggul jed putih itu. Dia mengamati lebih teliti kini. Dia mengeluh panjang. Sememangnya itu miliknya. Dia tahu itu kepunyaannya kerana ada sedikit kecacatan di hujung cucuk sanggul itu. Ada serpihan halus dan dia mengingati insiden itu sejelas-jelasnya. Dia pernah terbawa cucuk sanggul itu ketika dia bertugas dan pernah satu ketika ada serangan dan dalam bergelut dengan penjahat cucuk sanggul itu terpelanting ke kerikil dengan sebegitu kuat.
"Wu ge," panggil Pipit. "Taiyi," beritahu Pipit.
"Taiyi, tolong tengokkan adik saya," pinta Sara. Taiyi itu memeriksa nadi dan keadaan gadis itu. Selepas itu taiyi itu bangun. "Bagaimana adik saya taiyi?"tanya Sara. Taiyi itu berfikir sejenak.
"Zhe kunyang, nadinya kuat, tiada tanda patah tulang tetapi lebam di badan itu adalah biasa kalau jatuh kuda. Gongzhi mesti tengok adik gongzhi dengan elok malam ini. Kalau dia akan sedar atau tidak. Dan jika dia sedar adakah dia akan merasa pening-pening. Ini ubat tolong renihkan dan berikan kepada adik gongzhi sedikit demi sedikit sepanjang malam ini sampai habis ya?" terang taiyi itu. Sara mengangguk. Tidak sabar dia hendak menyiasat tentang perkara yang pelik ini.
"Xiao Lian, tolong hantarkan taiyi," suruh Sara. Suasana sudah hampir ke hujung petang. Pipit sudah meletakkan kuda-kuda mereka ke bangsal. Xiao Lian masih menemani Sara di bilik itu. "Xiao Lian, sediakan makan malam dan buatkan bubur nasi. BIla kunyang ini terjaga, bolehlah dia makan sedikit." Ubat yang direnihkan tadi telah pun Sara suapkan sedikit demi sedikit kepada gadis itu. Andrew memegang kepalanya kerana dia merasa sangat sakit di situ.
"Wu ge," tegur Xiao Lian sambil menunjuk kepada gadis itu yang kelihatan sudah mula sedar. Sara pergi kepada gadis itu. Andrew membuka matanya sedikit demi sedikit dan terkejut kerana ada seorang jejaka sedang merenungnya. Andrew bingkas bangun.
"Where am I?!" jerit Andrew. Sara mengangkat keningnya sangkaannya benar.
"Ming dynasty," jawab Sara. Andrew memandang Sara dengan lebih dekat.
"Who are you?"tanya Andrew. Sara menggelengkan kepalanya.
"Who are YOU?"tanya Sara balik. Xiao Lian dan Pipit berpandangan apakah bahasa asing yang dipertuturkan oleh gadis muda itu dan Sara. Sara dan Andrew berpandangan dengan lama. Pandangan Andrew ke sekeliling bilik besar itu. Pandangannya lekat kepada Pipit.
"Pipit,"kata Andrew perlahan. Dia mengenali Pipit semasa Sara adalah Cempaka Sari. Dia memandang kepada Sara semula. "Sara," panggil Andrew. Sara mengangguk sekarang dia pasti itu adalah Andrew atau panggilan biasanya Wu Hen. "Kau lelaki?"tanya Andrew terkejut sudah berbahasa Cina. Sara menyimpan senyumnya. Dia mengambil cermin dan memberikannya kepada Andrew. Dia melihat ke dalam cermin dan meneliti wajah gadis belasan di cermin itu. Dia tersenyum melihat gadis comel itu tetapi terus berkerut dahinya. "Aku perempuan?!!!" jerit Andrew hampir terlepaskan cermin itu tetapi sempat disambut oleh Sara. "Dan kau lelaki?" tanya Andrew terkejut. "Aku tengah bermimpi ni kan?" Sara menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Pipit dan Xiao Lian tolong sediakan makan malam. Kita makan bersama malam ini," suruh Sara. Mereka tanpa berlengah menuruti perintah itu. Sara membuka simpulan rambutnya. "Aku masih perempuan tetapi bukan Cempaka Sari tapi Mo LI Hua. Malangnya kau yang sudah bertukar jantina," kata Sara sudah mula hendak ketawa besar. Andrew memegang tubuhnya dan ya, dia sudah menjadi seorang wanita.
"Tidakkkkkkkk!" jerit Andrew. Sara mengorek telinganya kerana Andrew seperti sedang menjadi seekor singa. Sara ketawa melihat Wu Hen atau Andrew panik begitu.
"Meimei, tak guna panik begitu," kata Sara masih lagi tersenyum.
"Meimei?"tanya Andrew masih tidak percaya yang niatnya untuk kembali berjaya tetapi sekarang dia adalah seorang gadis.
"Mulai hari ini , nama kau Ann Di. Kau panggil aku Wu ge," balas Sara sambil duduk di sisi Andrew. Andrew masih dalam kejutan.
"Aku sedang bermimpi kan?" tanya Andrew berkali-kali. Sara mencubit kedua pipi Andrew yang sudah menjadi gadis di dinasti Ming. "Adui," kata Andrew mengusap kedua pipinya yang sudah menjadi kesan merah. Andrew terdiam memandang Sara, airmatanya tergenang. Dia memeluk Sara dengan erat. "Aku sudah boleh memeluk kau bukan? Aku sekarang seorang gadis?"kata Andrew berbisik. Sara yang hebat mengetawakan Andrew kini menitiskan airmatanya.
"Kenapa kau ke mari? Kau tak sepatutnya," kata Sara dalam tangisnya. Segala kesedihan, kegusarannya cair di waktu itu.
"I found you in Templar Park,tubuh kau selamat. Mak dan mamatok menjagai kau di hospital.I gambled. Aku pergi ke tempat aku didatangkan ke sini. Cucuk sanggul itu dan cincin jed maharaja membawa aku kepada kau, Sara," kata Andrew. Seperti anak gadis, dia tidak boleh menghentikan airmatanya.
"Kau sekarang berada di Beijing?" tanya Sara. Andrew melepaskan pelukan itu dan mengesat airmatanya. Sara yang merasa sedih tetapi masih hendak mengetawakan Andrew versi perempuan di hadapannya. "You're crying like a girl," usik Sara. Andrew menjeling kepada Sara. "OOhhh, aku tak tau macamana nak adapt dengan versi perempuan kau ni," sambung Sara.
"Lapar," kata Andrew atau Ann Di. Dia memang tidak menjamah apa-apa makanan sejak dia tahu Sara terlantar di hospital. Sara memimpin Andrew yang juga Ann Di ke meja makan.
"Ini Pipit, Ini xiao Lian. Tapi kita ada misi sekarang so aku terpaksa menyamar seorang lelaki. Jadi nama aku ialah Ma Shang Wu, anak saudara jiaofu."
"Jiaofu? Zheng gonggong?"tanya Andrew. Sara mengangguk.
"Kita makan dulu, nanti aku ceritakan segalanya," kata Sara. "Xiao LIan, Pipit ini Ann Di," perkenal Sara.
"Ni Hao, Ann Di xiaojie," sapa Xiao LIan.
"Hen gao xing jian dao ni Ann Di Xiaojie ( selamat berkenalan) ," sapa Pipit pula. Andrew tersenyum dan menjeling kepada cermin di hujung bilik dan dia melihat seorang gadis yang sedang tersenyum di sisi Sara. Selepas makan , Xiao Lian pergi ke bilik mandi dan tinggallah Pipit di situ.
"Pipit, ingat tak Wu Hen?"tanya Sara perlahan. Pipit mengangguk. "Sebenarnya Pipit, Wu Hen yang kau kenal itu ialah Andrew satu zaman dengan Cempaka," cerita Sara. Pipit memandang Sara sedalamnya. "Wu Hen mati tetapi jiwanya adalah Andrew," kata Sara lagi. "Dan ini adalah Andrew," sambung Sara. Pipit terkejut.
"Tapi Wu Hen lelaki," balas Pipit. Sara mengangguk.
"Tapi sekarang dia seorang perempuan," kata Sara. Pipit berdiri dan berjalan di sekeliling bilik itu.
"Wu Hen ialah Andrew, lelaki. Tapi sekarang Andrew ialah Ann Di, perempuan," bicara Pipit mencari logik dalam kejadian ini. Sara dan Andrew mengangguk. Pipit mengeluh. "Jadi sekarang ini Pipit nak lihat Ann Di ini lelaki ke perempuan?"tanyanya ragu-ragu.
"Perempuan," kata Sara serentak dengan Andrew, " Lelaki!" Pipit memegang kepalanya.
"Ok, ok macam ni. Ann Di ialah gadis berjiwa lelaki, ok?"jelas Sara. Pipit memandang Sara lalu mengangguk.
"Baik! Pipit melayan Ann Di kunyang seperti gadis yang berjiwa lelaki," ulang Pipit.
"Pandai! Jomlah bersiap untuk tidur. Awal pagi kita sudah mesti Hangzhao," kata Sara. "Aku nak mandi."
"Aku join kau mandi," kata Ann Di aka Andrew. Sara menghunuskan pedangnya ke arah Andrew.
"Kau nampak ni?! Cubalah," usik Sara. Andrew secara semulajadi memuncungkan mulutnya seperti seorang gadis. Sara tergelak besar. 'Mampus aku macam ni. Kenapa hidup aku begini,'bebel Sara dalam hatinya.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...