"Hang reti bahasa Francis?" Tanya Yusof sambil menghulurkan kertas itu sambil mengarahkannya membaca kertas itu. "Baca kejap."
"Baiklah." Mat rip terus mencapai kertas itu.
Kemudian dia membaca yang terdapat di atas kertas itu. "Mon cher fils, merci d'avoir recontré ce deuxième point de contrôle. Maintenant papa a gardé le secret de papa dans notre maison au fond de la chambre de papa. Prenez-le et utilisez-le pour trouver papa."
"Maksudnya Mat Rip?" Tanya Yakob.
"Wahai anakku bla bla bla.. terima kasih kerana jumpa checkpoint kedua ini. Bla bla bla.. Ayah telah simpan rahsia ayah di rumah kita di hujung bilik ayah. Ambil dan gunakan untuk mencari ayah."
"Bilik ayah kau? Selama ni kau tidak perasan ke?" Tanya Arif.
"Aku tak tahu pula, lagipun sejak ayah dan mak aku hilang.. Aku kuncikan bilik itu untuk mengelak aku dan diyana rasa sedih." Beritahu Yusof.
"Hampa.. Hampa berdua, sekarang hampa nak buat apa sekarang ni?" Tanya Yakob sambil melihat dua remaja itu.
"Mungkin kami mahu pulang dulu dan mencari benda yang ayah saya simpan. Terima kasih Pak Kob." Yusof dan Arif bangun dan beredar keluar dari bilik itu.
"Kejap." Yakob memanggil mereka berdua.
"Kenapa Pak Kob?" Tanya Yusof kehairanan.
"Ayah hang pernah berpesan, "jika ada kecacatan terus mencari walaupun kecacatan itu masih melekat lagi. Kita tidak tahu kecacatan itu berfungsi untuk kita kan?""
Yusof hanya tersenyum. Tanpa sepatah kata dia terus beredar dan diikuti oleh Arif berada di sampingnya.
Yakob melihat Arif tersenyum. Dia sudah mengenali Arif sebagai Detektif yang tersohor pada era ini. Tetapi dia buat tak tahu sahaja.
Mat Rip pula terus menjaga kedai semula tanpa banyak kata.
Di dalam kereta, Arif masih bingung dengan kata-kata Yakob tadi. Dia memandang arah Yusof.
Wajah Yusof sekarang amat tenang, mungkin dia hampir menamatkan teka-teki ayahnya.
"Yusof.." Panggil Arif.
"Kenapa?" Sahut Yusof.
"Apa maksud Pak Kob tadi?" Tanya Arif yang ingin tahu sesuatu.
"Maksud apa?"
"Maksud tu la? "Kecacatan itu fungsi untuk kita?""
"Ouuhh yang itu, hang akan faham juga nanti." Ringkas Yusof.
Arif terdiam bisu.
USM, Pulau Pinang.
"Eh Yusof, kita buat apa di sini?"
"Diyana lah. Dia lupa ambil pendrive untuk assigment. Teruk betul." Yusof mengeluh.
"Jadi di sinilah USM. Besar juga eh." Arif melihat kawasan persekitaran USM.
Terdapat kedai makan, padang yang luas dan juga kolam. Pelajar-pelajar disana berjalan kaki dan ada juga meluangkan masa mereka seperti berjogging.
Kereta berhenti betul-betul di depan masjid. Tak sampai 4 minit, Diyana mengetuk tingkap.
"Minta maaf abang. Adik terlupa masa siap sarapan untuk abang dan juga Arif." Diyana berasa sangat bersalah.
"Eh, Arif ada juga disini?" Diyana yang dari luar kereta melihat kehadiran Arif.
"Hehe, alang-alang saya duduk rumah tak buat apa lebih baik saya teman abang Yusof pergi hantar barang ni kan?" Senyum Arif.
"Dah.. borak dekat rumah. Adik ambil ni dan belajar betul-betul tau." Pesan Yusof.
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...