Bab 7- Kes Pertama

37 2 0
                                    

3 January 2017
RnR Juru, Pulau Pinang.

"Kau nak apa lagi?!" Seorang lelaki berpakaian segak telah dibasahi oleh darah.

"Kau dah khianati kami." Suaranya garau membuatkan rasa takut.

Bayang hitam membuat tidak mudah dikenali.

"Khianat? Aku tak khianat kau pun." Jelas lelaki itu.

"Diam!"

Lelaki tadi telah ditikam dengan pisau di perut. Darah keluar dari mulut. Mata terbuka dengan luas.

Kemudian pisau ditarik oleh lelaki bersuara garau tadi.

Tiba-tiba disekitar kawasan RnR Juru tersebut telah disaksi oleh seorang wanita. Tanpa mengambil nafas, dia terus menjerit untuk meminta pertolongan.

Apa lagi, lelaki tadi meninggalkan mangsa dalam keadaan nazak. Banyak orang awam lari ke arah mangsa tadi untuk melihat keadaannya.

4 January 2017,
Bertam Putra, Pulau Pinang.

Arif bersama dengan Yusof dan adiknya, Diyana melakukan solat Subuh.

Habis selesai, mereka melakukan perkara yang biasa iaitu tazkirah.

"Kita sebagai manusia dan hamba Allah wajib melakukan ibadah yang diperintah oleh Allah dan kurangkan perkara yang dilarang oleh Allah." Beritahu Yusof dengan nada rendah.

"Kurangkan? Kenapa kita kurangkan?" Tanya Arif yang pelik dengan apa Yusof kata itu.

"Yelah kurangkan, kan kot nak perbanyakkan. Hang nak masuk neraka ke?" Perli Yusof.

"Ish abang ni. Dia tanya elokkan? Tak baiklah." Perbuataan Yusof tadi telah dimarahi oleh Diyana.

"Haha.. Abang gurau ja pun. Okok abang serius.. Sebenarnya manusia setiap saat mesti melakukan dosa jadi kita mestilah kurangkan. Kita mesti rasa takut dengan seksaan tuhan." Terang lebih jelas lagi.

Arif hanya menggangguk sebagai tanda faham.

Telefon Yusof di rak Al-quran tiba-tiba berdering. Pantas sekali dia mencapai telefon lalu jawab.

Rupanya yang call tadi hanya merupakan Tuan pengarah Balai Polis Ibu Kepala Batas.

"Assalammualaikum Tuan. Kenapa tetiba ja call pagi-pagi buta ni?" Tanya kehairan Yusof.

Arif bangun menuju ke arah Yusof. Diyana pula buka telekung dan simpan di rak.

"Haa!! Baik saya menuju ke sana sekarang." Yusof dengan pantas menutup telefon.

"Apa yang terjadi?" Tanya Arif sambil berbisik.

"Kes pembunuhan di RnR Juru." Jawab juga sambil bisik.

"Apa yang hampa bisik tu?" Diyana yang sudah simpan telekungnya hanya mendengar mereka berbisik.

"Tak ada apa-apalah. Ouhya, abang nak bawa Arif pergi balai polis kejap. Boleh tak?" Pinta Yusof.

"Nak buat apa bawa dia?" Tanya Diyana kerana berasa curiga.

Arif mencelah perbualan mereka. "Ha, tentang kes sayalah."

"Oouh.. Yelah, abang jaga elok-elok tau." Pesan Diyana kerana risau.

"Amboi adik abang ni.." Sakat Yusof.

"Haha.. Bukan apalah. Ouhya, hari ni adik pergi kelas tau." Beritahu Diyana.

"Okay adik, jaga diri." Balas Yusof.

0800 Pagi,
RnR Juru, Pulau Pinang.

Yusof siap memakai sut polis memasuki tempat jenayah.

Mangsa tersebut sudah di dalam beg hitam. Manakala pisau telah diletakkan dalam beg bukti. Garisan putih telah dilukis bentuk mangsa.

Detektif DanialWhere stories live. Discover now