"Jadi betulkah kamu pergi melepak di Pusat Karaoke dengan Farhan?" Tanya Yusof sambil mencatat nota.
"Ya tuan, kami berdua memang melepak di Pusat Karaoke tetapi Thanadalan cakap dekat saya bahawa dia nak ke kedai dulu pada pukul 12 tengah malam." Beritahu Farhan.
"Ya tuan. Betul tu." Sampuk Thanadalan.
"Kamu pergi sana buat apa?" Tanya Amzah.
"Farhan menyuruh saya untuk memeriksa kedainya dikunci kerana Farhan yang bertugas minggu ini." Terang Thanadalan.
Dia memandang Farhan seperti mereka berdua yakin bahawa mereka bukan pembunuh Wan Zulkarnain.
"Baiklah.. Kamu bertiga pergi berehat. Mungkin kami nak tanya soalan lain untuk kamu semua nanti." Terang Yusof.
"Baik tuan." Mereka bertiga terus beredar ikut kemahuan masing-masing.
Yusof pula mencari Arif yang tiba-tiba hilang.
"Ek dekat Diyana tak ada, dia pergi manalah. Tak sabar aku nak luku kepala dia ni." Marah Yusof dalam hati.
Tanpa mengambil masa yang lama, Yusof pergi ke arah Diyana. "Adik, ada nampak tak Arif?" Tanyanya.
"Arif? Ouhh.. Dia pergi tandas tadi." Ringkas daripada Diyana.
"Tandas?" Monolog Yusof sambil memandang ke arah tandas tertutup rapat.
Pantas Yusof bangun dari tempat kerusinya menuju ke arah tandas. Dia mencuba untuk membuka tetapi dikunci dari dalam.
Firasat Yusof mencari kuat bahawa Arif berada di dalam.
Dia mengetuk dan memanggil Arif dari dalam. "Arif.. cepat buka."
Yusof yang menyandar di pintu tetiba tersungkur masuk ke dalam tandas apabila Arif dari dalam tandas membuka pintu secara tiba-tiba.
"Aduhh sakitnya.." Yusof jatuh secara tiba-tiba menyebabkan dia berasa sakit manakala Arif pula hanya cepat menutup pintu supaya tidak ada orang mengetahuinya.
Yusof bangun dan hanya menahan sakit.
"Arif, kenapa hang duduk dalam tandas? Takut laa tu. Detektif hebat konon." Ejek Yusof.
"Bukan.." Jawab sepatah oleh Arif.
"Bukan apa?" Tanya Yusof untuk mengetahuinya.
"Bukan Thanadalan yang membunuh Wan." Beritahu Arif.
"Memanglah. Pihak polis sudah tahu pasal dia bukan pembunuh Wan." Yakin Yusof.
"Cuba kau tengok dekat syiling tu.." Arah Arif.
Yusof memandang syiling dan terdapat satu pintu yang ditutup tidak rapat.
Dengan sifat ingin tahu, dia memijak mangkuk tandas itu terus mencapai syiling itu.
Pintu di syiling itu telah dibuka. Terdapat satu loteng di situ. Pisau dengan lumuran darah turut ada.
"Apa ni Arif?" Tanya Yusof untuk mengetahui perkara sebenar.
"Sebenarnya, Thanadalan dan Farhan yang merancang untuk membunuh Wan. Semasa Thanadalan pergi ke tandas, saya ternampak pisau dalam poket Thanadalan." Beritahu Arif.
"Tapi pisau itu tak ada." Beritahu Yusof.
"Memanglah tak ada.. Siapa nak simpan bahan bukti semasa disoal siasat?" Arif pergi ke loteng itu dan mengambil pisau yang berlumuran darah itu.
"Ini pisau dia sorok." Beritahu Arif sambil memberi pisau itu.
"Jadi kes pembunuhan ni berlangsung macam mana?" Tanya Yusof lagi.
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...