Bab 12- Kes Buat Kali Kedua

30 1 1
                                    

5 January 2017
Kepala Batas, Pulau Pinang

"Uwaa.. Mengantuknyaa.." Arif mengeliat

"Aikk.. Semalam tak tidur lena ke?" Tanya Diyana yang sudah bersiap untuk ke kolejnya.

"Entahlah, saya asyik mimpi benda yang sama je.." beritahu Arif sambil menguap.

"Mimpi? Mimpi apa?" Ingin Diyana untuk mengetahui tentang Arif.

"Pasal apa lagi.. Pasal Amir laa." Beritahunya tanpa menyedari tentang rahsianya.

"Amir? Amir mana pula ni?"

"Erkk.. Saya sebut Amir ke? Saya sebut tentang mak saya. Saya asyik mimpi je." Beritahunya sambil tergagap.

"Pelik peliklah kamu ni." Diyana menggelengkan kepalanya sebagai tanda kehairan.

Arif menghembus nafas lega apabila rahsianya tidak terbongkar.

"Okaylah, akak dah nak pergi ni. Nanti kunci pintu." Pesan Diyana sambil bangun dari tempat duduknya dan mencapai kunci keretanya di meja makan.

"Baik kak." Arif lambai sambil tersenyum.

Selepas beberapa minit Diyana beredar. Dia bersiap untuk menuju ke pasar raya besar yang terdapat di kawasan perumahan untuk membeli barang keperluan yang berhampiran dengan rumahnya.

Arif hanya berjalan kerana kenderaan tidak ada lagi untuk dia menunggang. Dalam keadaan cuaca yang agak panas. Dia berlari anak.

Selepas beberapa minit. Dia sudah sampai di depan pintu pasar raya tersebut. Agak besar dan luas.

Dia menghembus nafas lega kerana tempat yang dia tuju merupakan tempat sejuk. Taklah dia berpeluh kepanasan.

Malangnya selepas dia masuk ke dalam, salah seorang lelaki di depannya telah jatuh rebah. Manakala kawannya terperanjat apabila dia jatuh tanpa sebab.

Buih mula keluar dari mulut lelaki itu. Orang yang berada di dalam pasar raya pergi ke arah tempat kejadian itu untuk menyaksi apa yang berlaku.

Arif juga cepat menuju ke arah tempat itu. Dia terkejut apabila lelaki itu sudah tidak bernafas.

"Cepat telefon polis!!" Arah Arif kepada orang yang berdekatan dengannya.

Salah seorang daripadanya capai telefon bimbit terus menghubungi pihak polis.

Arif tanpa membuang masa melihat mangsa tadi dengan lebih dekat. Malangnya dihalang oleh penjaga kawasan tersebut.

"Maaf dik, dik tak dibenarkan dekati mangsa. Biar pihak polis sahaja yang uruskan.

Arif terlupa bahawa dia bukannya detektif yang terulung sebelum ini. Dia hanya terkaku dan melihat mangsa itu dari jauh.

"Cis.." geram Arif dalam hati.

Sudah beberapa minit kemudian, pihak polis sudah sampai dan terus menuju ke arah tempat kejadian.

Arif hanya menyandar di dinding pasar raya ternampak kelibat Yusof mendekati mangsa.

Dia terus berlari ke arah Yusof.

"Hey Yusof.." panggil Arif.

Yusof sedang melihat mangsa itu tetiba mengangkat kepalanya untuk mencari siapa yang mencarinya.

"Psstt.. psstt.." Panggil Arif lagi sambil melambai tangan.

"Arif?" Hairan Yusof.

Yusof bangun dan menuju ke arahnya.

"Apa yang hang buat kat sini?" Tanya Yusof.

"Aku ingat nak beli barang tapi dia mati secara mengejut." Terang Arif.

Detektif DanialWhere stories live. Discover now