Bab 8- Sekolah?

38 3 0
                                    

4 January 2017,
Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang.

Arif sekarang berada di dalam bilik Tuan Andik. Membaca buku dan fail kes yang telah berlaku.

"Arif.." Panggil Tuan Andik dari belakang.

"Ya, tuan." Arif menyapa panggilannya.

"Sepanjang kamu membaca bahan kes tu, apa yang kamu dapat?" Tanya Tuan Andik.

Dia seperti mahu menguji Arif tentang kemahiran detektifnya itu.

"Entah.." Jawab mudah.

Arif melempar fail-fail tersebut di atas meja Tuan Andik.

Tuan Andik terkejut dengan jawapan Arif.

Dia tidak sangka pula yang Arif boleh jawab sebegini malah dia boleh memberi jawapan yang terlalu extreme untuknya.

"Tuan Andik, semua rekod- rekod tu dah lama diselesaikan. Kes perompak di kedai lobi?"

"Kenapa dengan kes tersebut?"

"Kes tu telah berlaku pada 5 bulan yang lalu. 1 ahli keluarga telah terkorban dan sorang sahaja yang terselamat." Beritahu Arif.

"Jadi?"

"Kes tersebut telah dirancang dari orang dalam." Nada Arif mula berubah.

"Apa?" Terkejut Tuan Andik apabila dia mendapat berita dari Arif.

"Tak pelik ke tuan? 1 ahli keluarga. Keluarga kot yang terkorban tapi seorang iaitu pekerja sahaja yang terselamat." Jelas Arif.

"Bodoh!! Peguam bela berat sebelah rupanya." Marah Tuan Andik.

Arif duduk sambil memandang kearah Tuan Andik hanya kaku. Bersedia untuk menerima arahan yang seterusnya.

"Arif.." Panggil Tuan Andik.

"Ya tuan!"

"Saya nak kamu masuk ke sekolah buat masa ini." Arah Tuan Andik.

"Tapi.. Umur saya 20 lebih kot." Arif cuba membantah cadangan Tuan Andik.

"Orang lain nampak kamu macam 16 tahun okay. Tak kira, saya arahkan kamu masuk ke sekolah semula dan belajar seperti biasa sehingga kita jumpa dalang sebaliknya." Tegas Tuan Andik.

Arif tidak boleh untuk melawan kerana kuasanya lebih rendah dari Tuan Andik. Jadi dia terpaksa ikuti segala arahan yang diberi.

"Tentang duit barang sekolah? Kan kot saya nak minta dekat Kak Dee dan Abang Yusof?"

"Tentang itu, Kamu janganlah risau sangat. Segala pembelanjaan kamu, kami telah sedia selama sebulan mengikut gaji yang kamu dapat sebagai detektif kerajaan." Jelas Tuan Andik.

Arif hanya menghembus nafas berat. Dia tanpa ambil masa terus bangun dan keluar dari bilik Tuan Andik.

"Ha macam mana?"
Yusof yang berada di sebelah pintu Tuan Andik terus bertanya tentang keadaanya semasa di dalam bilik Tuan Andik.

"Macam mana? Macam tu lah. Dia suruh aku masuk semula ke sekolah." Resah Arif.

"Ha baguslah tu.." Yusof tersenyum.

Mungkin dia nak buat Arif rasa tenang untuk menimba ilmu lagi walaupun dia sudah umur 26 tahun.

"Bagus apa pula?! Nanti buat Diyana dan kau susah untuk hantar aku ke sekolah jee."

"Sapa kata aku nak hantar hang?" Yusof buat muka kelakar.

"Habis tu siapa? Diyana?" Tanya Arif.

Detektif DanialWhere stories live. Discover now