Bab 20- Ayuh ke sekolah

50 1 0
                                    

8 January 2017
Bertam Putra, Kepala Batas
7:30 pagi.

"Uwaa mengantuknyaa!!" Arif menguap sambil menyediakan sarapan.

"Haih mengantuk nampak? Semalam tidur pukul berapa?" Tanya Diyana yang berada di sebelahnya.

"Pukul 3 pagi.. Abang Yusoflah suruh saya buat kerja dia." Keluh Arif.

"Bertuah punya abang. Tak silap hari ni Arif sekolahkan?" Tanya Diyana sambil memotong nugget dan sosej.

"Haah.. Tapi boleh kot, abang Yusof hantar saya pukul 10 pagi untuk daftar saya. Boleh saya lena kejap." Beritahu Arif.

"Eh abang tak kerja ke?" Tanyanya kehairanan.

"Hari ni abang masuk lewat sikit. Adik pergilah kelas. Malam ni abang masak." Yusof dari belakang mencelah perbualan mereka.

"Auch!"
Diyana yang terkejut terpotong tangannya menyebabkan berdarah.

"Eh tangan kakak.. Abang ambil peti kecemasan kejap." Arah Arif sambil menolong berhentikan perdarahan luka Diyana.

"Baik.." Yusof beredar untuk mencari peti kecemasan.

Arif pula pegang pergelangan tangan Diyana sambil membuka paip. Air mengalir terus menghalakan tangan Diyana yang luka tadi untuk basuh.

"Aduhh.. Sakit.." Diyana menahan kesakitan.

"Sabar kak.. Lain kali hati-hatilah.. Kan dah luka. Nasib baik saya ada." Arif memberi nasihat sambil membasuh luka-luka tersebut.

"Arif.." kata Diyana dengan nada rendah sambil memandang ke arah Arif.

Selepas sahaja selesai basuh. Arif mengelap tangan Diyana dengan tisu.

"Janganlah risau sangat. Nanti platlet membeku. Semua dah selesai." Kata Arif.

Diyana hanya tersenyum malu.

"Tak sangka juga detektif muda pandai bio juga eh?" Celah Yusof sambil memegang peti kecemasan.

"Detektif muda?" Tanya Diyana kehairanan.

Arif mula rasa berdebar. Rasanya seperti Yusof cuba memecahkan rahsianya.

"Apa abang cakap ni?" Arif pura-pura tidak tahu.

"Hahaha.. Abang berguraulah. Nah ambil plaster ni. Nanti okaylah tu." Yusof ketawa.

"Oi oi.." Keluh Arif.

Arif kembali membuka plaster tadi dan pelekat dekat kawasan yang terluka tadi.

"Terima kasih Arif." Diyana hargai sambil tersenyum.

"Mana makanan ni. Lambatnya sampai!!" Jerit Yusof dari ruang makan.

"Sabarlah abang.. Adik baru je luka." Jawab Diyana balik.

"Dah jom kita pergi bawa makanan ni dulu." Sambung Diyana.



Bertam Putra, Kepala Batas.
10:30 pagi.

Arif dan Yusof berada di dalam kereta menuju ke sekolah.

"Macam mana? Semangat datang kembali?" Perli Yusof sambil ketawa.

"Diamlah kau, Yusof." Arif pandang bawah menunjukkan perasaan kecewa.

"Alaa.. Sabarlah.. Lagipun hanya sementara kan?" Beritahu Yusof yang cuba untuk menenangkan Arif.

"Kau cakap senang. Yang kena itu aku." Arif berasa sangat keluh.

"Haih, macam nilah Arif. Kita bukan berada di atas.. hang kena kuat. Hang detektifkan? Mesti kena kuat."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Detektif DanialWhere stories live. Discover now