"Benda apa ni?" Tanya Yusof kehairan.
"Apa tu Yusof?" Arif bangun dari sofa cuba menghampir Yusof walaupun keadaannya tidak stabil.
"Kotak?" Hairan Arif.
"Tuk tuk tuk.." Yusof mengoncangkam kotak itu.
"Eh ada isi laa." Beritahu Yusof.
Yusof terus membuka kotak itu. Di dalamnya penuh dengan kertas. Bentuknya seperti teka teki.
"Arif.. Aku tahu, ni ayah aku yang tulis. Aku cam tulisan ayah aku." Yakim Yusof.
"Ini macam dia nak bagitau sesuatu je?" Beritahu Arif sambil memikir untuk selesaikan teka-teki itu.
Teka-teki itu mempunyai peta jalan yang berliku seperti maze tetapi ia seperti sebuah kota yang agak sesak di negeri Pulau Pinang.
"Arif.. Aku rasa teka-teki ni seperti jalan dekat George Town." Kata Yusof seperti sudah dapat tangkap teka-teki itu.
"Mari kita pergi?" Ajak Arif tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah ini.
Kota George Town, Pulau Pinang.
Mereka berdua turun dari kereta di tempat parking yang disediakan itu. Kota George Town saat itu agak sesak dengan orang awam dan juga kenderaan beroda dua dan empat.
"Yusof, teka-teki tu tunjuk apa lagi?" Tanya Arif sambil melihat persekitaran di kota tersebut.
"Dalam ni.. Aku nampak bangunan tinggi, mungkin Komtar?" Jawab Yusof. Dia berasa tidak pasti tetapi lukisan tersebut memang seperti Komtar iaitu bangunan tertinggi di Negeri Pulau Pinang.
"Komtar? Hm.. Mari kita pergi." Kata Arif sambil berlari ke arah bangunan tertinggi itu.
Mereka berdua berlari anak tanpa menghiraukan kawasan sekeliling tersebut.
Apabila mereka sudah sampai, mereka masuk ke dalam dan melihat teka-teki itu lagi.
"Hm.. aku rasa aku tau dekat mana ni." Yakin Yusof terus ke tempat yabg dituju.
Akhirnya, mereka telah sampai ke sebuah kedai baju bundle.
"Kita buat apa dekat sini, Yusof?" Tanya Arif kehairan yang tidak tahu apa-apa.
Tanpa sepatah kata, Yusof masuk ke dalam kedai itu tanpa menghiraukan Arif di sebelahnya.
Pekerja mungkin lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di dalam kedai itu terus datang ke arah Yusof dan Arif untuk melayan mereka. "Boleh saya bantu encik?"
"Tak sangka kedai bundle ada pelayan." Kata Arif dalam hati.
"Maaf dik, saya nak tanya. Pernah nampak kertas seperti ini?" Tanya Yusof sambil menunjukkan kertas teka-teki itu.
Pekerja tadi hanya terdiam tidak menjawab sepatah. Lantas cuba melarikan diri ke arah belakang kedai.
"Hey..." Yusof yang tidak berpuas hati menarik pelayan itu dan tidak secara sengaja. Yusof menumbuk pelayan dengan agak kuat.
"Yusof!!" Arif yang melihat pergaduhan cuba untuk meleraikan.
Tidak sampai beberapa minit, seorang lelaki segak keluar dari pintu yang terdapat di belakang kedai.
"Apa yang bunyi bising ni?" Tanya lelaki itu.
"Minta maaf boss.. Mereka bertanya tentang Encik Zakaria.." Beritahu pelayan tadi sambil mengelap darah yang terkeluar dari hidung.
"Jadi hanglah yang tahu mana ayah aku? Cepat bagitau dia ada dimana?" Yusof bergegas bangun terus ke lelaki itu sambil memegang colar baju.
"Haa? Hang ke anak lelaki Zakaria yang selalu disebut tu?" Tanya lelaki itu sambil membetulkan cermin matanya.
"Ya.. Sekarang hang jawab mana ayah aku?" Pegangan colar oleh Yusof semakin kuat.
Arif pula berada diantara mereka berdua hanya melihat saja.
"Biar pak cik terangkan.. Pak cik kawan baik ayah hang." Beritahu lelaki.
"Berikan sebab kenapa aku perlukan lepaskan hang?" Tanya Yusof kerana curiga dengan lelaki itu.
"Encik Zakaria tu pernah bagitau dekat pak cik yang ini pertunjuk pertama dia." Lelaki itu cuba mendapat kepercayaan. "Nama pak cik Yakob. Panggil Pak Kob ja." Sambungnya.
Yusof lantas lepaskan colar bajunya. Yakob pula membetulkan baju.
"Mat Rep.. Sediakan makanan dan minuman untuk tetamu kita." Arah Yakob ke arah pelayan tadi yang bernama Mat Rep.
"Baik tuan." Balas sahaja Mat Rep.
"Mari Hampa berdua, kita berbincang di bilik tetamu." Yakob menyambut mereka masuk ke dalam bilik tetamu yang terdapat dalam kedai bundle itu.
Mereka berdua masuk sambil melihat bilik tersebut. Terdapat gambar Yakob dengan Zakaria dan juga Sakinah mendapat sijil perhargaan Detektif Kerajaan.
Yusof pandang kehairanan. " Pak Kob detektif ke?" Tanya Yusof.
Mat Rep baru sahaja menghidangkan makanan dan minuman di atas meja. Yakob pula duduk di kerusi sofa.
"Ya.. Ayah dan mak hang merupakan rakan kerja Pak Kob dulu. " beritahu Yakob.
"Jadi betullah Pak Kob kawan dengan ayah? Tapi ayah tak pernah ceritakan pasal Pak Kob pun?" Tanya kehairanan.
"Itu sebab ayah kamu yang suruh sembunyikan." Terang Yakob.
"Sembunyikan? Kenapa pula?" Yusof bertambah lagi kehairanannya.
"Sebab ini.." Yakob tunjukkan sekeping kertas teka-teki. Kali ini agak sulit untuk fahamkan.
"Ayah hang tahu perkara ini yang terjadi. Jadi dia menghantar teka-teki ini kepada orang-orang yang dia percaya." Beritahu Yakob.
"Tapi Pak Kob detektif.. Pak Kob pun tak faham apa maksud benda ini." Sambungnya lagi.
"Boleh saya lihat?" Celah Arif.
"Eh siapa budak ni? Anak hang ke, Yusof? Setahu Pak Kob, dia tak bagitau tentang menantu pun?" Tanya Yakob.
"Eh taklah.. Saya anak angkat abang yusof untuk program yayasan anak angkat di sekolah hehe." Beritahu Arif seperti ingin menyembunyi sesuatu.
"Ouh gitu. Nah tengoklah." Yakob menghulurkan kertas itu kearah Arif.
Arif memerhatikan kertas itu lebih mendalam. Pusing ke belakang dan juga pusing ke depan, tidak ada dijumpai.
"Pak Kob dah belek tu beratus tapi tak jumpa juga." Kata Yakob.
Arif yang tidak ingin kalah hanya melihat Yakob sambil tersenyum.
Arif kembali membelek kertas itu. Tidak juga jumpai apa yang dihendakinya.
"Arif.. lamanya, kalau ayah aku ni tentu dah dingin dah ni." Beritahunya.
Arif tersentak apabila Yusof mengeluarkan kata tadi. "Kau ulang jap.. kau kata tadi."
"Ayah aku ni tentu dah dingin." Yusof hanya kata apa yang disuruh oleh Arif.
"Yaa.. Dingin." Arif melihat air yang dihidangkan oleh Mat Rep tadi. Kemudian dia ternampak perkataan yang telah keluar.
Yusuf dan Yakob yang menyaksikan kejadian tersebut agak terkejut.
"Perkataan ini seperti bahasa Francis?" Beritahu Yakob melihat tulisan yang keluar dari kertas itu.
"Francis? Ya betul.. Francis merupakan tempat ayah dan mak berjumpa buat kali pertama." Beritahu Yusuf.
"Arif, hang faham tak bahasa francis?" Yusof memandang kearah Arif.
Tidak mengeluarkan kata, Arif hanya menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak faham.
"Macam mana ni? Tak kan nak buka kamus kot?" Yusof mengeluh.
"Minta maaf mencelah. Tapi saya boleh faham bahasa Francis." Mat Rep yang berada di situ terus cuba untuk menterjemahkan kertas itu.
-------------------------
Bersambung..Terima Kasih kerana membaca.
Siapa yang dari episod 1 hingga 17, saya ingin mengucapkan terima kasibh banyak sangat kerana sanggup menunggu cerita dari saya.Ig || @arif_dnial
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...