"Haa.." Arif tersentak mermikirkan sesuatu."Kenapa Arif?" Tanya Yusof apabila dia ternampak kehairanan di muka Arif.
"Telefon! Telefon mesti berada diberdekatan sini." Katanya dengan nada perlahan.
Yusof terkejut. Arif berlari ke arah semak perasan oleh Yusof.
Arif mencari telefon milik Lisa di persekitaran semak. Tiba-tiba di mencapai sesuatu objek dan objek tersebut merupakan telefon milik Lisa.
"Dah agak." Senyum sinis Arif. "Pasti pembunuhnya diantara mereka bertiga." Sambungnya.
"Haa telefon!" Terkejut Yusof.
"Ya, lebih mengejutkan sim card tidak ada." Ujar Arif.
"Hang rasa siapa pembunuhnya?" Tanya Yusof.
"Ya sudah tahu. Tapi aku perlukan satu bukti lagi." Kata Arif.
"Boleh aku tengok alibi-alibi mereka bertiga?" Tanya Arif.
"Okay baiklah." Yusof menyerahkan buku yang terkandung alibi suspek.
Tanpa membuang masa, Arif terus membaca semua alibi tersebut.
"Airan, waktu tengah hari ada kelas. Jadi tidak mungkin. Wani, dia bersama dengan rakan-rakannya pergi minum jauhnya 10km dari USM. Hmm.. Fuad pula, baru bangun tidur. Haih lelaki." Arif membaca dalam hati.
"Boleh aku pinjam pen?"
"Ouh okay.. Kejap." Yusof menghulurkan pen kepada Arif.
Arif terus menulis sesuatu di buku nota itu.
Yusof yang nampak perbuatan cuba untuk menghalang. "Oi oi hang buat apa tu."
"Farisya, pergi membeli tin minuman." Kata Arif.
"Haa.. jangan-jangan" Yusof dapat memikirkan seuatu.
" Ya, dialah suspek utama kita." Beritahu Arif.
"Bagaimana?" Tanya Yusof kehairanan.
"Masa aku mencari telefon ni, aku ternampak getah yang telah putus, benang dan papan. Papan tu pula terdapat kesan karat." Arif menunjukkan papan tersebut.
"Batang besi tadi ditahan dengan papan ni." Ujarnya lagi.
"Kalau ikutan teori fizik, tak mungkinlah mangsa akan mati jika kelajuan ayunan batang besi tadi perlahan. Paling tidak pun mangsa akan pengsan." Yusof seperti tidak percaya dengan akal fikiran Arif.
"Getah Yusof. Pesalah menarik getah supaya ayunan menjadi laju. Dan lemah kepala kita ialah serebelum. Jadi, mangsa penat dan dahaga..." Terang Arif.
"Aku faham. Aku akan tangkap pesalah sekarang juga." Yusof pergi menghampiri Amzah.
"Amzah.." panggil Yusof dari belakang.
"Yusof, kenapa?" Tanya kehairanan.
"Aku tahu dah pesalahnya siapa."
"Haa bagaimana?"
"Nanti aku terangkan. Kumpulkan semua orang termasuk Farisya." Arah Yusof.
"Haa baiklah." Amzah segera memanggil semua dan apa yang patut dilakukan.
Selepas semua berada berdekatan dengan tempat kejadian, semua nampak macam gusar termasuk ketiga-tiga suspek tadi.
"Yusof ceritakan bagaimana pesalah membunuh mangsa?" Arah Amzah yang berada di samping Yusof.
"Baiklah, pembunuh Lisa telah menggunakan teknik 'machine'. Jadi, alibi yang diperkatakan olehnya amat kuat membuktikan dia tidak bersalah." Kata Yusof.
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...