Arif baru sahaja keluar dari fitting room. Nampak segak apabila dia memakai baju seragam berwarna putih sekolah. Tetapi ternampak reaksi wajah Arif tidak suka.
"Okay tak?" Tanyanya tanpa menunjuk senyuman teruja untuk ke sekolah.
"Wah nampak hensem dan bergaya." Puji Diyana bila dia melihat Arif.
Yusof berada di sebelah Diyana hanya menunjukkan isyarat bagus kepadanya.
Tanpa sepatah apa pun, Arif masuk semula fitting room tadi.
"Adik rasakan.. Arif tak teruja langsung nak sekolah." Kata Diyana sebagai tanda kerisauan.
"Eh.. Abang rasa okay je. Dia tak kata apa pun." Kata Husof sebagai tanda tidak setuju.
"Abang ni.. Dulu adik melompatlah bila beli pakaian. Abang pun, sampai menangis sebab mak tak belikan beg yang abang suka tu." Gelak Diyana.
"Amboi adik abang ni." Yusof mencubit pipi adik kesayangannya itu.
"Ish abang ni.. Adik gurau je." Manja Diyana.
Dalam beberapa saat, Arif sudah keluar dari fotting room. Arif ternampak aksi manja yang dilakukan oleh mereka berdua.
"Ehem.. Korang berdua. Saya dah selesai ni." Beritahu Arif sambil membagi pakainannya kepada penjaga kedai itu.
"Eh sorry, sorry." Malu-malu kedua adik beradik itu.
"Jom kita balik?" Cadang Diyana.
"Tak nak makan dulu ke?" Tanya Yusof.
"Ikut je lah." Arif terus pergi dari situ ke tempat pembayaran.
Mereka hanya pandang sesama sendiri. Mengangkat bahu seperti tidak tahu apa yang terjadi.
Arif keluar dari kedai apabila dia sudah selesai membayar pakaiannya.
Diyana dan Yusof hairan melihat kelakuan Arif. Mereka berdua ikut Arif dari arah belakang.
Mereka bertiga menuju ke kedai Nasi Kandar yang berdekatan dengan kedai pakaian sekolah itu.
Sudah selesai mereka bertiga duduk. Pelayan datang untuk mengambil menu.
Mereka hanya minta menu minuman sahaja. Tanpa mengambil masa yang banyak, pelayan itu terus beredar dan memberitahu kepada tukang minuman.
Diyana memandang Yusof sebagai tanda isyarat. Yusof mengangguk sebagai tanda setuju.
"Arif, abang.. Saya nak pergi tandas kejap tau. Abang, ingat tau." Senyum Diyana kemudian terus menuju ke tandas.
Mereka berdua di tempat duduk itu. Yusof mengambil peluang untum bertanya tentang masalah Arif.
"Arif hang dah kenapa ni?" Tanya Yusof.
"Entahlah.. Aku tengah fikir." Beritahu Arif. Nafasnya agak kurang berbanding dulu.
"Hang fikir apa ni?" Tanya Yusof kerana risau keadaanya.
"Aku rasa tak sesuailah dekat sini. Nantilah dekat rumah." Beritahunya.
"Okay... Tapi hang macam ni bukan sebab kami buat aksi manja tadi kan?" Tanya Yusof kerana ragu.
"Kau ni pun.. Korang berduakan adik-beradik. Memang kena rapatkan." Arif gelak besar.
Yusof menjelingnya padat.
Secara tiba-tiba.. Diyana di belakang itu menjerit. "Toollllonggg!!!"
"Itu Diyana.." Beritahu Arif apabila Diyana menjerit..
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...