Bab 2- Baru nak bermula

62 3 2
                                    

2 January 2017,
Bertam Putra, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Arif yang dikatakan remaja yang berumur 16 itu bersalaman dengan abang Diyana.

"Nama saya Arif Danial. Nama abang apa?" Tanya Arif dengan spontan.

"Nama abang pula Yusof. Panggil je Abang Yusof takpun abang. Haha.. Rasa macam muda pula." Jawab spontan juga Yusof.

"Muda? Hang dah tua dah pun. Jangan nak perasan la." Perli adik perempuannya. "Dahlah, alang-alang kita dah ada tetamu ni. Jom kita makan sama-sama. Abang dah masak makanan kegemaran adik kesayangan abang ni." Manja Yusof mencubit pipi Diyana.

Arif yang keadaan letih melihat telatah adik-beradik yang terlalu akrab lagi. Mereka ibarat tengah bercinta tetapi hanya adik-beradik sahaja.

Malam pukul 12.00 tengah malam mereka terpaksa makan kerana mereka belum makan lagi. Yusof tadi sedang menunggu kepulangan Diyana balik dari universitynya dan Diyana pula sebelum pulang sempat berbual-bual dengan Arif. Mungkin ini salah Arif kerana tetiba ja muncul dalam keluarga mereka.

Mereka makan dengan penuh berselera, Yusof yang tak makan dari petang tadi telah menambah tiga pinggan.

"Hang ni pun sibuk tara mana pun jaga la adab skit depan tetamu, buat malu ja hang ni pun." Perli Diyana melihat Yusof makan yang amat gelojoh.

Arif yang makan di sudut meja itu tersenyum. "Abang sibuk ni kerja apa?" Tanya Arif sambil menuap nasi. "Macam hebat je kerja abang ni." Sambung lagi.

"Kerja abang sebagai anggota polis berpangkat inspektor." Jawab Yusof dengan nada sombong. "Ouh.. Inspektor Yusof la ni?" Gelak Arif.

"Aip perli abang ke ni?" Jeling Yusof.

"Memang patut pun. Sebab abang asyik sombong je bila ditanya pasal kerja je. Menyampah aku." Menyampuk Diyana sambil matanya pandang ke atas.

Walaupun sudah lewat malam. Mereka makan seperti sebuah keluarga yang sangat erat. Seperti sudah tidak jumpa 25 tahun.

Mereka berbicara banyak topik. Gelak ketawa? Memang setiap topik pasti ada.

Sudah larut malam. Diyana yang tidak berehat dari pagi ke tengah malam berasa sangat letih dan masuk tidur. Kemudian abangnya, Yusof pergi sambung balik kerjanya. Arif pula mahu masuk ke bilik yang sebentar tadi Diyana menunjuk biliknya. Tapi hasratnya terhenti apabila melihatnya Yusof tekun membuat kerjanya.

"Abang tak tidur lagi ka? Lewat sangat dah ni." Tanya Arif sambil menggosok matanya.

"Sebentar lagi abang tidur. Tambahan pula, abang kena lapor diri awal pagi ni dengan report abang ni." Jelas Yusof sambil menrungut.

Kerjanya sebenarnya sudah 1 minggu yang lalu sudah diberi. Tapi disebabkan dengan sikap kecuaiannya, dia terlupa bahawa kerjanya tertinggal di bilik pejabatnya.

"Ouhh.. Abang nak tanya boleh?" Tanya Arif sambil duduk di atas kerusi meja makan.

"Ya, tanyalah." Yusof masih fokus melihat komputer riba.

"Abang kenal tak Detektif Arif Danial?" Tanya soalan pertama oleh Arif.

"Ya mestilah kenal. Lagipun Diyana betul betul minat dengan dia. Disebabkan dia adik abang. Jadi abang kena minat juga la dekat Detektif Arif Danial ni." Jelas Yusof. Soalan Arif tadi membuatkan Yusof mula tidak fokus. "Lagipunkan, abang banyak sangat ikut perangai dia dari segi melakukan tugas jenayah yang berlaku di Kuala Lumpur." Sambung Yusof.

Arif duduk bertongkatkan dagu mendengar apa yang Yusof cakap. Mukanya kembali serius, melihat pintu bilik Diyana masih ditutup menanggapnya ia sudah tidur.

"Abang nak dengar satu rahsia tak?" Tanya Arif dengan reaksi yang amat serius.

Yusof hairan dan fokus muka Arif. Dia mula mebghiraukan kerjanya."Apa rahsianya?" Yusof ingin tahu rahsia apa yang diberi oleh Arif Danial.

"Tapi satu syarat, jangan bagutau dekat Diyana pula." Arif menunjuk satu jari menunjukkan nombor satu.

Yusof hanya mengangguk sebagai tanda setuju.

"Sebenarnya Detektif tu sayalah." Jelas Arif dengan reaksi yang amat bangga.

Yusof yang pandang atas bawah Arif kemudian gelak terbahak-bahak.

"Hang merapu apa ni. Tak silap Diyana bagitau hang lupa ingatan. Rupanya gila juga." Yusof yang tidak percaya itu membuatkan dirinya tidak percaya.

"Saya dah agak dah. Mesti kau tidak percaya." Arif menundukkan kepala kerana rasa sedih.

Kemudian dia melihat bekas sisa sisa makanan yang terdapat di baju Yusof.

Cepat Arif kehebatan Arif sebagai seorang Detektif Muda yabg terhebat.

"Sisa makanan tu coklatkan? Kejap, coklat tu kau makan sebelum melakukan kerjakan? Oleh sebab tu, masa kami balik. Kau baru sahaja bukan?" Beritahu Arif.

Mata Yusof mula terbeliaq kerana kata-kata tadi semua betul. Kepercayaannya mula kembali bahawa dialah Detektif Arif Danial yang sudah hilang beberapa bulan yang lalu.

"Biar betul hang ni Detektif Arif Danial. Kenapa hang muda sanga?" Tangan Yusof menyentuh muka-muka Arif.

"Yang aku ingat, aku telah diculik dan dipaksa makan pil. Tiba-tiba ja aku ada di sini sehingga aku jumpa Diyana." Cerita Arif.

"Mungkin ini pasal pil tu membuatkan hang jadi macamni." Fikir Yusof.

Arif yang memicit dagu cuba memikir. Betul juga apa yang Yusof kata itu.

Yusof yang bangun dari tempatnya cuba mengejutkan adiknya yang tidur kerna didalam rumah mereka terdapat tokoh yang hebat.

Tetapi hasratnya terpotong apabila Yusof memanggil Diyana.

"Jangan Yusof. Aku nak ini rahsia. Ingat ini janji kita, jangan bagitau dekat sesiapa pun termasuk Diyana." Amaran Arif.

"Habistu, hang nak buat apa?" Tanya Yusof sambil melihat kehairanan keputusan Arif.

"Mula-mula, esok pagi aku mahu teman kau pergi balai polis. Aku mahu berjumpa ketua polis di daerah ni." Jelas Arif. "Kemudian, aku nak cari penawar untuk masalah aku." Sambung Arif.

"Kalau macan tu. Biar aku bantu hang." Yusof mengawar diri untuk turut serta.

Arif hanya mengganguk sebagai tanda setuju. Yusof pula yang tidak sabar mahu bekerjasama dengan detektif membuatkan dirinya tidak sabar lagi. Semangat bergelora mahu membantu idola.

"Sekarang ni, kita hanya berlakon je okay?" Tanya Arif dengan menunjukkan tanda okay.

Yusof pun balas simbol okay sebagai tanda setuju.

"Jadi, Saya mahu tidur dulu ya abang." Arif yang sangat ngantuk masuk ke dalam bilik untuk berehat.

Yusof pula terpaksa bersambung kerja walaupun masa menunjukkan 4 pagi. Itu mungkin nasib malang bagi Yusof.

___________________
Thank you sebab baca 😁.
Sila vote ye ✔
Follow ig saya ya @arif_dnial

Detektif DanialWhere stories live. Discover now