Bab 13- Ibu Ayah Tercinta

28 1 5
                                    

Selepas kes pembunuhan itu selesai, Yusof menemani Arif untuk membeli bahan yang tiada di rumah.

Habis sahaja pembayaran, Yusof membawa Arif pulang menaiki keretanya. Di dalam kereta, mereka bersembang tentang hal tadi.

"Arif, aku nak tanya sikit.."

"Tanyalah.." Arif yang keletihan menyandar di kerusi kereta.

"Macam mana hang tahu siapa pembunuh? Aku tak syak langsung kawan baik sendiri bunuh dia." Tanya Yusof kehairanan.

Arif pandang muka Yusof hanya tersenyum. "Kekadang orang yang paling rapatlah selalu tikam belakang." Terang Arif.

"Seorang khianat, seorang lagi sanggup membunuh. Bukan itu je, saudara sendiri pun sanggup buat macam macam kerana sekeling kertas je." Sambung Arif lagi.

Muka Yusof seperti kurang faham sedikit.

"Masa aku sampai saja dekat sana. Aku dah ternampak si Hakim membunuh mangsa. Dia bagi racun di dalam kereta lagi. Jadi aku macam tak sedap hati. Follow je lah." Beritahu Arif.

"Macam mana hang tau tu racun?" Tanya Yusof.

Arif mengambil gula-gula mentos yang mempunyai sisa 2 biji. Arif mengoyakkan balutan itu. Kemudian, satu biji itu dia masukkan dalam mulut manakala satu lagi dia memberi kepada Yusof.

"Jangan risau itu gula-gula dan bukan racun." Suara Arif seperti perli Yusof.

Yusof kehairan pelik dengan kelakuan Arif. "Apa ni?"

"Jarang orang simpan satu biji sisa gula-gula selepas dia memberi kepada orang lain. Pastinya dia akan makan satu biji itu kecualilah dia sakit gigi atau dia sedang mengunyah gula-gula itu juga." Terang Arif lebih jelas.

"Firasat saya menjadi tepat apabila mangsa tadi jatuh tersungkur kemudian mati." Sambung Arif.

"Ouhh saya faham.. Hebatlah hang ni, patut dapat gelaran detektif terhebat." Puji Yusof.

Perbualan mereka tamat apabila kereta diberhenti di depan rumah. Malang tidak berbau, perkara tidak diingini berlaku apabila tuan rumah kepada rumah Yusof datang untuk meminta duit bayaran yang telah tertangguh.

"Aduhh.. Pak cik ni.." Yusof keluar dari kereta terus menuju ke arah pak cik itu.

Arif yang berada di dalam kereta hanya melihat sahaja dan tidak ingin masuk campur.

"Assalammualaikum Yusof." Sapa Pak cik tadi.

"Walaikummusalam Pak Cik Daus. Kenapa datang ke sini?" Tanya Yusof walaupun dia mengetahui niat Pak Cik tadi yang bernama Daus.

"Eh tak tau ke atau buat tak tau? Pak cik datang ke sini sebab nak minta duit la. Dah beberapa bulan dah tangguh ni." Suara Daus mula semakin kuat.

"Tapi Pak Cik.. adik saya baru je masuk sem baru. Semua duit saya guna untuk adik saya." Beritahu Yusof sambil nada yang rendah.

"Tak kira.. Bayar atau tinggal.. Ramai lagi tau nak duduk rumah ni." Bentak Daus.

Arif yang mendengar perbualan mereka dari dalam kereta terus keluar. Mereka berdua pandang ke arah Arif.

"Pak Cik, berapa ribu mereka berdua tangguh?" Tanya Arif.

"3 bulan mereka tak bayar.. semuanya Rm4600 sahaja." Beritahu Daus sambil memandang Yusof.

"Pak Cik balik dulu, nanti saya masukkan terus Rm7200.. Bayar 3 bulan seterusnya terus." Beritahu Arif.

Dia terus pergi buka pagar pintu rumah sambil membawa masuk bahan yang dibeli olehnnya tadi di pasar raya.

Yusof yang mendengar dari mulut Arif tadi berasa sangat malu. Muka Daus pula berubah terkejut dan terus melihat muka Yusof.

Selepas sahaja Daus pulang, Yusof terus mencapai Arif.

"Arif, biar betul. Hang tu menumpang ja, sepatutnya aku yang bayar. Nanti aku bayar balik eh dekat hang." Beritahu Yusof yang berasa sangat malu terhadap Arif.

"Kenapa nak bayar balik? Aku ikhlas tolong. Aku duduk sini, dah la makan korang tanggung. Aku tak nak lah.. Tak selesa. Jadi aku tolong bayarlah duit sewa." Beritahu Arif.

"Lagipun duit aku dalam akaun bank aku ada Rm2 500 000. Takat keluar 7 ribu je.." Sambung Arif.

Yusof hanya terdiam. Mungkin rasa malu belum hilang lagi.

"Yusof.." Panggil Arif seperti ingin bertanya sesuatu kepadanya.

"Ya kenapa?" Balas Yusof sambil melabur punggungnya di atas kerusi.

"Aku tak pernah nak tanya.. Mana mak ayah kau?" Tanya Arif.

Soalan tadi membuat Yusof senyap seketika.

"Yusof?"

"Ya.. ya" Yusof tersentak. Seperti ada sesuatu yang difikirkan oleh Yusof.

"Mana mak ayah kau?" Tanya lagi sekali.

"Hm.. Mak ayah aku sudah lama meninggal. Dibunuh oleh samseng berkelas." Beritahu Yusof.

"Mak dan Ayah aku seorang detektif persendirian. Mereka ditangkap sewaktu mereka berdua mahu pulang ke rumah." Sambung Yusof.

24 November 2012
Kepala Batas, Pulau Pinang
11:00 PM

"Kes kita dah selesaikan, Sayang?" Beritahu seorang lelaki lingkungan 40-an itu.

Bersama dengan seorang wanita yang sudah berusia 38 yang hampir sama dengan lelaki itu.

Mereka berdua merupakan mak dan ayah kandung Yusof dan juga Diyana.

"Ya betul tu, tak sabar nak dapat bayaran dari encik Faris Luqman. Dengarnya dia tu CEO Syarikat SAHABAT.. Kayalah kita." Teruja wanita itu.

"Kita jangan berharap sangat. Nanti jadi apa-apa habuk pun tak ada." Tegur suami tersayangnya.

"Amboi, mulut abang ni. Celupar sangat. Ingat eh, kita ada anak tau."

"Tahulah, anak tu dah permata buat abang. Abang sanggup mati demi sayang dan anak-anak." Beritahu lelaki itu.

"Ya, sayang tahulah.. Sayang pun sama. Sanggup mati demi abang dan juga anak-anak." Tersenyum wanita itu.

Mereka berdua tersenyum. Tetapi dipotong apabila kereta di belakangnya melanggar punggung kereta mereka berdua.

Lelaki itu terkejut dengan perbuatan pemandu kereta belakangnya. Pelanggaran yang dilakukan oleh pemandu kereta belakang menyebabkan kawalan kereta sepasang suami isteri telah hilang. Mereka terbabas di tepi parit.

Kereta yang melanggar mereka tadi berhenti di tepi jalan. Ingin melihat bahawa mereka berdua hampir nahas.

---------------------------

"Dengar cerita, macam tu lah. Bagaimana mereka meninggal dunia." Beritahu Yusof dengan nada agak sedih.

"Siapa nama mak dan ayah kau?" Tanya Arif sampai menyentuh bahunya untuk melegakan dirinya.

"Hm.. Nama ayah Zakaria manakala mak Sakinah.." jawab ringkas oleh Yusof.

"Tapi masa kemalangan tu, aku dapat tangkap nombor plat kereta itu. Malangnya, kereta yang digunakan oleh pembunuh mak dan ayah aku telah dimusnah. Buktinya hampir hilang." Terang Yusof.

Jam menunjukkan telah pukul 4:00 petang. Diyana telah pulang dari kolejnya.

"Eh abang? Arif? Tengah tunggu saya ke?" Tanyanya selepas Diyana masuk ke dalam rumah.

"Eh Diyana, balik pun. Pergi cepat bersiap." Arah Yusof.

"Baik abang, tunggu adik bersiap kejap tau." Diyana terus masuk ke bilik untuk bersiap untuk membeli barang sekolah.

"Arif, nanti kita sembang lagi tau." Beritahu Yusof dan terus masuk ke bilik untuk menukar pakaiannya.

Arif hanya mengangguk sebagai tanda setuju. Dia yang telah bersiap terus bangun untuk mencari gambar keluarganya. Dari sudut rumah ke hujung rumah. Tiada ada potrait keluarga...

---------------------------

Terima kasih kerana membaca

IG|| @arif_dnial

Detektif DanialWhere stories live. Discover now