Selepas dia menutup badannya dengan kain. Dia pergi ke luar dan bertanya kepada lelaki yang memakai topi yang berusia 17 tahun. Pada diri Arif, dia lebih muda berbandingnya.
"Adik hey adik, nak tanya abang dimana?" Tegur Arif sambil melambai tangannya. "Ya, dikk.." Balas lelaki itu dengan muka kehairanan.
"Adik?? Adik tidak kenal abang ke?" Arif mula rasa kehairanan.
"Tidak dan saya tidak pernah nampak pun adik." Balas sambil bermesra.
"Tak apalah, abang nak tanya boleh?" Tanya Arif walaupun dalam fikirannya masih lagi rasa bingun.
Lelaki tadi tersebut menggangukkan kepalanya sebagi tanda setuju sambil mengambil telefon bimbit di pocket sebelah kanannya.
"Kita ada di mana ya?" Tanya Arif sambil melihat perlakuan budak itu. "Ooh ya, abang nak tengok telefon bimbit adik kejap." Tanya lagi Arif.
"Adik tak tau ke? Ke adik sesat? Mana ibubapa adik?" Tanya bertalu-talu oleh lelaki tersebut sambil menghulurkan telefon bimbitnya.
"Haa... Apa yang dah berlaku ni?" Tanya Arif kehairanan. Dia mula rasa pelik sangat.
Arif yang tidak puas hati membuka kamera telefon bimbit itu. Alangkah terkejut apabila skrin telefon bimbit itu terpapar muka budak berumur 16 tahun.
"Apa yang terjadi, tolong adik!!" Jerit Arif yang berasa amat cemas.
"Maaf adik.. Abang kena pergi dulu." Lelaki itu beredar sambil mengambil telefon bimbitnya yang berada di tangan detektif muda yang telah menjadi seorang remaja yang berumur 16 tahun. Tangannya agak berketar seperti ia baru sahaja berjumpa dengan hantu.
"Adik!! Tolong abang..." Rayu Arif.
Air matanya mula mengalir. Dia tidak tahu mahu membuat apa sedangkan dia merupakan seorang detektif yang agak terkenal. Perbuatannya disedari oleh seorang wanita yang berumur 23 tahun.
"Assalammualaikum dik.. Kenapa ni?" Tanya wanita yang tidak dikenali itu.
Wanita itu disifatkan sangat penyayang. Berkulit putih dan bertudung labuh. Suaranya sangat lembut seperti terbuai-buai dalam mimpi.
"Wa.. Waalaikummusalam, saya rasa sangat bingung.." Jawab Arif sambil menangis.
"Bingung apa ni? Adik sesat ke?" Tanya wanita itu sebagai tanda pertolongan.
"Mak Ayah adik mana?" Tanya wanita itu. Arif masih lagi senyap sambil menggelap air mata.
Arif memandang mata wanita sambil bersenyum. Mungkin dia sedar bahawa ini mungkin ujian tuhan yang maha esa.
"Terima kasih kak. Tidak kak, saya rasa.. Saya mungkin lupa ingatan." Kata Arif dengan rasa sangat tenang.
"Biar betul adik ni.. Lupa ingatan pun boleh tersenyum." Wanita itu tersenyum melihat telatah Arif itu.
"Nama saya Arif Danial penyiasat mu.. Erkk." Arif cuba sembunyi dirinya sebagai penyiasat yang sangat terkenal.
"Mu apa ni dik?.." Tanya wanita itu sambil tergelak.
"Tiada ada apapun kak.. Nama kak apa?" Tanya Arif yang cuba mencuba mengubah topik.
"Haha.. Apa lah adik ni. Nama kak ialah Diyana Hana. Adik boleh je panggik kak Dee ataupun kak je." Jawab wanita yang nampak muslimah yang bernama Diyana Hana itu.
Mereka bersembang seperti mereka sudah kenal satu sama lain. Mereka ketawa tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang di kawasan situ. Nampaknya Arif kembali okay sebagai detektif malah di tetap berahsia sebagai seorang detektif.
"Kak.. Dah lewat ni. Tak nak balik ke?" Tanya Arif yang sedari jam Diyana menunjukkan 11.30 malam.
"Eh betullah!!" Terkejut Diyana.
"Kak baliklah dulu." Beritahu Arif dengan nada lemah lembut.
"Ha jom-jom. Ouhya, adik duduk mana? biar kak hantarkan." Pelawa Diyana kerana risau dengan keadaan Arif.
"Saya tiada rumah kak dan saya tak tahu di mana rumah saya. Saya kan lupa ingatan, ingat tak?" Arif tersenyum.
"Haha.. Kamu ni. Tak apalah, kamu tumpang di rumah kak ya." Pelawa lagi oleh Diyana Hana.
Arif terkejut dengan kata-kata wanita berumur 20-an itu. Pipinya bertukar menjadi warna merah kerana rasa malu. "Tak apala kak.. Lagipun kita bukan muhrim tinggal bersama berdua-duan pulak tu." Kata Arif sambil menunduk pandangannya kerana rasa malu.
"Eh sejak bila duduk berdua-duan ni.. Jom lah.." Pelawa Diyana dengan terburu-buru.
Arif yang tidak dapat menolak pelawaannya membuatkannya dia mengganguk sebagai setuju. Diyana senyum gembira mungkin dia boleh dapat sahabat untuk bersembang ataupun dia sudah selesa dengannya.
Arif dan Diyana menuju ke parking kereta untuk menaiki kereta Diyana iaitu Proton Alza berwarna putih. Keretanya agak kemas dan teratur mungkin kereta perempuan. Diyana memasang kunci dan membuka enjin dan enjin dihuidupkan. Selepas itu, keretanya bergerak.
Arif perasan tag nama Diyana tergantung di cermin pandang belakang. Tag namanya terpapar University Sains Malaysia. Agak hebat siapa yang memasuki Universiy Sains Malaysia itu.
Di dalam keretanya hanya senyap sepi sahaja. Oleh itu, Arif membuka topik untuk mengurangkan rasa sunyi. "Cita-cita kak apa?" Tanya Arif sambil melihat Diyana memandu kereta.
"Kenapa tetiba tanya ni? Haha.. Cita-cita kak mahu menjadi ahli forensik ala-ala detektif kan?" Ketawa Diyana tanpa mengetahui bahawa detektif yang terkenal pada masa ini hanya sebelah dia sahaja.
"Ouh.. Minat menjadi detektif la?" Tanya Arif lagi kerana topik itu menarik minat Arif.
"Ya.. Sebab kak minat dengan detektif Arif Danial tu. Eh baru perasan nama adik sama la dengan detektif kacak tu." Beritahu Diyana dengan perasan malu sedikit.
Arif memandang Diyana sambil mengukir senyuman.
"Lagipun lepas satu kes tahun lepas dia hilang mungkin diculik oleh penjahat. Hati saya hancur sebab idola saya hilang." Cerita Diyana dengan perasaan sedih.
"Kak jangan risau. Dia mungkin telah melarikan diri. Tapikan, kalau detektif tu jumpa kakak, mesti dia minat kakak." Arif cuba menyenangkan hatinya.
Diyana melihat Arif dengan senyuman manis.
"Eheh.. Mengadanya haha." Ketawa Diyana.
Selepas beberapa minit mereka berborak, kereta Proton Alza berhenti di depan rumah teres kepunyaan milik Diyana.
"Ha sudah sampai pun.." Tunjuk Diyana rumahnya.
"Wah nampak cantiklah rumah kak." Puji Arif sambil ketawa.
"Kamu gelak ke puji.. Dah jom masuk." Diyana menutup enjin lalu keluar dari kereta.
Arif turut keluar mengikut Diyana dari belakang. Diyana membuka kunci mangga yang dibekalkan oleh keluarganya.
Di dalam rumah wanita muslimah itu, rumahnya sangat bersih. dindingnya berwarna Kuning seperti baru sahaja dicat. Perabotnya baru dibeli. Di sudut ruang tamu itu terdapat meja dan kerusi untuk makan bersama keluarga. Satu kerusi tersebut terdapat seorang lelaki muda yang berumur 28. Rambutnya berwarna hitam dan bersikat kemas.
"Abang, aku minta maaf.. Ouh ya, kita ada tetamu ni." Kata Diyana kepada abangnya yang duduk di kerusi meja sambil menghadap komputer ribanya.
"Ha.. Baru nak balik. Pukul berapa sekarang ni.. Apa! Tetamu?" Tanya abangnya dan mencaro-cari tetamu yang dimaksudkan itu.
__________________________
Tamat untuk bab 1
Sila vote ya :D
Follow ig @arif_dnial
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...