Bab 4- Penyelesaian

51 4 1
                                    

6:30 Pagi,
Kepala Batas,

"Ingat ya, tak semua boleh jadi baik. Sebab kalau nak jadi jahat semua senang untuk jadi jahat. Oleh itu, orang baik diuji oleh orang jahat." Terang Yusof dengan lancar sekali.

"Diuji? Macam mana tu?" Tanya Arif yang duduk bersila di depan Yusof manakala Diyana berpakaian telekung berada di barisan belakang iaitu belakang Arif.

"Ujinya ialah orang baik itu akan mengikut orang jahat itu untuk berbuat jahat ataupun orang baik itu akan membawa orang jahat menjadikan seorang yang baik dan bertakwa." Jelas yusof

Diyana dibelakang mengangguk sebagai tanda faham. Manakala Arif pula berasa sangat bersalah dan berdosa atas dosa-dosa lalu.

"Ya Allah.. Apa yang aku telah buat ini. Dulu aku berpangkat aku tidak pernah ingatmu. Sekarang aku sudah tidak ada apa-apa baru aku mengingatimu. Adakah aku ditempatkan di neraka." Doa Arif didalam hati.

Yusof memerhati tingkah laku detektif terhandal itu. "Arif, hang ni okay ke tak?" Tanya Yusof.

Diyana dari belakang juga memerhati tingkah laku Arif Danial itu.

"Erk.. Okay ja, dah habis ke? Jom makan.. Saya masak." Arif berpura-pura dan cuba bertukar topik.

"Hang reti masak ka? Kalau camtu baguslah. Diyana pergilah tolong Arif sediakan bahan." Arah Yusof.

"Baiklah abang." Diyana terus bangun dari tempat sujud.

Arif pula mengikut Diyana terus ke dapur. Diyana pula masih berpakaian telekung keluarkan barang basah.

"Arif ini tau bahan-bahan yang kita ada sekarang ni. Nanti kita keluar beli barang lagi." Ajak Diyana.

"Tapi kak tak ada kelas ke?" Tanya Arif sambil mengagau bahan masakan untuk memasak.

"Hari ini kelas cancel. Ouh ya Arif reti masak ke?" Tanya Diyana sebagai tanda untuk berborak.

"Ha'ah.. Sebenarnya saya suka masak berbanding makan luar. Akak pula.. Reti masak tak?" Jawab Arif kemudian bertanya kembali.

"Sebenarnya akak tak reti masak. Abang yang selalu masak ataupun makan di luar." Diyana senyum malu-malu.

"Ouh kalau macam tu, akak pergi tukar baju dulu. Saya ajar kak memasak." Ajak Arif sambil menyusun bahan basah.

"Boleh ke ni?"

"Boleh je lah. Memasak je pun. Semua berhak belajar. Nanti nak masak untuk sa.."

"Sa apa?" Diyana ketawa. "Kejap ya, kak nak tukar baju" Diyana terus menuju ke biliknya untuk menukar pakaiannya.

Selepas 5 minit. Diyana kembali ke dapur. Arif duduk di bangku dapur. Bertongkatkan lengan.

"Dah.. Akak sudah nak belajar." Semangat Diyana.

"Semangatnya haha.." mereka berdua ketawa di dapur.

"Tapi kita nak masak apa?" Tanya Diyana sambil melihat bahan masakan tersebut.

"Disebabkan bahan kita ada bihun. Kita masak bihun goreng." Rancang Arif.

"Ouhh.. Boleh ja." Diyana setuju dengan rancangan Arif.

Arif mengajar Diyana memasak bihun goreng. Arif membantu dan mengajar masakan tersebut manakala Diyana pula memasukkan bahan tadi ke dalam kuali. Aroma bau bihun goreng mula naik. Oleh itu, Diyana gembira dan rasa bangga dengan masakan pertama.

Abang Diyana, Yusof berada di pintu masuk dapur tersenyum melihat mereka gembira. Dalam fikirannya juga dia berasa sangat gembira kerana idola adiknya, Detektif Arif berada di sebelahnya. Siap membantunya masak sekali.

"Arif, hang dah siap ke belum? Katanya nak ikut abang pergi balai polis." Tanya Yusof tentang janjinya untuk membawa Arif ke balai polis untuk membantunya.

"Ha? Kenapa nak pergi ke balai polis?" Tanya Diyana sambil kehairanan.

"Sebenarnya, saya nak pergi ke balai polis untuk mencari ibubapa saya." Beritahu Arif walaupun ia hanya rekaan.

"Ouh.. Tak apalah, kak nak hidangkan makanan ni dekat meja makan. Mari makan." Ajak Diyana. Muka manisnya mula berubah menjadi muram.

"Awat tu?" Tanya Arif kepada Yusof.

"Hang la punya pasal. Kalau ya pun jangan la menipu. Kesian dia dapat tahu hang nak balik ke pangkuan keluarga. Dah la, hang pi siap cepat." Tegur Yusof sambil berbisik.

Lalu dia pergi dari dapur dan bersiap ke balai polis.

Arif yang sudah bersiap mahu menuju ke kereta kepunyaan Yusof. Honda Civic berwarna merah.

Sedang menuju, dia ternampak Diyana sedang menonton televisyen. Mukanya tidak menunjukkan reaksi sedikit pun. Hanya fokus melihat siaran kegemarannya.

Arif yang berasa bersalah mahu berminta maaf. Tapi disebabkan takut terbongkar, dia cuba menggunakan pelan lain.

"Akak. Tadi kak kata nak pergi ke kedai nak membeli bahan basah kan? Nanti sudah selesai di pejabat polis, boleh kak ambil saya di sana." Cadang Arif.

"Ouh, kalau macam tu. Tak apala, nanti kak ambil Arif di sana tau." Setuju Diyana"Hati-hati tau." Pesan lagi oleh gadis university yang berumur 20-an tersebut.

Arif mengangguk sambil tersipu-sipu malu.

Di dalam kereta Yusof, mereka berdua berborak sementara menuju ke tempat itu.

"Yusof, aku nak tanya boleh?" Tanya Arif dengan nada rendah.

"Tanyalah.." Yusof melihat ke arah Arif untuk memastikan dia okay.

"Tadi aku betul-betul hayati kau punya tazkirah. Rasa mendalam tu supp terus ke dalam hati. Haha.." Puji Arif.

"Haha.. Aku sudah biasa bagi tazkirah. Jadi apa soalan hang?" Tanya balik Yusof.

"Aku sebenarnya dah melakukan dosa yang besar."

"Dosa besar macam mana tu?"

"Aku melakukan dosa. Minum arak, mabuk, tidak adil dan tidur dengan bukan mahram." Air matanya mula mengalir.

Yusof senyum dan tenangkan Arif.

"Arif, kalau hang berbuat dosa. Maka bertaubatlah. Seperti Abu Sufian yang ingin membunuh Nabi Muhammad. Dosa besarkan? Tapi dia berubah dan masuk islam. Kemudian dia menjadi tokoh islam yang hebat." Jelas Yusof.

"Jadi aku ada masa untuk berubah?"

"Ya, selagi hang tak mati. Haha.."  ketawa Yusof.

"Tak baiklah." Arif jelingkan matanya.

Kemudian keretanya telah berparking di depan pondok keselamatan Ibu Pejabat Polis Kepala Batas.

Pengawai penjaga keselamat mengangkat tabik sebagai tanda penghormatan kepadanya.

"Alhamdulillah.. Aku masih ada masa untuk berubah. Terima kasih ya Allah." Syukur Arif dalam hatinya.

"Sudah sampai. Jom, kita nak berjumpa dengan Tuan Pengarah." Yusof membuka pintu kereta diikuti oleh  Arif.

"Nama Tuan pengarah sapa,Yusof?" Tanya Arif sambil mengikut Yusof.

"tuan Andik." Jawab ringkas.

"Hm.. Macam pernah dengar je." Hati Arif berkata.

Sampai sahaja di depan pintu ibu pejabat. Yusof membuka pintu untuk Arif. Suasana di dalam pejabat itu sungguh sibuk. Telefon sentiasa berdering manakala banyak mangsa yang datang untuk membuat laporan.

"Arif, mari. Ni bilinya." Panggil Yusof yang tidak jauh 5 meter.

Arif datang ke arah Yusof.

Di dalam bilik tuan pengarah, Tuan Andik. Tuan Andik sedang menulis laporan tentang kehilangan Detektif Arif Danial yang hilang baru-baru ini.

Kemudian, pintunya diketuk. "Masuk.." Beritahu Tuan Andik di sebelah pintu tersebut.

"Tuan.." Sapa Yusof berdiri tegak lengkap memakai uniform polis berpangkat inspektor.

Disebelahnya ialah Detektif Arif Danial yang berumur 16 tahun.

----------------
Sila vote lepas membaca :D
Terima Kasih sebab membaca

Detektif DanialWhere stories live. Discover now