Bab 9- Bersiap!!

38 3 0
                                    

4 January 2017,
Bertam Putra, Kepala Batas.

Tinggal beberapa hari sahaja untuk bersekolah. Rasa malas tetap ada dalam dirinya.

Arif baring sedang memikir sesuatu sejenak.

"Errgghhh.. Malasnya aku nak ke sekolah." Keluh Arif.

Ambil bantal sambil menutup mukanya. Tanpa sedari, dia terlena sambil bantal di atas muka.

6:00 Petang,
Bertam Putra, Pulau Pinang.

Diyana yang baru balik dari University membuka kasut lalu masuk ke dalam rumah. Keadaan yang sungguh sunyi kecuali bilik Arif.

Diyana membuka pintu bilik Arif melihat keadaannya.

Arif terbaring tidak sedarkan diri. Bunyi dengkurnya agak kuat. Mungkin agak keletihan. Itulah yang difikirkan oleh Diyana

Diyana perlahan melihat Arif. Dia perasan dompet milik Arif terjatuh dari katil.

Mungkin dompetnya jatuh semasa Arif mahu berbaring. Fikirnya lagi.

Tanpa membuang masa, Diyana mengambil dompet milik Arif dan membeleknya. Hampir sahaja membuka dompet itu, Arif terjaga dari tidur. Diyana tersentak dan meletakkan dompet itu cepat-cepat di atas katil.

"Ha kak.. Kak buat apa dalam bilik saya ni? Sekarang sudah pukul berapa?" Tanya Arif yang masih tidak sedar.

"Terkejut kak.. Ish Arif ni, itulah tidur lagi waktu asar.. Sekarang sudah pukul 6 petang lah.." beritahu Diyana yang masih terkejut.

"Apa!! Allahu saya sudah lewat nak solat Asar ni.. Kak tolong sediakan bahan boleh? Saya nak solat dulu kemudian saya tolong kak memasak eh?" Arah Arif sambil tergesa-gesa masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk.

Tinggal sahaja Diyana di dalam bilik. Dia melihat di dalam dompet milik Arif yang tertutup rapi di atas katil.

Tapi dia tidak ingin hal tersebut mengulang semula. Jadi, dia keluar dari bilik tersebut dan lakukan tugasan yang diberi oleh Arif tadi.

Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang.

"Haih, aku tak faham betullah." Yusof lempar fail kes di atas mejanya.

"Apa yang hang bising tu? Hang stress ni." Amzah cuba tenangkan Yusof.

"Aku stresslah ni.. Macam mana Detektif Arif Danial boleh hilangkan diri macam tu je?" Tanya Yusof untuk melegakan dirinya.

"Detektif Danial? Jarang ah aku dengar nama dia sejak dia hilangkan diri. Pelik jugalah kenapa dia hilangkan diri." Amzah turut berasa pelik.

"Kejap.. Ni kes hang sejak first time hang mengeluh ke? Apa function hang buka kes tu? Dia yang nak hilang diri bukan masalah kita pun." Amzah berasa pelik.

"Erkk.. Hang ni pun, mesti dia ada sebab. Dia dah berjasa dekat negara kita kot. Jadi turn kita pula untuk bantu mencari dia." Jelas Yusof.

Amzah rasa malu tunduk sedikit.

"Betul tu Yusof. Kita pula untuk menolong dia." Tiba-tiba Tuan Andik mencelah.

"Eh tuan? Kenapa belum balik lagi?" Tanya mesra oleh Amzah.

"Haha.. Saya ada berita gembira untuk kamu berdua." Beritahu dengan nada yang agak seronok.

"Apa tu, tuan?" Tanya Yusof.

"Disebabkan kes tadi kita selesai dengan cepat sekali. Kerajaan telah memberi kita habuan." Beritahu Tuan Andik tersenyum.

"Tanpa Inspektor Yusof dan Inspektor Amzah tentu tak berjayakan kes ni kan?" Sambung lagi.

Detektif DanialWhere stories live. Discover now