3 January 2017
Tesco Kepala Batas, Pulau Pinang."Hebat betul bandar Kepala Batas ni ya kak." Terpejun Arif melihat kota kecil Kepala Batas.
"Haha.. Hebatkan? Tak sama dengan Kuala Lumpur tu. Bandar hebat tapi asyik jem ja." Diyana perli Arif yang berada di sebelahnya.
Cukup erat memakai tali pinggang. Dibuka untuk bersedia turun membeli-belah.
Selepas turun dari kereta dia berjalan bersebelahan dengan Diyana.
"Betullah, kalau saya tau tentang Kepala Batas, mesti saya pindah ke si.." Arif tersasul lagi.
"Si apa ni ha? Tanya lagi Diyana.
Arep hampir sahaja memecah rahsianya buat kali kedua.
"Rahsia apa ni ah?" Diyaba cuba untuk mengcungkil rahsia rahsianya.
Arif berjalan cepat supaya rahsianya dengan Yusof tidak pecah.
"Arif!!" Mulutnya muncung. Inilah gedik perempuan. Tidak boleh simpan rahsia sedikit dengan perempuan.
"Cepatlah kak. Kesian Abang Yusof lapar makanan tak masak lagi." Panggil Arif dari jaraknya 12 meter.
Diyana dengan rela hati terpaksa ikut Arif. Kakinya hentak sekuat hati sebagai tanda tidak puas hati.
Selepas habis membeli-belah, Arif dan Diyana meletakkan barang-barang yang mereka beli untuk membayar. Kemudian, Arif mengeluar wang bernilai Rm100 untuk membayar barang itu.
"Aik, duit sapa tu?" Tanya Diyana dengan penuh kehairanan.
Arif yang sudah memberi duit kepada cashier. Arif buat tidak dengar.
"Arif?" Panggil Diyana.
"Ya kenapa Diyana?" Arif berpura-pura tidak mendengarnya.
"Arif tak dengar ke apa yang kak tanya tadi?" Tanya Diyana dengan tidak puas hati.
"Ouuh ada tanya ke? Ada apa ya kak?" Arif tanya walaupun dia sudah tahu.
Arif mengambil barang yang telah diletakkan dalam plastik lalu beredar dari kaunter cashier. Diyana yang hanya memegang beg mendengar ikut sahaja Arif dari belakang.
"Duit tu dapat dari mana?" Tanya lagi Diyana.
"Ouhh duit ini Abang Yusof yang bagi tadi." Beritahu Arif walaupun itu tidak benar.
Rupanya duit Arif yang guna itu merupakan duit Arif yang Tuan Andik memberi kepadanya tadi sebagai tanda gaji selama 3 bulan walaupun tersisa bulan lagi.
"Abang Yusof bagi? Jarang sangatlah Yusof nak tampung keluarga kak walaupun kami berdua" beritahu Diyana.
"Mungkin Abang Yusof dapat bonus kot.." Tipu Arif.
"Hahaha.. Merapulah." Diyana seperti tidak percaya dengan kata-kata Arif.
Arif berhenti seketika kerana berasa takut rahsianya terbongkar.
Di tempat parking kereta, Arif meletakkan barang itu di dalam kereta. Lalu Arif duduk di seat kereta disebelah tempat memandu. Diyana pula duduk di tempat seat memandu.
Diyana membuka enjin lalu diundurkan keretanya untuk masanya pulang. Mereka berdua tidak berbicara satu sama lain malahan mereka hanya berdiam diri hingga ke rumah Diyana.
Arif membuka pintu dan turun dari dan membuka pintu untuk mengambil barang yang sudah dibeli tadi. Manakala Diyana membuka pagar dan pintu dan terus masuk ke dalam bilik tidurnya terus.
YOU ARE READING
Detektif Danial
AcciónPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...