9:30 Malam,
Kuala Lumpur,Di sebuah kelab malam yang agak terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Banyak remaja 20-an menari bersama pasangan mereka ada juga menari berseorang sambil mabuk kerana telah meminum air arak yang berlebihan.
Lagu dipasang dengan agak kuat. Kuatnya boleh membuat kita pekak sekali. Di sudut kelab itu, Arif dan beberapa wanita yang dikatakan agak cantik berada di sisi Arif sambil melayannya. Mereka menuap beberapa biji anggur ke dalam mulut Arif.
Seorang lelaki likungan umur 30-an dibelakang kerusi Arif menyapa dengan perasan sombong. "Hello detektif, seronok kau dah jadi femes?"
Arif dengan pantas sekali pandang belakang sambil tersenyum. Dia dalam keadaan mabuk tidak sedar diri masih lagi menyapa sahabat lamanya iaitu Amir. Mukanya riak sekali. Di setiap sisinya terdapat empat gadis cantik.
"Hey Bro.. Kau ergh.. Kau kenapa lambat aku da.. Erghh.. dah nak balik pun." Borak Arif dengan keadaan mabuk.
"Kau minum berapa botol ni sampai kau mabuk. Haha.. Dah aku datang sini nak hantar kau balik ja." Beritahu Amir sambil memberi isyarat tangan kepada gadis itu beredar dari sisinya.
"Tak nak la erghh.. Aku nak dengan girlfriend- girlfriend aku ni."
"Ya la.. Aku ada kerja sikit tau kat pejabat. Kau jaga diri eh?" Habis sahaja, Amir pergi lalu begitu sahaja.
"Eh Amir, kau ergh.. Kerja apa dekat pejabat tu erggh.." Arif berasa sangat mabuk sekali. "Eh, dia hilang macam tu erghh." Anak matanya mencari Amir dari sudut ke sudut kelab itu.
Tanpa menghiraukan kawannya itu. Dia sambung melayan wanita-wanita cantik itu.
Selepas tamat keseronokan di kelab malam mewah itu. Dia keluar bersama seorang wanita cantik tadi sambil mabuk. Mereka berjalan pun tidak betul dan bergelak ketawa dari tadi.
Detektif muda baru sahaja menerima pingat sebagai seorang detektif terhandal mula sahaja berperangai sebegitu. Dia membuka pintu rumah tersenyum melihat wanita tadi
Wanita tersebut duduk di sofa mewah berwarna merah sambil bertelaga dahi Arif. Arif tanpa menunggu masa membuka pakaian wanita tadi.
8:30 Pagi,
Kuala Lumpur,Matahari mula bersinar melalui tingkap apartment Arif. Matanya cuba menahan sinar matahari itu dengan tapak tangan. Pantas sekali dia mencapai telefon bimbitnya di sebelah katil tempatnya tidur semalam.
Terkejut dia jam menunjuk 8:32 pagi menunjukkan dia perlu masuk pejabat sebelum 7:40 pagi kerana mesyuarat penting antara negara Malaysia dan juga Indonesia.
Kemudian dia terjun dari katil dan berlari-lari masuk ke bilik mandi untuk bersiap.
"Aduuhh, kau Arif baru saja terima pingat tapi kau sudah buat perangai?" Tanya dalam hati. Dia mula rasa teramat gelisah.
Akan tetapi, dia tidak pernah teringat apa yang telah berlaku malam tadi. Arif baru sahaja tidur dengan perempuan yang tidak halal baginya lagi. Perkara itu tidak mudah untuk Arif ingat tetapi aarif tidak mengendahkannya kerana dia anggap hal itu tidak penting baginya.
Selepas bersiap dia terus berkejar ke ibu pejabat Bukit Bintang disekitar Kuala Lumpur. Pejabat itu tidak jauh dari apartment Arif, hanya sekitar 2 kilometer.
Arif berpakaian seragam ala-ala detektif berkelas pertama menuju berjumpa dengan ketua polis Bukit Bintang iaitu Tuan Hakim. Lelaki berumur 53 tahun dan hanya 7 tahun lagi untuk bersara. Berjanggut dan misai berwarna putih. Semua yang melihatnya semua akan berasa takut.
"Tuan, saya minta maaf, Tuan." Arif memohon minta maaf.
Mata Tuan Hakim hanya memandang tajam sekali. Hati Arif berdebar-debar seperti hamparan yang agak hebat sekali.
Tuan Hakim duduk diam-diam tadi lalu berdiri. "Kau dah kenapa Arif!!" Jengking Tuan Hakim.
"Nama negara kita dah kotor sebab kau!" Sambung Tuan Hakim.
Dia cuba untuk mengenangkan dirinya.
"Saya betul-betul minta maaf, saya ada masalah malam tadi." Jelas Arif.
"Masalah apa?!!"
Arif yang cuba untuk menjelaskan apa yang berlaku malam tadi tiba-tiba dipotong dengan ayat keras Tuan Hakim.
"Malam tadi kau melepak di Kelab kan?!! Dan kau dah tidur dengan seorang perempuan? Apa yang nak jadi dengan kau? Dulu kau sebelum jadi detektif tak seteruk ini pun?" Nada Tuan Hakim mula-mula menjadi perlahan.
Arif yang tidak tahu akan kejadian malam tadi tiba tersedar dia baru sahaja tidur dengan wanita itu. Dia berasa sangat bersalah.
"Okay Arif, kamu digantung kerja selama 3 bulan disebabkan oleh kerja terkutuk kau. Jumpa 3 bulan seterusnya okay." Tuan Hakim tak mahu melepaskan anak buah yang agak pakar. Tetapi untuk keadilan dia terpaksa untuk memberi Arif hukuman.
Arif keluar dari ibu pejabat. Mukanya agak muram sekali. Baju ala-ala detektif tadi hanya la tinggal baju putih. Jaketnya telah simpan dalam begnya. Angin yang begitu kuat itu membuat topi Arif terbang tanpa dikesan.
Arif terpaksa redha apa yang berlaku pada dirinya. Dia membuka enjin kereta lalu keluar dari parking ibu pejabat.
Tiba-tiba sepohon kayu yang agak besar tumbang ke arah kereta Arif.
Kemalangan yang berlaku dekat Detektif Arif itu memang agak ngeri. Arif yang tidak sedar diri dalam kereta. Dahinya berdarah. Kakinya pula tersepit.
Di pekarangan ibu pejabat itu bertukar menjadi huru-hara. Siren bomba dan juga ambulans juga kedengaran. Arif tiba sedar demi sedikit melihat saksi berada di situ. Ada yang mengutuk. Ada juga sedih dengan keadaan Arif.
Lalu sahaja Arif dibawa ke hospital. Arif yang sedar melihat keadaan bilik. Dia hanya separuh sedar. Di sudut bilik, ada seorang lelaki. Pakaiannya begitu aneh sekali.
"Ouhh.. Dah bangun?" Lelaki misteri itu mula bersuara.
Suaranya begitu lantang.
"Kau siapa?" Tanya Arif.
Lelaki misteri itu berpusing belakang memandang Arif.
"Akulah rasa takutmu.." gelak lelaki misteri itu.
Arif tadi berada di hospital tersedar yang dia benar benar berada di rumah Diyana dan juga Yusof yang bantu Arif.
"Bangun Arif. Subuh dah nak dekat mari kita solat berjemaah." Pelawa Yusof yang siap berpakaian baju melayu, berkain pelikat dan bersongkok.
"Pukul berada sekarang ni?" Tanya lagi Arif.
"Dah lambat la sekarang ni sudah pukul 6:03 pagi dah ni. Cepatlah." Arah Yusof.
"Yelah yelah. Tunggu aku tau." Arif turun dari katil itu menuju ke bilik air untuk berwuduk.
Selepas itu dia, Yusof dan Diyana solat berjemaah sekali berimamkan Yusof.
Sehabis baik sahaja selesai solat. Yusof berpaling ke belakang menyampaikan tazkirah selama 5 minit.
-------------------
(Thank you) ;)
Sorry for 18+
Teruskan membaca lagi ya.
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...