Restoran Impiana, Bertam Putra.
9:00 Malam"Ha Arif.. Macam mana?" Tanya Tuan Andik yang duduk di sebelahnya.
"Macam mana apa?" Tanya ragu- ragu.
"Tentang sekolahlah haha.. Lagi 3 hari lagi je. Beg dah beli? Baju dah?" Tanya bertalu- talu.
"Erk.. Tuan.. Kalau saya tak perlu ke sekolah boleh tak?" Minta Arif kerana dia sudah memang tidak mahu digelar pelajar.
"Mana boleh Arif.. Kamu kena sekolah biar kita jadi orang berguna di masa depan." Pesan Diyana yang mencelah perbualan mereka.
"Tapi..."
"Tak ada tapi tapi ye Arif." Yusof turut celah.
"Esok saya belikan barang sekolah untuk dia tuan." Sambung Yusof lagi.
Arif yang rasa seperti serba salah tunduk pandangannya ke bawah.
1 jam selepas makanan sampai, mereka sudah selesai menjamu selera.
Arif dan Diyana berjalan bersama menuju ke kereta. Manakala Yusof masih bersembang.
"Tak tahu pula, Tuan Andik dan hang nak raikan di sini." Beritahu Yusof.
"Itulah.. Hang pergi blah macam tu je.. Tanya apa pun tak ada." Sakat Amzah.
"Ish.. Aku kalut tadi. Risau keadaan keluarga aku." Jelas Yusof dengan muka bersalah.
"Sudahlah hampa berdua. Saya bukan datang sini untuk hampa bergaduh. Kita naik raikkan kes kita kan?" Celah Andik.
"Yusof.. Kamu baliklah.. Kesian Arif dan Diyana tu.. Tunggu hang habis bersembang." Andik pandang ke arah Arif dan Diyana yang menunggu Yusof di luar kereta.
"Baiklah tuan.. Kita sembang balik di office balik ya Amzah dan Tuan." Lalu Yusof meninggalkan mereka di situ.
Sampai sahaja di rumah, mereka masuk ke dalam rumah. Diyana terus masuk ke dalam biliknya. Mungkin agak letih.
Manakala Arif dan Yusof duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.
"Ha macam mana?" Buka bicara Yusof.
"Macam mana apa kau ni.. Pasal sekolah? Boleh tak kita stop kejap pasal sekolah?" Arif hanya senyum sahaja untuk mengelak rasa geram.
"Aku tahu hang tak mau pergi sekolah. Tapi hang kena faham. Hang mau ka Diyana tahu pasal hang?" Jelas Yusof untuk menenangkan Arif.
"Tapikan mesti ada cara lainkan? Aku memang tidak suka sekolah. Aku ingat lagi yang aku ni sentiasa dibuli, dipukul, disepak dan benda-benda lain." Arif tunduk sambil mengalirkan air mata.
"Ha apa? Hang kena buli?" Tanya Yusof dengan perasaan terkejut.
Tidak sangka sekarang merupakan seorang detektif yang digeruni oleh semua pihak musuh juga pernah dibuli. Itulah yang difikirkan oleh Yusof.
"Tapi satu hari tu.."
SK Lahar Kepar,
18 Ogos 1999.Arif yang memakai uniform sekolah lengkap menggalas begnya bergerak keluar ke pagar sekolah.
Niatnya telah berubah apabila geng-geng samseng sekolah yang sering membulinya mengejar Arif.
Arif tanpa membuang masa terus larikan diri daripada samseng-samseng tersebut. Dia lari agak pantas sekali kerana takut ditangkap oleh samseng-samseng itu.
Malangnya, Arif tersadung akibat akar kayu yang agak besar. Dia menggelupur jatuh kesakitan. Tambahan pula samseng-samseng tadi berjaya kejar Arif.
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...