13 Disember 2016,
Bukit Jalil, Kuala LumpurPandangan waktu malam di kota Kuala Lumpur sangatlah indah. Memang betul bahawa ciptaan Tuhan memang indah. Tetapi keindahan itu mula bertukar menjadi huru hara apabila siren kereta polis berbunyi di dalam kota tersebut.
Seorang lelaki yang berumur 47 tahun memakai sut lengkap polis memandu kereta sambil memegang walkie talkie.
"Kes itu telah berlaku di Jalan Hang Jebat, Tuan. Over." Kata seorang wanita yang bertalian di rangkaian walkie talkie itu. "Baik, kami pergi ke sana sekarang. Over." Balas anggota polis yang berumur 40-an itu.
"Bagaimana sekarang, tuan?" Tanya Arif sambil memegang sebuah nota kecil.
"Kita sedang menuju ke tempat kejadian, detektif." Jawab anggota polis itu. "Baik." Balas dengan ringkas detektif muda itu.
Kereta polis berjenama Waja yang dipandu oleh anggota polis itu dibawa dengan agak laju sekali.
Setiba sahaja di tempat kejadian. Arif keluar dari kereta tersebut dengan agak tenang. Detektif muda itu melihat di sekeliling kawasan tersebut. Dia seperti dapat mengetahui sesuatu. Arif terpandang sebuah kedai yang agak usang di tepi jalan. Tanpa ragu-ragu, dia terus menuju ke kedai itu tanpa pengetahuan anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.
"Kring...." Pintu telah dibuka oleh Arif.
Suasana di dalam kedai itu agak menyeramkan. Meja dan perabot semua telah ditutupi dengan kain putih. Kakinya beranjak demi beranjak untuk mengelakkan daripada bahaya.
"Pranggg.."
Arif menoleh ke arah satu pintu. Arif seperti rasa agak gentar kerana kedai itu seperti tidak pernah dilawat oleh seorang manusia pun. Dia dengan agak ketakutan membuka pintu.
Buka-buka sahaja pintu itu. Arif menghembus perasaan lega. Keadaan didalam bilik itu hanya lampu terbuka dan gelas yang telah pecah.
Mungkin tikus lalu sebelah gelas itu dan jatuh. Itulah apa yang telah dikatakan dalam fikiran detektif muda itu. Apa lagi, Arif pergi kearah gelas itu dan mengambil sepihan kaca itu. Selepas memegang sepihan kaca itu, dia mencampak sepihan kaca. Dia mula rasa takut dan cuba nak keluar tetapi pintu telah ditutup oleh seorang lelaki yang memakai topeng menakutkan sambil memegang kayu softball.
"Aku dah agak kau akan kesini." Kata lelaki itu sambil menghayun kayu softball itu.
"Siapa kau?" Tanya Arif sambil cuba mencapai benda untuk melindungi.
"Siapa aku? Kau tak kenal ke suara aku ke?!" Jawab lelaki itu dengan perasaan marah sekali. Kata-kata lelaki seperti mereka pernah berjumpa dan pernah mengenali antara satu sama lain.
Arif menggaru kepalanya walaupun tidak gatal untuk menunjukkan dirinya tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
"Akulah Amir. Sahabat kau waktu kita menjalani ujian untuk menjadi seorang anggota polis." Amir membuka topeng itu. Mukanya ternampak dengan jelas.
Reaksi Arif terkejut sekali. "Apa yang kau buat ni?" Tanya Arif.
"Apa yang aku buat? Lawak la soalan kau ni." Amir ketawa. "Baiklah. semasa aku kena dibuang. Hidup aku tiada guna. Jadi aku cuba membuat pil untuk merosakkan dunia yang tidak adil ni."
"Bukan itu saja, kau patut rasa bangga kerana kau orang pertama yang menggunakan pil itu. Jadi, aku minta maaf kerana ini agak menyakitkan." Sambung Amir dan terus menghayun kayu softball itu kearah kepala Arif hingga dia rebah dan terus pengsan.
14 Disember 2016,
RedroomArif cuba mencuba membuka mata. Kepalanya agak menyakitkan.
"Erghhh... Aku ada di mana ni?' Tanya Arif dengan keadaan pening.
Matanya silau oleh lampu-lampu yang berada di dalam bilik itu. Seluruh badannya telah diikat dengan rapi dan ketat.
"Hai Arif." Amir berada di depan Arif. Mukanya hanya senyum melihat kedaan Arif.
"Bagaimana dengan bilik ni? Selesa tak?" Tanya Amir seperti untuk memperhangatkan Arif.
"Kau dah gila ka Amir?!!" Bentak Arif. Dia cuba lepaskan diri. Tapi tidak berhasil.
"Ya, aku gila!!! Gila disebabkan kau. Kau seronok dengan kejayaan kau. Tapi bagaimana dengan aku? Tidak siapa yang kenal aku. Kejadian tersebut hanya sia-sia bagi aku."
"Kau salah!!" Balas Arif.
"Sudah Arif!! Kau diam." Potong Amir. Jarinya seperti mengarahkan sesuatu.
"Hey Amir, kau nak ke mana. Aku tak habis lagi." Arif cuba memberontak. Malangnya penjaga-penjaga di dalam bilik itu pegang bahu dan kepala Arif. Mereka yang bersut seperti kot makmal itu memaksa Arif menelan pil.
Kemudian mereka cucuk Arif sehingga dia pengsan.
2 January 2017,
Kepala Batas, Pulau PinangKesan ubat itu membuatkannya dia koma yang agak lama. Dia sedar persekitaranya di tepinya hanyalah tong sampah dan plastik hitam.
Dia hanya melihat persekitarannya. Dia mengurut kepalanya. Arif tersentak apabila dia melihat surat khabar di tepinya ada perkataan namanya.
Arif baca surat khabar itu untuk tahu lebih lanjut lagi. "Detektif muda iaitu Arif Danial telah hilang?" Arif kehairanan.
Arif melihat ke arah tepi, orang ramai lalu lalang. Dia ingin bertanya dimanakah dia. Tetapi dia berubah pikiran kerana dia hanya telanjang bulat. Dia mencapai kain yang ada di sekitarnya untuk menutup seluruh badannya.
--------------------------------
Terima kasih kerana membaca.
Sila vote ya :D
YOU ARE READING
Detektif Danial
ActionPada hujung tahun 2016, kes jenayah terbesar telah berlaku. Tembak menembak turut berlaku. 5 penjenayah mati tersungkur di tempat kejadian. Selepas kes itu sudah selesai, pihak polis mengesyaki ketua mereka meninggalkan petanda yang sukar untuk dise...