05

160 25 8
                                    

"SYA, kau rasa aku boleh buat tak? Aku takut!" Menggigil badan Safina mengingati ujian yang akan dijalankan pada bulan hadapan. Sebulan telah berlalu. Keadaan kesihatan Safina dan Puan Syazliana juga semakin membaik. Lega Saf dibuatnya kerana berjaya membebaskan diri dari hospital.

Tidak payah lagi dia mendengar bebelan doktor yang bertugas di sana. Buat pening kepala sahaja.

"Kau kan dah banyak improve. Aku rasa kau boleh buat. Percaya diri kau, ya?" Syatila cuba menyalurkan kekuatan kepada Safina yang kelihatan seperti tidak yakin dengan diri sendiri.

"Aku... aku takut aku gagal lagi." Akhirnya Safina meluahkan juga apa yang terbuku di hati. Dia takut disebabkan kegagalannya lagi, Puan Syazliana akan mengamuk dan menghukumnya. Sungguh niatnya ingin membanggakan Puan Syazliana dengan keputusan kecemerlangan yang diterima. Bukan dengan kegagalan.

"Saf, kan aku dah cakap. Kau boleh! Jangan biarkan fikiran negatif kau hancurkan keyakinan kau. Kau dah banyak belajar. Dah banyak try hard untuk berubah. Kalau kau sendiri tak percaya diri kau, macam mana orang lain nak percaya?"

Seperti peluru berpandu, aksara itu berjaya menusuk hati Safina. Safina terkedu dan terkelu dalam masa yang sama. Syatila dan ayat sentapan berpisah tiada.

"Ya, ya. Aku cuba. Kau jangan selalu bagi ayat sentap macam tu. Takut aku!" Sempat Safina merungut di hujung ayat. Kalau tiap-tiap hari dengar ayat Syatila berbentuk sentapan itu, rasanya boleh insaf dia setahun.

"Kau kena terima ayat macam itu baru sedar diri sikit!" Tergelak Syatila dibuatnya. Untuk orang spesis Safina ini, memberi ayat sentap berbentuk nasihat baru jalan. Selalu sangat negatif, memang perlu dibalas dengan kata-kata yang kelihatan negatif tetapi sebenarnya mempunyai unsur positif.

"Ceh, kau! Dah! Aku nak pergi tandas. Kau nak ikut tak?" ujar Safina cuba mematikan gelak Syatila. Seronok betul ya kenakan dirinya. Inilah member!

"Tak nak. Aku nak siapkan kerja sekolah. Kau pergi aje. Kalau aku rasa nak menyusul, aku menyusul," balas Syatila senada. Buku latihan sains dikeluarkannya. Walaupun due date untuk latihan itu ialah minggu depan, Syatila ingin menyiapkannya awal. Malas ingin menangguh kerja yang akhirnya akan membebankan diri.

"Okey lah kalau macam itu. Aku pergi dulu." Sempat Safina mencuit pinggang Syatila sebelum berlalu pergi. Laungan namanya hanya dibiarkan. Gelak dilepaskan sebagai balasan.

Memandangkan kelas mereka merupakan kelas yang berada di kedudukan hujung, Safina terpaksa berjalan melepasi kelas-kelas lain untuk menuju ke tandas.

Sepanjang perjalanan, entah kenapa Safina merasakan pelajar-pelajar yang berselisih dengannya memberikan pandangan menyampah. Memang dia selalu mendapat pandangan sebegitu tetapi mengapa hari ini dia merasakan pandangan itu berbeza dengan pandangan sebelum-sebelum ini?

"Aku dengar orang itu minat dekat Qaiy. Kesian ya? Orang macam dia pun ada juga hati nak dekat dengan orang macam Qaiy? Tak sedar ke status diri itu?" Perlian itu benar-benar kelihatan seperti menunjuk ke arah diri Safina. Safina sudah merasa kurang senang.

Qaiy? Rasanya dia tiada kaitan dengan lelaki acah bagus itu. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan. Malas mengendahkan pelajar bermulut puaka itu, dia teruskan perjalanan menuju ke arah tandas tetapi kali ini langkahnya lebih laju.

Hari ini terasa jauh pula tandas yang hanya berada di hujung bangunan itu. Makin lama berjalan, makin banyak perlian yang diterimanya. Makin panas telinga Safina. Entah mengapa dia merasakan pelajar-pelajar itu memerlinya.

"Aku ingatkan orang macam dia tak ada taste. Ada juga ya?"

"Berani juga dia ya? Qaiy tu dah berpunya. Tak takut kena tumbuk dengan Tiara ke?"

"Gemuk pun ada hati nak dekat atlet macam Qaiy!"

Terkedu Safina mendengar ayat-ayat yang dilontarkan seolah-olah kepadanya. Walaupun dia tahu dirinya tiada kaitan langsung dengan Qaiy, entah mengapa hatinya memberi petanda yang tidak baik.

Tandas yang ingin ditujuinya hanya tinggal beberapa langkah. Belum sempat dia sampai, tangannya sudah ditarik kasar dari belakang. Terjerit Safina dibuatnya. Pelaku serangan mengejut itu dilihat. Alangkah terkejut dirinya melihat Tiara sedang memegang erat tangannya. Renungan Tiara menghadiahkan rasa ketakutan yang mula timbul di dalam diri Safina.

Tanpa amaran, tubuh Safina ditolak kasar jatuh ke lantai. Para pelajar mula mengerumun tempat kejadian. Masing-masing sudah mengeluarkan telefon yang dibawa secara haram ke sekolah. Tidak sabar ingin merakam perkara yang berlaku dan memuat naik ke media sosial.

"Kau ini memang perempuan tak sedar diri kan?" tengking Tiara kuat. Safina yang sudah selamat mendarat di atas lantai sedaya-upaya cuba bangkit.

Setelah memastikan tubuhnya mula stabil berdiri, ditepuk-tepuknya habuk yang melekat di baju kurung sekolah yang dipakai. Dongak sahaja kepala, matanya meluas melihat kehadiran kumpulan Qaiy dan kumpulan Tiara.

King dan Queen sekolah mereka sekarang sedang merenungnya dengan pandangan tajam.

"Apa kau cakap? Mulut kau tu jaga sikit, ya? Jangan puaka sangat!" bidas Safina. Setelah dinasihatkan oleh Syatila sepanjang berada di hospital, Safina sudah tidak gentar dengan orang yang ingin membulinya.

"Puaka? Wah! Berani kau cakap macam itu dekat aku? Kau ni memang perempuan tak sedar diri! Dah lah gemuk! Ada hati nak rampas boyfriend orang!"

"Eh perempuan! Kau dengar sini eh! Aku tak pernah terlintas pun dekat hati nak rampas pakwe kau! Apa? Kau ingat aku ada masa ke nak fikir perkara-perkara sampah ini? Segemuk-gemuk aku pun, tak ada lah aku teringin sangat nak ada kekasih macam kau! Tiap bulan tukar boyfriend. Maruah kau letak mana?" Safina sudah malas ingin menapis ayatnya.

Puas hatinya melihat wajah Tiara yang mula memerah. Bagus! Itu yang dia mahukan! Biar Tiara panas dengan ayatnya!

"Kau kan perempuan!" Tangan Tiara sudah naik ingin menampar Safina sebelum dengan tangkas Safina menahan tangan itu.

"Apa? Kau nak tampar aku? Come on, Tiara! Jangan jadi pengecut! Aku serang kau dengan kata-kata. Kenapa kau nak serang aku dengan perbuatan? Nampak sangat kau lemah! Lemah dengan ayat aku! Pengecut!" Muka Safina sudah memerah tanda amarahnya sudah naik ke puncak.

Pelajar-pelajar yang berada di sekeliling mereka muka berasa gerun dengan perubahan mendadak Safina. Safina yang dulunya senang dibuli kini mula berubah secara mendadak. Malah perubahannya ini lebih menujukkan tindak balas agresif.

Tiara seakan-akan tergamam dengan ayat Safina. Mukanya turut memerah menahan amarah yang akan tercetus. Malu diperlekehkan sebegitu.

"Kau dengar sini Tiara. Kau jangan ingat kau cantik, kau kaya, kau boleh hina orang. Sedar diri kau tu sikit. Kau ingat aku takut dengan kau? Stop being childish! Bawa sedar diri kau dah nak SPM! And lastly, aku tak pernah pun cuba nak tackle hak milik kau! Kau ingat aku ada masa ke nak kacau hidup kau tiba-tiba. Aku tak tahu siapa yang tabur fitnah. Dan aku nasihatkan kau satu benda."

Safina memberhentikan ayatnya seketika. Nafas ditarik sebelum dia mula menyambung.

"Jangan jadi bodoh dengan terlalu percaya apa orang cakap. Kalau sikap kau still macam ini, jujur lah aku cakap kau nampak bodoh. Sangat bodoh. One more thing, untuk yang rakam video, ambil gambar or anything else, baik korang buang and matikan niat untuk pos dekat sosial media. Sekali perkara ini tersebar, aku akan cari orang yang sebarkan sampai lubang cacing!" Suara Safina yang tinggi memecah keheningan di situ.

Masing-masing menikus melihat kemarahan Safina. Syatila yang turut menjadi saksi kejadian itu mengukir senyuman kecil. Gembira hatinya melihat perubahan mendadak Safina yang cuha mempertahankan dirinya. Tidak sia-sia dia membuka kelas motivasi setiap hari khas untuk Safina.

Di sudut yang lain pula, seorang pelajar mengukir senyuman sinis. Sounds interesting! Kau berubah, Safina. Good! The more you change the real of you will slowly appear.

Safina Nufa ✔Where stories live. Discover now