"POLIS dapat kesan keberadaan Dato' Azmi. Tadi, Dato' Azmi dijumpai menembak salah seorang orang awam," ujar Razak tercungap-cungap. Baru sahaja tadi, dia menerima panggilan daripada pihak polis.
Ya, kali ini mereka melibatkan pihak polis disebabkan kes menjadi semakin berat. Ada baiknya pihak polis juga campur tangan.
Ryan yang sudah bersiap sedia ingin menerjah masuk bilik kurungan anak buah Dato' Azmi terhenti mendengar berita disampaikan Razak. Nampaknya Dato' Azmi makin agresif menonjolkan sisi kejamnya.
Orang awam pula menjadi korbannya.
"Ryan! Anak buah Dato' Azmi hilang!" Ryan dan Razak spontan mengalihkan perhatian mendengar jeritan itu. Tergesa-gesa mereka berlari mendekati bilik kurungan. Masuk sahaja mereka, mata membulat tidak percaya.
Beberapa anak buah yang diarahkan menjaga bilik kurungan itu, pengsan tidak sedarkan diri di atas lantai.
"Mereka mungkin makan ubat tidur. Jangan risau, mereka selamat. Cuma anak buah Dato' Azmi larikan diri."
Ryan mendengus tidak puas hati. Boleh tahan cekap anah buah Dato' Azmi melarikan diri. Jelas, mereka dilatih dengan baik oleh Dato' Azmi. Nasib juga tiada sebarang pembunuhan berlaku. Kalau tidak, memang dia akan pastikan mereka tidak dapat melihat dunia lagi.
"Nak laporkan dekat Nuha dan Eyfa?" soal Razak meminta kepastian.
"Ya, laporkan. Berkemungkinan mereka akan serang kediaman Datin Sofia sebab Safna ada dekat situ. Cepat, bergerak! Kita kena cepat sebelum mereka sampai terlebih dahulu!" arah Ryan tegas.
Peperangan sebenar akhirnya bermula.
Hari ini merupakan penentu segalanya.
Sama ada mereka kalah ataupun Dato' Azmi.
JANGGAL.
Safina merapatkan dirinya dengan Syatila. Risau ingin mendekati Puan Syazlina. Datin Sofia dari tadi tidak henti berceloteh menceritakan apa yang dialaminya hari ini.
Puan Syazlina tampak tidak berminat dan tenggelam dalam khayalannya sendiri. Seolah-olah terbuai dengan sesuatu sehingga mengabaikan Datin Sofia. Syatila pula hanya melayan cerita ibunya. Sesekali membalas apabila perlu.
Safina juga turut diam. Langsung tidak menyampuk perbualan dua beranak itu. Risau menganggu.
Tiba-tiba, bunyi pintu ditolak kasar mengejutkan mereka semua. Masing-masing menoleh ke arah pintu bagi melihat gerangan manakah sesuka hati menerjah masuk.
Hana? Eyfa?
"Safina!" jerit Hana nyaring. Risau apa-apa berlaku kepada gadis itu. Sebentar tadi, dia dan Eyfa mendapat berita daripada Razak berkemungkinan rumah ini akan diserang. Terus bergegas mereka ke sini.
Bahu Safina terangkat mendengar jeritan nyaring itu.
"Hana? Eyfa? Kenapa? Apa jadi?" soal Safina tertanya-tanya. Tiada angin tiada ribut dua orang gadis itu menempuh masuk rumah Datin Sofia tanpa salam.
"Kau orang dalam bahaya!" Belum sempat Safina membalas, derapan tapak kaki seseorang menghentikan langkahnya.
"Dato' Azmi!" Berpaling Eyfa dan Hana. Mereka berpandangan menghantar isyarat rahsia. Merangka strategi jika Dato' Azmi melakukan apa-apa serangan.
"Hai, rindu?"
"Awak dah gila ke, Azmi?" soal Datin Sofia terkejut melihat sepucuk pistol di tangan Dato' Azmi. Sejak bila suaminya mempunyai pistol? Adakah ini salah satu rahsia yang disembunyikan Dato' Azmi?
YOU ARE READING
Safina Nufa ✔
Teen FictionSafina Nufa. Itu nama aku. Biasa-biasa sahaja. Tidak secantik nama kalian. Tetapi kisah aku mungkin lain daripada yang lain. Tahu apa rasa diperhatikan? Tahu apa rasa sentiasa menjadi mangsa keadaan? Pernah rasa? Kalau pernah, kita senasib. Tapi...