09

126 17 1
                                    

TAIB merenung tidak lepas gambar-gambar yang berada di hadapannya. Baru sahaja tadi dia diberikan tugas untuk menjaga sebuah keluarga yang sedang dalam keadaan bahaya. Diambil sekeping gambar sebelum diteliti.

Apa yang dia tahu, gadis yang berada di dalam gambar ini bernama Safina Nufa. Sedap namanya. Sesuai dengan wajahnya yang manis ditatap. Mengikut apa yang diberitahu Dato' Azmi, gadis itu dalam keadaan bahaya.

Geram juga dia melihat gadis sepolos Safina menjadi sasaran manusia yang tidak berperikemanusian. Mengapa gadis yang dia yakin mempunyai sifat yang murni itu diancam bahaya?

"Taib, bos nak jumpa." Suara seseorang yang datang dari arah hadapannya itu mengejutkan Taib yang sedang termenung.

"Suruh bos masuk," balas Taib senada. Dia yakin tujuan Dato' Azmi ingin berjumpa dengannya pasti ada kaitan dengan gadis bernama Safina itu.

Taib hanya merenung langkah Dato' Azmi menuju ke arahnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sambil badan disandarkan ke dinding yang terletak di belakangnya.

"Kenapa bos nak jumpa saya?" Taib terus melontarkan soalan. Malas dia ingin berkias-kias. Buang masa sahaja!

"Saya nak bincang pasal tugas awak yang saya serahkan dua hari lepas. Awak dah baca maklumat mengenai Safina?"

"Dah. Saya sebenarnya kurang faham dengan tujuan sebenar bos. Kalau bos arahkan saya untuk menjaga gadis itu, atas tujuan apa? Baik atau buruk?"

Dato' Azmi menggelengkan kepala perlahan. Tidak sabar-sabar pula anak buahnya yang seorang ini.

"Dia kawan kepada anak saya. Saya tak nak dia dalam bahaya. Macam yang awak dengar dua hari lepas, Safina dalam pemerhatian seseorang tanpa dia sedar. Tugas awak, pastikan 'dia' tak sentuh Safina."

Suara Dato' Azmi kedengaran tegas. Dia betul-betul mahu memastikan Safina dalam keadaan selamat. Tidak sanggup lagi mendengar cerita-cerita yang diluahkan Syatila kepadanya. Semuanya berunsur seram dan mungkin akan menjejaskan kesihatan Safina sendiri.

Taib mengangguk tanda memahami.

"Macam mana dengan anak bos? Syatila?" Taib menyoal lagi apabila dia teringatkan anak kepada bosnya. Manis budaknya. Sebelum ini, kerap juga Syatila datang ke sini untuk menjenguk dirinya dan rakan setugas yang lain.

"Saya dah arahkan Raid untuk jaga Syatila. Awak jangan risau."

Taib menghembuskan nafas lega apabila Raid ditugaskan untuk menjaga Syatila. Sekurang-kurangnya keselamatan Syatila terjamin.

"Bos, boleh saya tanya satu soalan?"

"Sejak bila awak minta izin bertanya ini, Taib?" Tawa kecil Dato' Azmi meletus. Jarang anak buahnya yang seorang ini meminta izin sebelum bertanya.

Taib yang mendengar bicara Dato' Azmi hanya tersengih. Mengakui kata-kata itu semua benar belaka.

"Kes Syatila masuk hospital hari itu, ada kena mengena dengan penyerang Safina?"

"Awak rasa kenapa saya Raid jaga Syatila sekali?"

Soalan berbalas soalan. Taib menggigit bibir apabila berjaya menangkap kata-kata Dato' Azmi. Penumbuk digenggam. Amarah ditahan sebaik mungkin. Dia tidak boleh cepat melatah. Kalau tidak, perkara itu akan memakan dirinya.

"Awak dah faham kan kenapa saya suruh Raid jaga Syatila? Itulah sebabnya. Saya minta diri dulu. Ada hal. Ingat! Jaga Safina macam mana awak jaga nyawa awak," ujar Dato' Azmi tegas.

Taib hanya mengangguk kecil sebelum menghantar langkah Dato' Azmi melalui ekor mata. Hari ini, dia menerima maklumat baharu yang agak mengejutkan. Rasa ingin mempertahankan Safina begitu kuat mencengkam hati. Dia tidak akan sesekali membiarkan gadis itu merana.

"SAF! Betul ke apa aku dengar? Kau kena serang dekat rumah?" Kelam-kabut Syatila melabuhkan duduk bersebelahan dengan Safina.

Safina yang ketika itu khusyuk menyiapkan kerja sekolah, sedikit terkejut dengan kehadiran mengejut Syatila.

"Kau ini! Janganlah muncul mengejut! Terkejut tahu?" marah Safina tidak puas hati. Syatila hanya mengukir senyuman serba-salah sebelum memandang Safina untuk menagih jawapan.

"Iya. Betul lah tu." Tenang sahaja nada Safina membalas.

Syatila sudah membulatkan mata.

"Kau biar betik?" Nasib Syatila masih menjaga ton suaranya. Kalau tidak, sudah lama diluku oleh Safina.

"Betul lah. Tapi nasib baik dia cuma hantar nota-nota amaran. No harm." Safina juga sedikit lega apabila kejadian malam tadi tidak mencederakan dirinya dan ibu. Selepas sahaja sedar daripada tidur pagi tadi, dia terus menelefon Syatila dan mengkhabarkan berita mengenai dirinya.

Belum sempat Syatila membebel, Safina terus menamatkan panggilan. Jadi, ini makannya. Dia disoal bertalu-talu oleh Syatila di sekolah.

"Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan. Saf, kau tinggal dengan aku lah! Bahaya lah kau duduk dekat rumah!"

"Eh kau gila ke apa? Ibu aku macam mana?"

"Angkut lah ibu kau tinggal dekat rumah aku sekali! Jomlah, Safina!"

Safina menggelengkan kepala perlahan. Wajah Syatila yang penuh pengharapan itu dijeling sekilas.

"Tak nak aku! Menyusahkan kau jelah! Tak apa. Biar aje aku dengan ibu tinggal dekat rumah kitorang sekarang. Tak ada apa-apa jadi. Insya-Allah." Ringkas sahaja balasan Safina. Dia tidak mahu menyusahkan lagi rakannya itu. Ini masalah dia. Dia tidak sanggup ingin membiarkan Syatila mendapat tempiasnya.

Bibir Syatila memuncung tanda tidak berpuas hati dengan keputusan Safina yang kedengaran muktamad itu.

"Serius kau tak nak?"

"Yes."

"Kau dah fikir masak-masak?"

"Yes."

"Tak takut menyesal?"

"Syatila, buat kali ke seratus kalinya saya yakin dengan keputusan saya. Terima kasih!" Sempat Safina menghadiakan jelingan tidak puas dengan Syatila yang jelas ingin meragukan diri Safina.

Syatila berdecit tidak puas hati. Punah harapannya apabila ditolak mentah-mentah oleh Safina. Gadis itu tidak mahu langsung berkompromi dengannya. Nampak begitu tekad dengan keputusan yang dibuat.

"Kau ni degil lah, Safina!" Syatila meluahkan apa yang dia rasakan. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang Safina yang memandangnya dengan wajah selamba.

"Aku degil untuk kebaikan kau juga, Sya. Trust me. Aku okey lah. Aku pandai jaga diri. Kau tu, jaga diri kau. Jangan sebab aku, kau dapat tempias."

Syatila menikus apabila mendengar ayat berbaur tegas yang keluar daripada mulut Safina. Sungguh perasaannya tika ini bercampur baur. Geram dan simpati bercampur menjadi satu.

"Kalau ada apa-apa, kau bagitahu aku. Jangan diam aje. Kalau aku tahu kau ada sorokkan sesuatu, siap kau Safina Nufa.

Safina hanya mengangguk dan menayangkan wajah selamba walhal hatinya sedikit tergugat mendengar amaran Syatila. Dia tahu Syatila tidak bergurau dan mengambil serius keselamatan dirinya. Malangnya Safina juga tidak sampai hati ingin membebankan Syatila yang sudah banyak menghulurkan pertolongan sebelum ini. Biarlah masalah ini, diselesaikannya dalam diam. Dia sudah bersedia ingin menghadapi permainan penyerangnya. Jika dia mahu Safina terus bermain, Safina juga tidak akan membiarkan 'dia' terlepas. Dalam diam, Safina sudah mengatur strategi untuk menewaskan lawannya.

Safina Nufa ✔Where stories live. Discover now