22

87 14 0
                                    

"MACAM mana dengan keadaan anak dan kakak ipar saya, doktor?" soal Datin Sofia risau. Beberapa jam lepas dia mendapat panggilan bahawa Syatila dan Puan Syazlina ditemui berdekatan dengan kawasan hospital.

Mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke unit rawatan kecemasan untuk pemeriksaan.

"Alhamdulillah, selamat. Buat masa sekarang, biarkan pesakit berehat dahulu. Kami sudah maklumkan kepada polis. Tunggu polis datang menjalankan siasatan, ya?"

Datin Sofia mengangguk akur. Hatinya sedikit tenang apabila mengetahui keadaan Syatila dan Puan Syazlina baik-baik sahaja. Datin Sofia melabuhkan duduk di atas kerusi yang berdekatan.

Sementara menunggu Dato' Azmi berurusan dengan pihak hospital, ada eloknya juga memerika berita semasa. Mana tahu ada maklumat yang boleh diguna pakai olehnya kemudian.

"Sofia, macam mana dengan keadaan dia orang?" soal Dato' Azmi sebaik sahaja tiba di situ. Dia baru sahaja selesai berurusan dengan pihak hospital.

"Alhamdulillah semuanya okey. Awak macam mana?

"Okey aje. Saya dah bayar bil hospital. Jangan risau." Datin Sofia menganguk akur.

Getaran di tangan memberhentikan perbualan di antara Datin Sofia dan Dato'' Azmi. Mereka berpandangan sebelum Dato' Azmi mengisyaratkan Datin Sofia untuk mengangkat panggilan. Datin Sofia akur sebelum menekap telefon pintarnya di telinga.

"Assalamualaikum. Ini Datin Sofia, kan?"

"Ya, saya. Ada apa-apa saya boleh bantu?" Sempat dijeling Dato' Azmi sebelum kembali fokus.

"Saya mahu maklumkan pesakit wad A103 sudah sedarkan diri. Kalau Datin mahu melawat, silakan."

"Oh, ya? Terima kasih!" ujar Datin Sofia sebelum mematikan talian.

"Kenapa?" soal Dato'' Azmi tertanya-tanya. Serius benar dia melihat perbualan isterinya dengan si pemanggil di talian.

"Taib dah sedar."

"KAMU ada sakit-sakit lagi, Taib?" Datin Sofia menyoal sebaik sahaja melabuhkan duduk. Dato' Azmi berdiri tegak di sebelah Datin Sofia.

"Okey aje Datin. Saya sihat," balas Taib sambal menarik senyuman kecil. Kecederaan dialami sememangnya agak perit teapi memandangkan dia sudah dirawat, semuanya baik-baik sahaja.

"Apa sebenarnya terjadi?" Dato' Azmi laju melontarkan soalan yang bersarang di fikirannya selama ini. Rasanya masa sudah mengizinkan dia untuk bertanyakan apakah yang terjadi kepada mereka semua.

Raut wajah Taib berubah mendengarnya. Tidak menyangka Dato' Azmi akan menyoal secepat itu.

"Tak ada yang serius pun, bos. Saya tak ingat apa-apa. Sedar-sedar aje ada dekat hospital." Entah kenapa petah pula Taib bersuara mengungkapkan kata-kata dusta itu.

Hatinya sama sekali tidak menyokong supaya memberitahu kebenaran kepada Dato' Azmi. Lelaki tua itu kelihatan biasa-biasa sahaja dan langsung tidak terlihat raut kerisauan di wajah.

"Bos, boleh saya bercakap secara peribadi dengan Datin?" mohon Taib sopan. Ada perkara ingin dibincangkan bersama Datin Sofia tanpa Dato' Azmi di sisi.

Datin Sofia dan Dato' Azmi berpandangan. Masing-masing keliru dengan permintaan Taib yang boleh dikira agak mencurigakan.

"Baik. Jangan lama-lama."

"Jangan risau, Dato'. Saya nak berborak kosong aje." Senyuman ditarik bagi menutup kegusaran hati.

Hilang sahaja kelibat Dato' Azmi, Taib pantas cuba bangkit daripada pembaringannya. Tiub yang bersambung dengan badannya ditarik. Malas ingin berpura-pura lagi.

Datin Sofia membulatkan mata melihat keadaan Taib. Lelaki itu tampaknya sudah sihat sepenuhnya.

"Jangan takut, Datin. Saya cuma nak beritahu Datin sesuatu. Datin kena bekerjasama dengan saya supaya semuanya berjalan lancar." Dingin nada Taib tuturkan. Rasanya jika dibandingkan Datin Sofia dan Dato' Azmi, dia lebih rela memilih Datin Sofia.

Mengingati kejadian dia dibawa ke hospital, membuatkan dia menarik nafas perlahan. Masih tidak dapat menerima kenyataan yang dihidangkan di hadapan mata.

"Kamu mahu beritahu apa?" soal Datin Sofia berhati-hati. Dia menyusun perkataan supaya kelihatan lebih sopan dan tidak terlalu mendesak.

"Waktu saya dekat hospital, bos ada melawat saya?"

"Tak ada. Doktor tidak izinkan kami berdua melawat."

"Datin pasti?" Taib menarik senyuman sinis. Tidak menyangka berita yang diterima benar belaka.

"Saya dah sedar satu minggu yang lalu. Doktor benarkan sesiapa sahaja datang melawat waktu itu. Cumanya, saya larang doktor beritahu kondisi saya atas beberapa faktor. Hari ini, dia datang sebab doktor sendiri yang maklumkan. Kalau tak? Dia gembira agaknya saya mati."

"Apa kamu merepek ini!" Meninggi suara Datin Sofia. Tidak seharusnya Taib berbicara sebegitu. Mana sifat hormat yang sentiasa berdamping dengan Taib? Lelaki itu terkenal dengan kerjanya yang pantas dan sikap hormat.

"Saya, Syatila dan Puaz Syazlina menjadi sasaran pada hari itu. Tetapi Datin tahu? Sepatutnya hari itu kami bertiga dah mati. Nasib menyebelahi kami sebenarnya. Penculik Safina, mereka selamatkan kami. Walaupun saya teruk dipukul, mereka sanggup bawa saya ke hospital untuk pastikan saya selamat. Datin tahu siapa sebenarnya musuh kita?"

Datin Sofia diam membisu. Fikiran mula menerawang memikirkan satu nama. Cuma dia takut andai tekaannya tepat, apa yang patut dia lakukan?

"Dato' Azmi. Dia sebenarnya musuh kita."

"What? Kamu ada bukti ke? Jangan menuduh ikut suka hati kamu!" bidas Datin Sofia. Walaupun mulut berkata begitu, lubuk hatinya menyatakan perkara sebaliknya.

"Saya pun tak percaya Datin. Tapi, mereka bagi saya hint. Pertama sekali, Dato' tak akan datang melawat saya sepanjang saya dekat hospital. Tahu, kenapa? Dia takut saya masih hidup dan boleh kemukan siapa sebenarnya penculik Safina. Penculik Safina mempunyai bukti kukuh yang boleh tarik Dato' masuk dalam penjara. Kedua, Dato' tak akan jadi orang pertama yang melawat Syatila dan Puan Syazlina. Dato' takut Syatila dan Puan Syazlina tahu kegiatan dia. Datin faham?"

Tegas suara Taib memberi keterangan. Panggilan bos juga sudah ditukar. Dia sudah tidak mahu bekerja di bawah Dato' Azmi setelah mengetahui perkara sebenar. Sungguh, lelaki yang dia anggap baik itu hanyalah topeng sahaja.

Datin Sofia terkelu mendengar kata-kata Taib. Tidak menyangka suaminya yang sentiasa menyebelahi Safina sebenarnya tergamak melakukan perkara ini.

"Kenapa? Kenapa Dato' buat semua ini?"

"Dendam. Dendam, Datin. Percaya atau tidak, Datin juga merupakan salah seorang mangsa Dato' selepas Syatila."

Datin Sofia menarik nafas perlahan. Cuba menghadam kenyataan berunsur sensitif itu.

"Apa kita kena buat sekarang?"

"Kita..."

Safina Nufa ✔Where stories live. Discover now