03

234 31 8
                                    

"AKU dah cakap dengan kau Safina! Kenapa kau degil sangat?" Tengkingan Syatila itu membuatkan Safina terus memfokuskan pandangan.

"Aku buat apa?"

"Kau tanya diri kau apa kau buat tiga puluh minit lepas." Mendengar perkara tersebut, Safina mendengus kasar. Epal yang berada di bakul buah tangan itu diambil tanpa ragu-ragu. Sesungguhnya dia memang malas nak melayan kemarahan Syatila ketika ini.

Dia tahu Syatila berang dengan tindakannya. Tiga puluh minit lepas, dia dengan berhati-hati menyeludup keluar dari hospital semata-mata ingin menjenguk rumah agam milik Husna.

Secara tiba-tiba, muncul empat orang lelaki bertubuh tegap yang menghalang laluannya. Tidak lain tidak bukan, Syatila yang mengarahkan mereka untuk mengawasi segala pergerakan Safina. Tak sangka pula kawannya boleh menjadi sebijak itu. Tahu tahu aje dia akan ingkar arahan yang diberikan Syatila.

Seketika dia memarahi diri sendiri kerana terburu-buru membuat keputusan. Menyesal juga tidak mengatur strategi dengan baik dan teliti.

"Safina Nufa, aku bercakap dengan kau sekarang ni. Kau memang seronok eh buat benda-benda macam ini lagi? Kau memang nak aku marah kan? Tolonglah Saf. Aku buat ini demi kebaikan kau! Kau boleh sedar tak! Aku tak nak hilang kau!"

"Ish kau ini semaklah! Boleh tak jangan kongkong hidup aku! Aku tahulah nak jaga diri! Yang kau sibuk pasal aku dah kenapa! Berambuslah kau! Semak!"

Entah apa yang merasuki Safina tika itu, habis dihamburnya segala kemarahan yang tiba-tiba meluap mendengar kata-kata Syatila.

Syatila yang mendengar setiap ayat yang dituturkan menahan pedih di lubuk hati. Sungguh, kata-kata Safina begitu menikamnya. Salahkah dia ingin menjaga keselamatan sahabatnya sendiri? Apa sebenarnya Safina menyampah dengan dirinya?

Tanpa berkata apa-apa Syatila berlalu keluar dari wad yang menempatkan Safina. Safina hanya melihat Syatila berlalu keluar dengan riak wajah puas hati. Keluar pun! Ingatkan nak menyemak kacau aku lagi!

"SYA? Awak okey? Kenapa papa tengok awak macam sedih? Anything to share?" Dato'' Azmi menegur anaknya yang sejak dari tadi termenung sendirian di gazebo milik keluarganya.

Syatila yang mendengar teguran ayahnya laju memberikan ruang untuk Dato'' Azmi melabuhkan duduk. Syatila tersenyum sebelum menggelengkan kepala.

"Safina okey aje papa. Kenapa papa datang jumpa Safina ni? Papa tak kerja?" Hairan juga Syatila melihat ayahnya tidak keluar bekerja sedangkan hari ini ialah hari Selasa. Takkanlah cuti?

"Papa nak rehatkan diri dekat rumah. Kadang papa kena rehatkan diri dekat rumah juga kan? Sebelum ni dua puluh empat jam dengan kerja. Pening papa!" Riak wajah Dato'' Azmi bertukar menjadi masam. Sepertinya dia juga kelihatan penat bekerja dua puluh empat jam tanpa henti.

Syatila yang mendengar luahan ayahnya ditambah pula dengan wajah masam Dato'' Azmi membuatkan dia melepaskan tawa ikhlas. Ayahnya tidak pernah gagal menceriakan semula mood Syatila.

"Apa papa cakap macam itu! Papa kenalah bahagikan masa supaya jadual papa betul-betul stabil. Baru ayah ada rehat dan cukup. Kerja-kerja juga. Rehat jangan lupa ya?" nasihat Syatila yang kadang risau juga melihat ayahnya terlalu kuat bekerja.

Dato'' Azmi hanya tersenyum sebagai balasan.

"Papa tahu Sya ada masalah. Tak nak cerita dekat papa? Kuranglah sikit beban awak tu." Dato' Azmi yang mula mengungkit masalah Syatila membuatkan Syatila tiba-tiba diam membisu.

Tanpa sedar, permata jernih milik Syatila jatuh menyembah bumi. Esakan yang tadinya perlahan bertukar kuat. Dato' Azmi tersentuh melihat tangisan anaknya sebelum laju menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukan.

"Sya, dah-dah jangan menangis. Sya cakap nak jadi kuat kan? Dah-dah janganlah menangis. Tak lawa dah anak papa ini," pujuk Dato' Azmi lembut. Kalau diikutkan, Dato' Azmi lebih rapat dengan Syatila berbanding Datin Sofia. Disebabkan itulah Dato' Azmi lebih mengenali anaknya sendiri berbanding dengan Datin Sofia.

"Papa, kenapa Safina buat Sya macam ni? Sya cuba kongkong dia ke? Sya tak guna kan papa? Sya sayangkan Saf tapi Saf... dia..." Makin kuat esakan Saf sebaik sahaja memberhentikan ayatnya.

Dato' Azmi mengusap perlahan kepala anak tunggalnya itu. Dibiarkan Syatila menangis sepuas-puasnya. Dalam diam, Dato' Azmi mengeluh kecil.

Apa awak dah buat dengan anak uncle, Safina?

SAFINA memeluk erat tubuhnya. Bantal yang berada di atas katil dibaling ke bawah. Dia menjerit melepaskan amarah.

"Apa kau dah buat Safina! Kau bodoh! Kenapa kau buat kawan kau macam itu!" jerit Safina sekuat hati. Pemergian Syatila membuatkan Safina sedar dia telah melukakan hati sahabat yang sentiasa berada di sampingnya.

Ya Allah, apa aku dah buat?

"Kau bodoh Saf! Kau bodoh! Kau patut mati!" Jeritannya berjaya menarik tumpuan orang ramai yang lalu-lalang di luar. Doktor dan jururawat tergesa-gesa memasuki wad yang menempatkan Safina.

Tergamam seketika mereka melihat Safina yang mula diam dan memanah wajah mereka dengan tajam.

"Kenapa? Takut aku bunuh diri ke?" Soalan Safina berjaya membuatkan doktor dan jururawat yang berada di bilik itu terdiam. Mereka kekal berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.

"Kenapa diam? Aku nak keluar dari sini. Aku nak jumpa Syatila! Aku nak jumpa kawan baik aku! Keluarkan aku!" Safina mula mengamuk. Gelas kaca yang berada di atas meja berhampiran diambil lalu dibaling ke arah lantai.

Sisa kaca mula memenuhi kawasan wad tersebut.

"Cik Safina, bertenang. Jangan macam ini. Nanti kami panggilkan Cik Syatila ya?" ujar Doktor Fatimah, doktor yang bertanggungjawab ke atas Safina.

"Betul ke kau orang nak panggilkan Syatila?" Bersinar-sinar mata Safina. Hatinya berbunga mendengar kata-kata Doktor Fatimah.

"Tapi, kalau Cik Saf nak jumpa Cik Sya, Cik Saf kena makan ubat. Boleh ya? Baru Cik Sya nak jumpa." Penuh lemah-lembut tutur kata Doktor Fatimah.

"Kenapa aku kena makan ubat! Aku tak sakitlah! Kau nak cakap aku sakit ke? Kau ni buta ke tak nampak aku okey aje?" Tersilap bicara, Safina mula bersuara dengan nada tinggi. Matanya tajam memandang ke arah Doktor Fatimah.

Doktor Fatimah yang melihat perkara itu sedikit gentar. Mata gadis muda di hadapannya kelihatan seperti benar-benar ingin membahamnya. Kaki terundur sedikit ke belakang. Safina yang melihat perkara itu tersenyum sinis. Tawa plastik dikeluarkan.

"Alahai doktor, kena gertak sikit pun takut ke? Macam ini boleh jadi doktor?" Pedas ayat dihamburkan Safina. Dia langsung tidak mengendahkan umur Doktor Fatimah yang berpuluh-puluh tahun tua darinya.

Dalam sibuk Safina memerhatikan Doktor Fatimah, salah seorang jururawat bernama Dania perlahan-lahan mendekati Safina. Dengan pantas, Dania memasukkan ubat tidur ke dalam badan Safina.

Safina terkulai layu di atas katil. Doktor Fatimah mengeluh perlahan.

"Tolong telefon Cik Syatila. Segera."

Safina Nufa ✔Where stories live. Discover now