"MACAM mana boleh jadi macam ini?" Bengang Dato' Azmi dibuatnya. Rancangan mereka musnah apabila serangan hendap dilakukan oleh pihak musuh.
Taib yang ditemui berlumuran darah di tepi jalan raya membantutkan mereka untuk bertanyakan perkara yang terjadi. Lelaki itu masih berada dalam keadaan koma. Dia sedang buntu bagaiman ingin menyelamatkan anaknya yang sudah menjadi tahanan musuh.
"Saya risaukan Syatila, awak. Macam mana agaknya keadaan dia ya? Kalau dia kena seksa macam mana?" Cemas Datin Sofia memikirkan kebarangkalian yang mungkin akan terjadi itu.
Tidak mustahil Syatila akan diseksa dan dipukul. Dia juga risau akan keadaan kakak iparnya itu. Dia tidak boleh kehilangan lagi sekali orang yang dia sayangi.
"Awak ada suruh polis jejak Syatila?" soal Datin Sofia apabila melihat Dato' Azmi kelihatan memikirkan sesuatu.
"Saya ada suruh. Malangnya tak dapat apa-apa. Syatila hilang tanpa jejak. Lokasi yang kita terima itu bukan lokasi sebenar di mana Safina disembunyikan. Itu cuma perangkap untuk menarik kita jauh daripada kedudukan asal Safina."
Dato' Azmi tidak terfikir langsung lokasi yang dikenal pasti Taib itu berkemungkinan palsu. Nampaknya penjenayah yang terlibat di dalam kes ini bijak mengatur strategi. Kerjanya bersih dan langsung tidak meninggalkan bukti.
Perkara ini semakin membebankan kerana pihak polis juga gagal menjejaki keberadaan mereka semua. Penyiasat upahan Dato' Azmi juga turut gagal.
"Macam mana, awak? Tak akan kita nak diam aje?"
"Kita serahkan semuanya kepada pihak berkuasa. Insha Allah akan dipermudahkan."
Datin Sofia mengganguk akur. Cawan berisi teh panas disisipnya perlahan. Cuma menenangkan hati yang bergelora.
"BOS kau memang macam itu ke?" soal Syatila sebaik sahaja melihat kelibat Hana memasuki bilik kurungan mereka.
Sebenarnya, Syatila agak pelik kerana layanan yang diterimanya jauh berbeza dari apa yang disangkakan. Dia menyangka mereka akan diseksa hidup-hidup. Lain pula jadinya sekarang. Mereka dilayan sebaik mungkin bahkan dihadiahkan juga tilam nipis untuk keselesaan mereka ketika tidur.
Tidak pernah sekalipun mereka dikasari ketika terkurung di situ. Malah, Syatila, Puan Syazlina dan anak-anak buah Nuha juga berborak sakan dan bergelak tawa. Langsung tidak seperti menjadi mangsa penculikan.
"Biasa lah itu. Sejahat-jahat dia, hati ada taman juga tahu!" balas Hana senada. Sempat dia memuji tingkah-laku Nuha selama mereka berkenalan. Bukan ingin membodek, tetapi ianya berdasarkan fakta. Nuha lah yang menyelamatkan Hana saat gadis itu hampir dijual di kelab malam.
Sungguh dia amat berterima kasih dengan Nuha yang sanggup menyelamatkannya. Malah, Nuha sempat memberi ugutan supaya tidak menyentuh Hana lagi. Betapa besarnya pertolongan Nuha kepada Hana.
Disebabkan itulah dia berada di sini. Menjadi salah seorang anak buah Nuha.
"Betul ke dia baik? Aku nampak jahat aje. Dah lah kurang ajar dengan ibu dia sendiri. Hormat itu tak ada ke?"
"Kita tak boleh judge perangai dia sebab kita tak ada dekat tempat dia. Kita tak tahu macam mana hancurnya hati dia waktu diperlakukan sebegitu. Kau rasa, kalau kau duduk tempat dia... kau akan okey ke sekarang? Paling tidak pun kau kemurungan. Tetapi Nuha lain. Dia kuat." Penuh mendalam Hana berhujah.
Dia jelas tidak bersetuju dengan Syatila.
"Jangan jatuhkan hukuman kalau kau tak tahu apa-apa," tambah Hana lagi.
Syatila terdiam seribu bahasa. Sentap juga dia apabila menerima ayat yang ada betulnya juga.
"Dah-dah. Jangan fikirkan dia lagi. Kau dah makan? Kalau kau belum makan, aku boleh belikan makanan."
"Eh tak apa. Tadi aku dah makan." Syatila menarik senyuman kecil. Perutnya sudah diisi dengan nasi goreng yang dihidangkan tadi.
Belum sempat Hana membalas, pintu yang dikuak membantutkan dirinya. Kepala berpaling ke arah pintu sebelum matanya berlaga dengan Ryan. Melalui ekor mata, dapat dia lihat Ryan ingin berjumpa dengannya. Anggukan diberikan sebelum dia berpaling memandang Syatila semula.
"Aku keluar dulu."
Tidak menunggu balasan Syatila, Hana lantas berjalan meninggalkan bilik kurungan itu diikuti dengan Ryan.
"Kau dah bagi dia orang makan?" soal Ryan senada. Badan disandarkan ke dinding.
"Dah. Ryan, tak apa ke kita buat macam ini? Kau tahu tak bahaya! Kalau Nuha tahu macam mana?"
"Kau tahu kan aku buat semua ini sebab nak selamatkan dia?"
"Ya, aku tahu! Tapi, kau bayangkan kalau Nuha tahu. Kau tak rasa dia akan mengamuk?" bidas Hana lagi. Risau dia apabila bersengkokol dengan Ryan untuk menentang Nuha dalam diam.
Lelaki itu mengajaknya untuk melanggar arahan Nuha dan cuba menyelamatkan mangsa mereka. Semua ini dilakukan bagi memastikan Nuha tidak melampaui batasnya.
"Kau nak ke dia jadi pembunuh?"
Terdiam Nuha dibuatnya. Sejujurnya, dia juga tidak mahu Nuha menjadi pembunuh. Ini pertama kali Nuha melakukan kes jenayah. Walaupun baru pertama kali, gadis itu cekap membuat kerja dan tidak meninggalkan sebarang jejak.
"Tak nak kan? Jadi, ikut rancangan aku. Pastikan ibu dia dengan Syatila selamat. Aku tak nak dia jadi pembunuh."
"Lelaki yang kau cederakan itu dekat mana sekarang?"
"Dah ada dekat hospital. Aku tinggalkan jasad dia dekat tepi jalan raya. Sempat juga aku hentikan pendarahan."
Hana menghembus nafas lega. Nampaknya setakat ini rancangan mereka masih berjalan dengan lancar.
"Eyfa ada bagitahu apa-apa dekat kau?" soal Ryan ingin tahu. Gadis itu sekarang, jarang berborak dengannya. Entah mengapa dia merasakan gadis itu cuba menjauhkan diri.
"Macam biasa. Update pasal Puan Sri aje setakat ini."
"Kenapa dia tak update dekat aku juga? Bukan sebelum ini dia inform ke?"
"Aaa... mana aku tahu! Dia terlupa mungkin." Tergagap-gagap Hana membalas. Tidak menyangka pula Ryan akan menyoal perkara tersebut kepadanya.
Rahsia Eyfa perlu disimpan rapi. Seeloknya tidak dibongkarkan kerana dia sudah berjanji. Ingatan mula mengingati baris ayat yang dilontarkan Eyfa kepadanya.
"Aku patah hati ini kau tahu! Aku dengar cerita dia dah nak bertunang! Sia-sia aje aku crush dekat dia tiga tahun! Ingat kejap ke? Aku tak kira! Aku nak jauhkan diri dari dia! Kau diam aje eh! Jangan bongkarkan rahsia pula! Kau bongkarkan, aku tak nak kawan kau setahun!"
Disebabkan luahan perasaan tersebut, tidak pasal-pasal dia terpalit dengan cinta tiga segi mereka. Tidakkah mereka tahu seksanya menjadi golongan pemerhati?
"Kenapa kau gagap? Bukan selalunya kau lancar aje ke bersuara? Kau ada sorok apa-apa dari aku ke?"
"Eh, mana ada! Aku jujur orangnya!" Gelabah Hana cuba mencari alasan. Tidak mengapa. Sekali-sekala menipu. Ryan ini kadang lurus juga. Haraplah waktu sekarang dia lurus.
"Ya ke kau ini?" Kening dijongketkan cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata Hana.
Hana pula sedaya-upaya menahan diri supaya tidak terlalu kelihatan gugup.
"Tak ada masa aku nak menipu kau, Ryan! Apa aku dapat kalau menipu kau? Kalau dapat makanan tak apa juga!" tutur Hana cuba menyakinkan Ryan.
Nampaknya selepas ini, Hana sudah bertekad ingin menuntut makanan daripada Eyfa kerana melibatkan dia dengan masalah mereka berdua. Penat tahu, berlakon?
Belum sempat Ryan membalas, telefon yang berdering mengejutkan mereka berdua. Hana memberi issyarat mata ingin berlalu pergi. Mendapat anggukan Ryan, laju sahaja kaki diatur meninggalkan kawasan tersebut.
Nafas kelegaan dihembus. Lepas satu azab!
Eyfa, siap kau!
YOU ARE READING
Safina Nufa ✔
Teen FictionSafina Nufa. Itu nama aku. Biasa-biasa sahaja. Tidak secantik nama kalian. Tetapi kisah aku mungkin lain daripada yang lain. Tahu apa rasa diperhatikan? Tahu apa rasa sentiasa menjadi mangsa keadaan? Pernah rasa? Kalau pernah, kita senasib. Tapi...