"SAFINA!" Safina perlahan-lahan membuka mata apabila merasakan pipinya ditampar berkali-kali. Buka sahaja mata, terkejut bukan kepalang melihat Syatila di sampingnya.
"Aku kat mana?"
"Hospital."
"Dia orang ini! Memang rancang nak lempar aku dekat hospital ke?" bebel Safina menahan sabar. Menyesal pula dia minum air 'vitamin' yang Eyfa katakan.
"Berapa lama aku dekat sini?"
"Satu hari. Kau okey? Doktor cakap kau sihat aje. Cuma perlukan rehat. Nasib kau dah bangun."
"Kau okey?" soal Safina setelah berdiam diri agak lama. Cuba menghilangkan rasa kekok di antara mereka. Sudah lama tidak berborak. Haruslah kedua-duanya janggal.
"Okey aje. Alhamdulillah, sihat. Saf ibu kau..."
Safina laju mengangkat tangannya. Menghalang Syatila daripada terus berbicara. Berdesing juga telinga dia mendengar perihal ibunya. Keterujaan bertemu dengan Puan Syazlina musnah mengingati baris ayat Eyfa dan Hana.
Mereka berdua menghalang mempercayai Puan Syazlina sepenuhnya. Buat masa sekarang dia harus berdiri di kaki sendiri dan tidak mengharapkan sesiapa demi keselamatan diri.
"Aku tak nak dengar."
"Saf..."
"No, Syatila. Aku cakap jangan."
"Alright then."
Suasana dihurung kesunyian. Safina mahupun Syatila berbalas pandangan tanpa mengeluarkan suara. Jarang mereka berasa janggal sebegini.
"Kau tahu apa jadi dengan kes Husna?" Syatila membuka topik bagi menghilang suasana kejanggalan.
Berkerut dahi Safina medengarnya sebelum dia menggeleng kepala.
"Haziq dalangnya. Polis tangkap salah seorang pelajar yang diarahkan letak mayat itu dalam almari. Kau selamat dari tuduhan Safina. Pihak sekolah bersetuju supaya kau kekal belajar di sekolah."
Lega jua hati Syatila kerana dapat meluahkan segala-galanya kepada Safina. Lama dia menunggu waktu ini tiba. Mana mungkin dia akan sia-siakan.
Masa itu emas.
Hargai sebelum kita terlambat.
"Kau tahu apa sebenarnya jadi dekat Husna?" Hati-hati Safina menyoal. Risau menyinggung perasaan Syatila
"Aku tahu. Dia dipaksa sebenarnya. Polis ada jumpa nota dia tinggalkan sebelum dibunuh. Kau nak tengok? Aku ada bawa kalau-kalau kau nak tengok."
Safina mengangguk laju. Syatila menyeluk beg tangannya sebelum mengeluarkan sepucuk surat. Tidak banyak soal, Safina mengambil surat tersebut. Surat itu perlahan-lahan ditarik.
Assalamualaikum, aku Husna. Salah seorang mangsa Haziq. Firstly, jika kau orang pertama baca surat ini, tolong sampaikan pesanan aku kepada orang-orang yang aku sebut sepanjang surat ini.
Mungkin bila kau baca surat ini, aku dah tak ada di dunia ini. Jujur dari hati. Aku minta maaf kepada semua yang aku pernah sakitkan hati. Halalkan makan minum aku selama ini.
Aku hilang banyak benda sekarang. Aku hilang kawan baik aku, keluarga aku dan diri aku sendiri. Kepada Safina dan Syatila, aku minta maaf sakitkan kau orang berdua. Aku memang kawan tak berguna.
Aku tak berniat. Aku dipaksa! Haziq ugut bunuh keluarga aku. Aku tak sangka dia tetap akan bunuh keluarga aku walaupun aku dah ikut apa yang diarahkan. Aku minta maaf.
Terima kasih untuk segalanya.
Salam sayang, Husna Safiyya.
Surat yang dipegang Safina, melurut jatuh ke bawah. Air mata membanjiri wajahnya. Luruh hati mengetahui bertapa seksanya kehidupan Husna sebelum ini. Gadis itu baru sahaja berusia tujuh belas tahun tetapi diduga dengan perkara sebegini.
Syatila diam membisu. Tidak sanggup memandang Safina menangis. Tangisan cuba ditahan sebaik mungkin. Dia sudah penat menangis sejak mendapat surat tersebut daripada pihak polis.
Perit hatinya kerana merasakan sebagai seorang sahabat, dia gagal menyelamatkan kawannya. Dirasakan diri bagaikan tidak berguna.
"Sya... aku... aku..."
Syatila laju menarik tubuh Safina. Diusap lembut belakang tubuh Safina, menenangkan gadis itu. Pasti dia menerima kejutan yang besar membaca surat tersebut.
Sudah dapat diagak reaksi begitu akan ditonjolkan Safina. Namun, tidak sanggup pula dia merahsiakan kewujudan surat tersebut. Safina patut tahu.
"Aku tak sangka dia alami kehidupan sukar macam itu! Kawan jenis apa aku ini, Syatila? Dia merana! Apa aku buat? Yang aku tahu hanya pentingkan diri dan anggap dia sentiasa okey!" luah Safina bersama emosi bercampur-baur.
"Jangan salahkan diri kau, Safina. Bukan salah kau," pujuk Syatila lembut. Baginya, ini semua bukan salah Safina. Haziq memulakan segalanya. Lelaki itu patut mendapat balasan setimpal.
Tetapi apabila mengingati Haziq sudah tiada di dunia ini, dipujuk juga hati untuk memaafkan lelaki itu. Tidak patut dia berdendam orang yang sudah tiada di dunia ini.
"Syatila, apa kita nak buat sekarang?" soal Safina sambil mengelap air mata. Tiada guna dia menangis penyesalan. Masa tidak boleh diputarkan semula. Semuanya telah berlaku. Apa yang boleh dia lakukan sekarang ialah mendoakan Husna.
"Aku tak tahu. Kes kita belum selesai. Aku takut perkara buruk terjadi. Kita harapkan baik-baik aje, ya? Doa semuanya dipermudahkan."
Safina mengangguk bersetuju.
YOU ARE READING
Safina Nufa ✔
Teen FictionSafina Nufa. Itu nama aku. Biasa-biasa sahaja. Tidak secantik nama kalian. Tetapi kisah aku mungkin lain daripada yang lain. Tahu apa rasa diperhatikan? Tahu apa rasa sentiasa menjadi mangsa keadaan? Pernah rasa? Kalau pernah, kita senasib. Tapi...