30

143 15 0
                                    

"KAU pergi mana? Aku punyalah risau takut apa-apa jadi dekat kau? Alih-alih kau boleh pula kena tembak depan mata aku! Kau dah gila ke apa?" marah Hana tidak puas hati. Ayatnya tidak formal seperti selalu memandangkan dia datang ke sini sebagai kawan dan bukan anak buah.

Hampir luruh jantungnya melihat Nuha ditembak di depan mata.

"Alah kau ini! Macam tak biasa!"

"Memang tak biasa pun! Aku tak faham kenapa kau kena buat kerja gila macam ini! Kalau ikutkan hati aku, memang aku patahkan kaki kau!" Nuha menjulingkan mata ke atas.

Hana selalu melayannya seperti kanak-kanak riang. Dia dah besar! Pandailah jaga diri!

"Ini, Eyfa mana? Kawan dia hampir mati ini. Dia pergi mana pula? Tak reti melawat?" sindir Nuha. Tak akanlah Eyfa sudah lupakan dia? Kawan derhaka betul.

"Tadi dia ada datang tapi kau tengah tidur. Ini dia keluar kejap dengan Ryan."

"Eh, makin lama aku tengok Ryan dengan Eyfa ini lain macam betul!"

"Kau rasa apa kawan kau itu buat?"

Nuha memandang Hana lama. Otak bekerja menghadam kata-kata Hana. Dapat sahaja tangkap isi tersirat Hana cuba sampaikan, Nuha menekup mulutnya.

"Seriuslah?"

"Kau ingat dia macam kau ke nak single sampai ke tua?"

Nuha menjeling Hana tajam. Sempat pula gadis itu memerlinya. Mulut tak ada insurans!

"Dengan Ryan pun jadi."

"Kalau jodoh tak ke mana, kan? Kau kata dekat orang, kau tu bila lagi? Nak bujang sampai ke tua ke?" Hana memulangkan paku buah keras. Dulu, Nuha selalu mengejek mereka tidak laku.

Tengoklah sekarang, siapa yang jumpa pasangan dahulu?

"Kau diam lah! Bising!" bidas Nuha keras. Geram mendengar sindiran Hana berunsurkan fakta itu. Menyesal juga dia mengejek mereka dahulu. Alih-alih Eyfa mendahuluinya dahulu.

"Nuha!" Belum sempat Hana membalas, panggilan seserang mengejutkan mereka berdua.

"Eh, papa!" Nuha sempat menghadiahkan jelingan kepada Hana. Macam mana Tan Sri Mikael boleh mengetahui keberadaanya? Mesti sahaja disebabkan Hana.

"Apa jadi dekat kamu ini, Nuha? Kenapa boleh terlantar dekat hospital? Kamu okey tak? Ada sakit dekat mana-mana?" Bertalu-talu soalan dilontarkan Tan Sri Mikael. Risau punya pasal.

"Nuha okey aje, papa. Jangan risau. Papa ni! Nuha cedera sikit aje!"

"Sikit kepala otak dia!" desis Hana perlahan. Nuha menjeling Hana memberi amaran supaya tidak membocorkan rahsia. Rasanya hari ini sahaja, matanya bekerja menjeling Hana sahaja.

"Nasib kamu okey aje. Kalau tak, papa saman orang itu! Suka hati aje sentuh anak papa!" luah Tan Sri Mikael. Pagi tadi dia menerima panggilan daripada Eyfa, pembantu rumahnya bahawa Nuha berada di hospital.

Dia yang ketika itu berada di Sabah segera menaiki kapal terbang pulang semula ke Kuala Lumpur. Mahu gugur jantungnya mendapat khabar itu.

"Sayang juga papa dekat Nuha, ya?"

"Mestilah! Anak papa kan?"

Nuha tergelak kecil. Kebaikan dan kasih sayang yang diberikan Tan Sri Mikael inilah membuatkan dia membutakan mata membiarkan Puan Sri Nur menyeksannya sesuka hati.

Dia tidak sanggup melihat Tan Sri Mikael menangis kekesalan disebabkan tingkah-laku Puan Sri Nur.

Seteruk-teruk dia, dia masih menjaga hati orang lain. Tambah-tambah orang yang membantunya sehingga ke hari ini.

"Tan Sri, Nuha okey aje. Sengaja buat orang risau," celah Hana. Jika dia membiarkan perbualan anak beranak itu, mahu kebas kakinya duduk. Lebih baik dia menyampuk. Hilang juga bosannya.

"Diam lah kau!" balas Nuha geram. Hana memang sengaja mengenakan dirinya!

Bunyi pintu dibuka sekali lagi mengejutkan mereka.

"Akak Nuha, akak dah..." Bicara Safina terhenti melihat kelibat seorang lelaki asing di hadapannya. Badan ditundukkan sedikit tanda hormat. Puan Syazlina turut melakukan perkara yang sama.

Tertanya juga mereka siapa lelaki itu. Berpakaian kemas dan mewah pula itu!

"Papa, ini ibu kandung dan adik kandung Nuha."

"Ibu, Saf, ini papa Nuha. Papa yang jaga Nuha sampai sekarang."

Nuha memperkenalkan mereka semua bagi mengelakkan salah faham. Puan Syazlina dan Tan Sri Mikael tergamam.

"Terima kasih jaga Nuha selama ini. Kalau bukan sebab Tan Sri, Nuha mungkin dah tak ada. Terima kasih, Tan Sri!" luah Puan Syazlina sebak. Syukur kerana dapat juga dia bertemu dengan orang yang menjaga Nuha selama ini.

Nampaknya doanya didengari.

"Tak apa, Puan. Saya anggap Nuha macam anak saya sendiri. Saya ikhlas jaga Nuha." Ikhlas nada Tan Sri Mikael. Hampir sahaja menitiskan air mata namun ditahan sebaik mungkin. Enggan menangis saat mereka sudah melepasi beban hidup.

"Tan Sri datang seorang aje ke?"

"Ya, seorang aje. Isteri saya katanya tak sihat. Jadi tak ikut sekali."

Hana dan Nuha berpandangan sebelum berbalas senyuman misteri. Iya ke tak sihat?

"Eh bila Nuha boleh discharged?" soal Nuha mengubah topic. Kalau dibiarkan pasti topic berkenaan Puan Sri Nur akan dibangkitkan.

"Kau itu kena tembak tau! Bukannya jatuh katil. Ingat boleh keluar hospital cepat-cepat ke?" bidas Hana geram. Orang tengah risaukan dia boleh pula tanya bila boleh keluar. Sayang nyawa ke tidak ini?

"Itu lah. Akak Nuha memang tak sabar ke nak keluar?" sokong Safina, turut bersetuju dengan Hana. Kakaknya itu nampak sihat dan bertenaga. Tidak seperti orang sakit langsung!

"Orang dah sihat lah! Nak ke lama-lama dekat hospital?"

"Lagi lama lagi bagus. Tak payah lah aku menghadap Ain itu lama-lama. Asyik telefon aje tanya bila kau masuk kerja. Tak menyempat betul!" luah Hana. Bengang selalu mendapat panggilan daripada pembantu Nuha.

Selalu menanyakan bila gadis itu masuk kerja. Ingat dia ada masa ke nak jaga Nuha?

"Dia telefon ke? Cakap lusa aku masuk kerja."

"Nuha... ibu pukul kamu kang." Tergelak Nuha dibuatnya.

"Orang melawak pun tak boleh. Tak nak kawan!"

"Siapa nak kawan dengan kau? Okey, semua boleh beredar ya. Kita tak kenal Nuha." Sengaja Hana menyakat Nuha. Biar dia rasa!

"Kau kan, Hana!"

"Hei, jangan gaduh. Hana, Nuha sakit kan? Kesian dia kamu usik aje," tegur Tan Sri Mikael. Kesian pula melihat Nuha disindir. Anak dia itu!

Nuha mengukir senyuman kemenangan memandang wajah Hana yang sudah masam. Tidak puas hati lah itu kalah!

"Oh, ya! Minggu depan kau ada meeting dengan Tyra. Katanya nak kau jadi duta produk dia orang."

"Hana!"

Tawa mereka semua bergabung. Terhibur dengan pergaduhan Hana dan Nuha. Macam-macam!

Safina Nufa ✔Where stories live. Discover now