28

89 12 0
                                    

"KAU pasti ke Nuha tak ada dekat sana? Yakin?" soal Hana. Dahinya berkerut menunggu balasan.

"Ya. Aku pasti. Kau tak percaya, tanya Razak. Dia ikut aku sekali jejak Nuha. Tak akan kau tak percaya lagi?" bidas Ryan. Kali ini, masuk kali ke sepuluh dia menceritakan semuanya kepada Hana dan Eyfa.

Namun, Hana enggan mempercayainya.

"Kenapa Nuha boleh hilang secara tiba-tiba?" celah Eyfa tiba-tiba. Dari tadi dia berdiam diri mendengar perbualan Hana dan Ryan.

"Aku tak tahu. Logik akal, Nuha dilarikan atau melarikan diri?"

Hana, Eyfa dan Ryan berpandangan. Merungkai misteri di sebalik kehilangan Nuha.

"Nak cakap dilarikan, Dato' Azmi dah tak ada apa-apa yang tinggal. Kalau melarikan diri, untuk apa? Bukan dia bahayakan nyawa kita pun." Selamba Eyfa berkata.

Mereka terdiam sebelum masing-masing membulatkan mata.

"Nuha larikan diri!" ujar mereka hampir serentak.

"Aku dah agak. Dia sengaja larikan diri." Penumbuk Ryan genggam. Sakit pula hati dia apabila Nuha kembali kepada perangai lamanya.

"Dia takut dia bahayakan kita kan?" Perit Hana menutur. Tidak sanggup pula menghadam bait aksara itu.

"Kenapa dia buat balik perangai lama?" lirih Eyfa. Kali ini, masuk kali kedua Nuha melarikan diri.

Beberapa tahun lalu, perkara sama hampir berlaku di mana nyawa mereka berempat terancam. Namun, Nuha mengambil jalan mudah dengan melarikan diri supaya mereka bertiga selamat.

Sebulan kemudian, jasad Nuha ditemui di hutan. Misi mencari Nuha akhirnya berjaya. Kecoh juga keadaan pada waktu itu. Nuha dimasukkan ke hospital untuk dirawat. Mengikut doktor, gadis itu sedang dalam fasa kritikal. Peluang untuk hidup sangat tipis.

Dengan izin Allah, Nuha mula sedar setelah seminggu berada dalam keadaan kritikal. Nuha kembali normal dan boleh berinteraksi seperti biasa semula. Tika itu, mahu gugur jantung mereka bertiga. Nasib Nuha baik-baik sahaja. Kalau tidak? Mereka tidak boleh membayangkan apa akan terjadi.

"Apa kita nak buat sekarang? Berkemungkinan besar, Nuha tak dapat ditemui dalam masa beberapa bulan." Hana membuat kesimpulan.

Kelicikan Nuha menyukarkan mereka mencari gadis itu. Nuha bijak menyembunyikan diri. Mereka tidak boleh memandang rendah. Buruk padahnya.

"Dato' Azmi hilang ke mana?" tutur Eyfa tidak membalas soalan Hana. Rasanya kes kehilangan Dato' Azmi berkait dengan Nuha.

"Aku tak tahu. Dia sempat larikan diri. Anak buah dia aje aku berjaya tangkap."

"Kau dah siasat anak buah dia?"

Gelengan diberikan. Mereka kesuntukan waktu. Tiada masa untuk menyiasat anak buah Dato' Azmi. Bila-bila masa sahaja mereka akan diserang.

"Siasat mereka secepat mungkin."

"Kita tak ada masa."

"Guna masa yang kita ada sekarang. Arahkan yang lain awasi kawasan kurungan. Aku dan Hana akan keluar untuk perhatikan Safina. Kau Ryan, berkawal di sini. Kita tak ada masa. Jadi, jangan bazirkan walau sesaat. Faham?" Dingin Eyfa mengarah.

Kali ini mereka tidak boleh gagal. Cukup sekali sahaja. Hari ini merupakan penentu segala-galanya.

Sama ada hidup.

Ataupun...

Mati.

"KAU ready?"

Safina Nufa ✔Where stories live. Discover now