BAYU malam mengena pipi mulus Nuha membuatkan gadis itu menarik senyuman kecil. Hilang sebentar masalah yang bermaharaja di fikirannya sejak dari tadi. Tidak sia-sia dia mengambil keputusan untuk datang ke tasik itu.
"Sorang aje?" soal seseorang yang sudah duduk di sebelahnya. Soalan mengejut itu menyentakkan Nuha dari lamunannya.
"Nampak berdua aje ke?" Safina melepaskan tawa kecil.
"Saya nampak awak keseorangan dekat sini. Itu yang saya datang sebab saya pun tak ada kawan," terang Safina.
Nuha mengangguk tanda memahami perasaan Safina. Dia sedikit pun tidak rasa terganggu dengan kehadiran gadis asing itu di sebelahnya. Jarang pula dia menyesuaikan diri dengan orang secepat itu.
Nuha menjeling sekilas pakaian Safina sebelum mengerutkan dahi tanda kehairanan.
"Maaf bertanya. Awak tak panas ke pakai macam ini malam-malam?" Akhirnya soalan yang berlegar di fikiran terkeluar jua.
Safina memakai hoodie bewarna hitam dan mask. Cermin mata juga turut dipakai. Tidak panaskah dia memakai pakaian sebegitu?
"Oh. Saja aje pakai." Ringkas sahaja balasan Safina. Tidak mungkin dia akan menceritakan mengapa dia mengenakan pakaian tersebut.
Dia dalam perjalanan menuju ke tempat di mana Syatila dan ibunya dikurung. Akibat sedikit gementar, Safina mengambil keputusan untuk berhenti seketika di tasik berdekatan.
Nuha yang faham akan jawapan ringkas Safina hanya menganggukkan kepala. Malas dia ingin bertanya dengan lebih lanjut. Risau akan menganggu privasi gadis itu.
"Awak selalu ke datang sini?" Safina cuba memecah kesunyian di antara mereka berdua. Entah mengapa dia tidak terasa seperti kekok ingin berbual dengan Nuha. Seolah-olah mereka bagaikan pernah menjadi kawan rapat.
"Selalu juga lah kalau rasa tertekan. Tempat ini dulu kawasan kegemaran ayah saya tahu?" Teruja pula Nuha bercerita. Sebenci-benci dia kepada ayahnya, nama lelaki itu masih terpahat kemas di hatinya.
Dia sudah memaafkan semua kesalahan ayahnya. Dia tahu, ayahnya langsung tidak berniat ingin menyeksa tetapi atas desakan Puan Syazlina, dia terpaksa. Bila difikirkan semula, sudah lama dia tidak menjenguk kubur ayahnya. Nanti lah. Setelah dia menyelesaikan semuanya.
"Eh, ayah awak? Sama lah kita! Ayah saya pun suka tasik ini."
"Kebetulan betul ya?" Nuha melepaskan tawa kecil. Tidak sangka pula ayah mereka mempunyai minat yang hampir sama.
"Itu lah!" Safina juga turut menyokong pernyataan Nuha.
"Saya rasa saya kena minta diri dulu. Ada hal. Nice to meet you!" Safina yang risau dia akan terlewat lekas meminta diri.
"Nice to meet you too!"
Safina mengangguk perlahan sebelum perlahan-lahan meninggalkan Nuha. Nuha menghantar pemergian Safina melalui ekor mata. Berbual dengan Safina membuatkan dia teringatkan seseorang yang mempunyai perwatakan yang sama dengannya.
"Adik, aku teringat kau." Senyuman ditarik apabila mengingati wajah Safina ketika zaman kanak-kanak mereka.
"Aku janji. Malam ini akan jadi penamat segala-galanya. Sama ada kau yang terkorban ataupun aku."
"DAH ready?" Nuha menyisipkan pistol di pinggangnya. Sempat dia memerika sama ada peluru itu sudah terisi dengan peluru ataupun tidak.
"Dah."
"Good. Jaga kawasan kita. Budak itu masuk, kau terus lock pintu masuk. Aku tak nak dia larikan diri lagi sekali."
Ryan mengangguk patuh sebelum dia menjeling sekilas pistol yang disisip di pinggang Nuha. Gadis itu kelihatan bersedia.
"Tuan pasti dengan keputusan tuan? Saya tak mahu tuan menyesal kemudian hari. Misi ini ada risiko yang tuan akan tanggung kalau terbongkar."
Nuha tersenyum sinis.
"Well, best apa duduk penjara."
Ryan mengeluh lemah kerana masih gagal ingin memanipulasi Nuha. Dia begitu tekad ingin membalas dendam.
"Aku gerak dahulu," ujar Nuha setelah yakin dia sudah bersedia. Ryan yang malas mahu membalas hanya diam membisu.
Setiap langkah, membuatkan gadis itu sedikit gementar. Sebenarnya dia sendiri kurang pasti pengakhiran dendamnya. Sama ada berjaya ataupun gagal.
"Ibu, Nuha datang."
SUASANA gelap gelita menambah kegusaran di hati Safina. Berdebar-debar hati saat dia menjejakkan semula kaki ke kawasan itu. Dia tahu, sejauh manapun dia melangkah pasti akan kembali semula ke tempat di mana memori pahit miliknya terkumpul.
"Ikut aku." Hana, yang sudah lama menunggu di pintu masuk segera menegur Safina yang masih kelihatan takut-takut. Dalam diam Hana mengeluh lemah. Dia takut andai perkara ini akan menjejaskan Nuha.
Safina sedikit terkejut apabila ditegur secara tiba-tiba. Kepala diangguk tanda memahami arahana wanita yang berada di hadapannya. Kaki mengekor rapat Hana yang sudah maju beberapa tapak ke hadapan.
"Hai!" Eyfa yang sedang sibuk bermain telefon mesra menyapa Safina dan Hana yang baru sahaja tiba.
"Kau fokus boleh tak? Tuan marah kau nanti." Eyfa mencebik kecil mendengar teguran Hana. Alah bukan selalu pun dia pegang telefon! Sebelum ini sibuk melayan Puan Sri Nur sampai tak ada masa untuk diri sendiri.
Perbualan ringkas Hana dan Eyfa langsung tidak menarik perhatian Safina. Safina memakukan pandangan ke arah dua jasad yang diikat kemas. Setelah dapat mengenal pasti jasad tersebut, kaki laju dipaksa berlari ke arah di mana mereka berada.
"Ibu! Syatila!"
Malang apabila mereka berdua tidak dapat membalas sahutan Safina disebabkan mulut sudah ditutup menggunakan pita pelekat. Baru sahaja tangan ingin membuka, suara Nuha yang muncul dari belakang mengejutkannya.
"Hai Safina."
Safina berpaling memandang Nuha sebelum kedua-duanya tergamam.
"Kau! Kau gadis dekat tasik!" ujar Safina yang mula mengingati rupa paras Nuha.
Nuha pula tergamam apabila baru dapat mengecam wajah Safina. Berbakul sumpah-seranah dia tujukan kepada diri sendiri kerana tidak peka dengan gerangan yang menegurnya di tasik.
"Apa kau nak? Mana Haziq! Panggil dia sekarang! Aku nak bercakap dengan dia!"
"Kenapa pula dia nak kena ada dekat sini?"
"Dia kan yang arahkan kau orang buat semua ini?"
Nuha tertawa sinis mendengar bicara Safina yang mengarut. Eyfa dan Hana yang turut berada di situ hanya mengukirkan senyuman kecil. Yakin!
"Kau dengar sini. Aku dengan mamat itu langsung tak ada kaitan! Dia tak layak bekerjasama dengan aku. Sepatutnya kau bersyukur aku yang tangkap kau! Bukan Haziq!"
"Apa bezanya? Kau pun seksa aku kan? Jangan tuturkan ayat yang cuba tunjukkan kau baik. Aku jijik dengar," bidas Safina berani. Dia sudah kisah jika diserang oleh Nuha. Baginya gadis itu layak mendapat kekasaran daripada kelembutan.
"Kau tak pandai hormat kakak sendiri ke?"
Sepi.
Renungan tajam Nuha dan Safina bersatu.
"Kakak?"
"Safina Nuha binti Muhammad Shafiq. Itu nama aku."
"Apa?" Safina menekup mulut tanda tidak percaya. Sungguh dia langsung tidak pernah menyedari kewujudan Nuha.
"Aku kakak kau yang dibuang. Kau lupa ke apa penyebab aku dibuang?" ujar Nuha bersahaja. Sengaja ingin bermain tarik-tali dengan adiknya itu. Seronok pula melihat wajah keliru Safina.
"Kau tak wujud! Kau imaginasi aku!"
"Imaginasi?"
"Ibu cakap kau tak wujud! Kau imaginasi aku!" tengking Safina yang sudah mula hilang kawalan. Tidak mungkin dia mempunyai kakak.
"Imaginasi? Wah, ibu! Hebat ibu menipu dia, ya?" Sinis nada digunakan Nuha. Hatinya sakit apabila Puan Syazlina mengakui dia hanya imaginasi Safina dan bukannya realiti.
YOU ARE READING
Safina Nufa ✔
Dla nastolatkówSafina Nufa. Itu nama aku. Biasa-biasa sahaja. Tidak secantik nama kalian. Tetapi kisah aku mungkin lain daripada yang lain. Tahu apa rasa diperhatikan? Tahu apa rasa sentiasa menjadi mangsa keadaan? Pernah rasa? Kalau pernah, kita senasib. Tapi...