Beberapa tahun kemudian.
"NUHA! Cepatlah! Jangan lambat sangat! Ibu kau tak sempat masak kang!" gesa Eyfa. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah kerana ingin membuat sedikit kejutan hari jadi untuk Safina.
Dia dan Nuha diarahkan membeli bahan masakan. Namun, disebabkan terlalu leka, mereka terbabas.
"Sabar lah kau ini! Berat kau..." Belum sempat Nuha menghabiskan kata-katanya, tubuh tiba-tiba dilanggar kasar dari tepi. Tubuh Nuha jatuh menyembah jalan. Barang yang dibeli tadi sudah berselerak di atas lantai.
"Nuha!" Eyfa memberhentikan langkah saat melihat Nuha sudah menyembah jalan. Kaki dibawa laju untuk menolong.
"Apa masalah kau ini? Yah! Sakit kaki aku!" Nuha mendengus kasar ketika menyentuh buku lalinya. Sudahlah stoking yang dipakai menyentuh luka itu. Pasti sahaja sakit jika dia bergerak.
"Ya Allah, cik! Saya minta maaf! Saya rushing!"
"Ingat kau seorang aje ke? Habis barang-barang aku!" bidas Nuha geram. Enggan menerima alasan tidak munasabah lelaki di hadapannya. Sakit tahu kaki dia? Ingat kaki dia ini apa?
"Nuha, kau okey tak?"
"Kalau kena langar dengan manusia tiada adab, memang sakit lah jawabnya! Ingat jalan ayah dia kut langgar orang sesuka hati!" sindir Nuha sakit hati. Mahu sahaja dia membalas dendam namun disabarkan jua hati.
"Kau boleh jalan tak? Bahan-bahan ini macam mana?"
"Dah tak payah fikir! Kita beli aje makanan sedia ada! Tak ada masa beli bahan baru! Angkat aku, kejap. Sakit ini. Tak boleh jalan!" bebel Nuha. Eyfa menahan tawa melihat Nuha membebel.
"Cik saya betul-betul minta maaf."
"Jangan cakap. Ganti balik baju aku yang kau kotorkan. Bagi nombor! Cepat!"
Tanpa banyak soal, lelaki itu mengeluarkan sekeping kad lalu dihulurkan kepada Nuha. Takut pula
"Nik Hayden? Kau melayu ke apa?" Eyfa menunjal kepala Nuha apabila merasakan soalan Nuha kurang logik. Sah-sah melayu kalau ada Nik! Nuha mengosok dahi kesan ditunjal Eyfa. Dihadiahkan jelingan khas untuk gadis itu.
"Melayu, cik."
"Fikir anak siapa tadi. Dah kahwin ke belum?"
"Eh, kau tanya kenapa? Berminat ke?" celah Eyfa terkejut. Menyempat pula Nuha mengorat Hayden. Bosan single ke?
"Saya single lagi, cik." Hayden tetap melayan soalan Nuha. Jujur, gadis itu menarik perhatiannya. Disebabkan itulah dia tidak kisah berlengah-lengah walaupun sepatutnya dia perlu tergesa-gesa.
"Baguslah itu. Kau single. Aku single. Kahwin, jom?" Spontan tangan Eyfa naik menampar bahu Nuha. Sempat pula Nuha mengurat orang! Sah, Puan Syazlina perlu mencari pasangan gadis itu segera!
Hayden tergamam mendengar ajakan Nuha. Selamba gila gadis itu mengajak. Seperti mengajak dia lepak mamak!
"Dah! Jom balik! Ibu kau dah tunggu! Jangan mengarut lagi, Safina Nuha! Aku pukul kau kejap lagi kang!" Eyfa menarik tangan Nuha memaksa gadis itu ikut bersamanya.
Ingin menghentikan tindakan di luar kotak Nuha. Kalau dibiarkan, ada juga dia nikahkan di sini! Nuha tergelak kecil sebelum mengikut sahaja jejak langkah Eyfa. Sengaja dia mengusik lelaki itu. Tahu pun terkedu!
Hayden menghantar pemergian Nuha dan Hana melalui ekor mata.
"Safina Nuha? Nice to meet you, girl."
"KENAPA? Apa jadi ini?" soal Puan Syazlina risau. Rasanya sebentar tadi dia menyuruh Eyfa dan Nuha membeli bahan masakan. Alih-alih mereka sudah membeli makanan. Tinggal dihidangkan sahaja.
YOU ARE READING
Safina Nufa ✔
Fiksi RemajaSafina Nufa. Itu nama aku. Biasa-biasa sahaja. Tidak secantik nama kalian. Tetapi kisah aku mungkin lain daripada yang lain. Tahu apa rasa diperhatikan? Tahu apa rasa sentiasa menjadi mangsa keadaan? Pernah rasa? Kalau pernah, kita senasib. Tapi...