"ADUH, Boleh patah pinggang aku kalau hari-hari macam ini! Yang bos pun satu. Menangkan sangat anak dia dah kenapa? Kalau hensem tak apa lah juga! Boleh cuci mata! Ini, muka macam jalan tar! Suka hati aje kacau kenteraman orang. Nak menggatal pun tengok oranglah! Memang layak dapat penumbuk pun!" bebel Nuha seorang diri.
Tangan digoyangkan cuba menghilangkan kesakitan. Pedih juga tangan dia menumbuk lelaki tidak guna itu. Mendengus Nuha seorang diri mengingati perbuatan biadap anak majikannya. Ketika dia khusyuk membasuh pinggan di belakang kedai, boleh pula anak majikannya mencuit bahu Nuha.
Siap dihadiahkan pakej senyuman miang! Selepas hadiahkan senyuman miang itu, sempat pula lelaki itu melontarkan ayat-ayat manis kepadanya. Padahal sebelum ini Nuha melihat sahaja lelaki itu makan bersama perempuan yang berlainan setiap hari. Buaya platinum betul!
Memang silap orang dia nak mengurat. Makan penumbuk Nuha jawabnya. Habis berdarah bibir lelaki itu disebabkan menerima tumbukan mengejut Nuha. Dengan tidak tahu malunya, lelaki itu memanggil bosnya dan menyalahkan Nuha atas kecederaan di bibirnya.
Bos Nuha entah macam mana boleh pula mempercayai kata-kata anak tunggalnya. Tidak pasal-pasal dia dimarahi dan dihukum bekerja sehingga lewat malam. Terbantut niatnya ingin membeli Safina makanan.
Esok memang dia minta berhenti kerja! Kalau terus berada di situ, silap-silap boleh arwah anak majikannya itu.
Malas memikirkan perkara itu, cepat-cepat Nuha membuka pintu. Ingin bertemu Safina. Sekurang-kurangnya dia dapat melegakan hati dengan melihat wajah gadis itu sahaja.
"Eh?"
Membuntang mata Nuha melihat keadaan rumah yang berselerak. Rasanya tadi dia tinggalkan rumah dalam keadaan kemas. Siapa pula sepahkan? Tidak mungkin Safina!
Jangan ada apa-apa berlaku sudah. Emosinya kurang stabil hari ini. Silap-silap berlaku kes pembunuhan.
"Nuha. Lama tak nampak kau. Pergi mana? Sembunyi?" Suara sumbang menerjah telinga Nuha. Memandangkan dia baru sahaja berdiri di muka pintu, kedudukannya tidak lah terlalu jauh dengan luar rumah.
Badan dipalingkan ke arah belakang. Senyuman sinis terbentuk melihat figura yang berada di hadapannya.
"Eh Dato'? Dato' tidak sibuk ke hari ini? Selalunya berkepit dengan perempuan simpanan Dato' kan? Mana dia? Tak ikiut sekali?" sindir Nuha sambil memeluk. Badan disandarkan di pintu yang sudah tertutup rapat.
"Kau jangan kurang ajar sangat!"
"Saya kurang ajar, Dato'? Hei Dato' Azmi! Siapa kacau siapa?" Dingin nada Nuha. Sakit pula hati dia melihat keangkuhan Dato' Azmi. Boleh salahkan dia? Padahal bukti terangan-terangan menunding ke arah Dato' Azmi.
"Kau punca segala kegagalan aku!"
"Oh ya? Ada nampak saya kisah ke? Cukup bersyukur saya selamatkan Dato' daripada masuk penjara. Eh, salah! Cukup bagus saya simpan rahsia Dato'. Bila-bila masa sahaja saya boleh laporkan kepada pihak polis!" Yakin Nuha membalas.
"Kau jangan berani sebut tentang polis, Nuha. Kau pun kotor. Sama aje dengan aku. Jangan berlagak suci. Orang macam kita lagi jijik daripada sampah, tahu?" Kali ini Dato' Azmi sengaja menakutkan Nuha.
"Dato' saya tak ada buat kerja jahat macam Dato' tahu? Dato' nak cakap pasal senjata api? Saya ada lesen. Pasal penculikan? Mangsa saya selamat. Mereka tak akan laporkan mengenai kes itu. Pasal pembunuhan? Mayat mereka dah hilang. Jangan jadi bodoh, Dato'. Saya bersedia sejak dari awal. Tiada siapa boleh jatuhkan saya. Termasuk Dato'."
Dato' Azmi mendengus kasar. Tidak menyangka Nuha sudah menyiapkan segalanya sejak dari awal. Patut lah gadis itu tampak senang.
"Kalau kau tak ada kes, apa kata aku palsukan kes?"
"Dato' jangan ganggu saya."
Dato' Azmi tersenyum sinis. Pistol ditarik keluar lalu dibawa tepat ke perutnya.
"Saya tak sangka usahawan macam Dato' boleh jadi sebodoh ini kan? Dato'' ingat Dato' aje bijak?"
Belum sempat Dato' Azmi menghadam, sekumpulan lelaki entah muncul dari mana mengepung mereka semua.
Nuha terkedu melihat situasi dialaminya. Tidak menyangka Dato' Azmi akan dikepung sebegini.
"Hai Dato'."
Membulat mata Nuha melihat Ryan berdiri tegak di sebelahnya. Sejak bila lelaki itu tiba? Paling penting, macam mana dia mengetahui lokasinya? Kaki dibawa mengundur ke belakang.
Ryan yang sibuk berperang mulut langsung tidak perasan perbuatan Nuha.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Nuha membelek seisi rumah mencari kelibat Safina. Puas mencari, Nuha mula terperasankan nota kecil bewarna kuning dilekatkan di atas meja makan.
Ditarik nota itu sebelum membaca satu-persatu isinya. Berkerut dahi Nuha apabila berjaya membacanya. Baru sahaja dia ingin melarikan diri dari situ, pintu tiba-tiba ditolak kasar.
"Bos!" Kuat jeritan Ryan memanggil. Mahu gugur jantungnya melihat Nuha hilang tiba-tiba. Dato' Azmi yang tidak berjaya ditangkap makin menyesakkan fikiran.
Nuha serta-merta menundukkan badan menyembunyikan diri. Tidak mahu Ryan perasan keberadaannya. Jujur, dia tidak tahu mengapa dia bertindak sebegitu. Hatinya melarang untuk mengikut Ryan pulang.
Cukup lah sampai di sini sahaja dia diselamatkan oleh orang lain. Dia penat menyusahkan orang lain. Tambah-tambah menyelamatkannya ialah suatu aktiviti bahaya. Mana mungkin Nuha sanggup mengorbankan orang lain demi menyelamatkannya.
"Nuha! Mana kau!" Panggilan Ryan bertukar. Dia tidak lagi memanggil Nuha dengan panggilan sebelumnya kerana terlampau geram kerana Nuha masih belum ditemui.
Dia yakin Nuha melangkah masuk ke dalam rumah kerana rumah ialah pilihan pertama dan terakhir Nuha. Mustahil gadis itu hilang sekelip mata.
"Nuha, keluar! Kalau kau ada dekat sini, keluar!"
Mendengarnya, makin gementar Nuha dibuatnya. Badan dikecilkan supaya susuk tubuh tidak kelihatan walaupun sedikit. Nafas juga ditahan. Ryan sememangnya peka dengan keadaan sekeliling.
Nuha tidak boleh memandang rendah lelaki itu. Silap langkah, dia merana!
"Ryan, aku rasa bos memang tak ada dekat sini. Mungkin bos larikan diri?" ujar Razak, salah seorang anak buah Nuah.
"Kenapa kena larikan diri pula? Kita nak selamatkan dia kan?" Bengang Ryan dibuatnya.
Nuha meneguk air liur. Tepat ayat tersebut mengena dirinya.
"Kita kena bergerak cepat. Bahaya. Mungkin bos dah jauh," balas Razak. Keputusan dibuat atas faktor mereka dalam keadaan terdesak.
"Keluar! Selagi tak jumpa Nuha, jangan balik!" arah Ryan tegas. Risau memikirkan Nuha yang hilang.
Bunyi tapak kaki semakin menjauhi rumah itu. Nuha perlahan-lahan berdiri tegak. Walaupun sudah lima belas minit Ryan dan Razak berlalu, Nuha kekal terpacak menghadap pintu.
Memikirkan keputusan terbaik yang patut dibuatnya.
Kembali...
Atau...
Lari?
YOU ARE READING
Safina Nufa ✔
Teen FictionSafina Nufa. Itu nama aku. Biasa-biasa sahaja. Tidak secantik nama kalian. Tetapi kisah aku mungkin lain daripada yang lain. Tahu apa rasa diperhatikan? Tahu apa rasa sentiasa menjadi mangsa keadaan? Pernah rasa? Kalau pernah, kita senasib. Tapi...