HARI ini Sofea banyak termenung sendiri. Semua serba tak kena padanya hari ini. Sedang dengar lagu, dia matikan semula. Muzik baru saja berkumandang, suara penyanyi pun belum muncul lagi dia dah mengeluh.
Dia membawa tubuh lemahnya ke arah luar koridor biliknya. Ditarik slinding door terus angin malam menyapa sejuk seluruh tubuhnya. Apa perlu dia buat agar hatinya tidak perlu sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan orang kepadanya? Mungkin di depan umi dia sengaja tunjuk dia tidak terasa hati dengan kata-kata orang, tapi jauh di sudut hatinya hati dia turut sama terluka. Dia tak mahu membiarkan uminya turut sama terkesan dengan buah mulut jiran tetangga di sini.
Tiba-tiba Sofea teringatkan perbualan umi bersama abangnya petang tadi.
"Kenapa umi banyak termenung hari ni? Kek keju leleh umi buat tadi tak menjadi ke?
Amran yang baru keluar dari arah dapur terus melabuhkan duduk di sofa bersebelahan Puan Zarina. Puan Zarina yang dari tadi leka dengan dunia tersentak apabila ditegur si anak teruna.
"Apa?"
"Tengok tu. Putera yang kacak duduk dekat sebelah pun dia tak sedar." Amran mengusap lembut bahu si ibu. Mesti ada masalah ni. Bukan dia tak kenal Puan Zarina macam mana orangnya. Selalunya kecoh satu rumah dengan suara uminya itu. Tapi pada hari ini, uminya hanya bercakap bila perlu. Mesti ada sesuatu yang menganggu fikiran umi dia.
Puan Zarina mengeluh perlahan. Diangkat wajah merenung wajah anak sulungnya itu. Tangan naik mengusap pipi si anak. "Umi okey je. Am dah sudah makan ke? Cepatnya."
Amran gelengkan kepala. Bukan tanda dia belum sudah makan. Perut dia dah nak meletup dah disebabkan terlalu kenyang ni. Dah dua puluh minit berlalu sejak dia makan tadi. Apa yang sekejapnya?
"Cuba cerita dekat Am. Apa yang tak kena dengan umi hari ni?"
"Tak ada aaa..."
"Jangan nak tipu Am." terus saja Amran memintas kata-kata uminya.
Puan Zarina mengeluh lagi sekali. Nak atau tak nak, dia terpaksa juga luahkan rasa hatinya pada anak sulungnya itu. Dengan Amran memang payah dia nak sembunyikan rasa hatinya.
"Mak Som tu dah mula bawa cerita dekat jiran-jiran yang lain katanya anak umi tak laku. Umi dengar cerita pula dekat pasar raya depan pagi tadi, dia cerita dekat orang yang Sofea menaruh hati pada Zikri. Dia ceritakan yang Zikri berkawan dengan Sofea dari belajar lagi, tapi tak pernah sangkut. Bila jumpa dengan anaknya Nadira, Zikri jatuh cinta dan terus masuk meminang."
"Umi sedih dia cakap macam tu dekat Sofea. Dahlah bawa cerita tak betul." Air mata Puan Zarina mula mengalir. Dia kasihan pada anak perempuannya kerana dituduh tanpa usul periksa. Hanya sebab anaknya dah lama berkawan dengan Zikri, tidak semestinya anaknya punya hati pada Zikri. Mereka mungkin memang hanya kawan saja.
Amran mengusap lembut belakang tubuh uminya. "Sabarlah sayang Am ni. Apa ni menangis macam ni. Dah tak comel dah. Nampak tua pula."
Pap!
"Umi memang dah tua pun." laju saja tangan Puan Zarina memukul peha si anak.
"Umi biarkan saja mulut orang apa dia nak cakap. Mereka yang dapat dosa. Kita dapat pahala hanya disebabkan dosa mereka tu. Pea tu bukan tak laku. Ada saja orang nak dia. Tapi dia je yang jual mahal. Umi cakaplah dengan Pea suruh jual murah sikit." Nasihat Amran pula. Sempat lagi dia mengenakan adiknya itu.
Puan Zarina mencebik geram. "Umi tahu memang ramai yang nakkan Pea tu. Tapi Pea tu bukan cuba nak buka sikit hati dia untuk berkenalan dengan dia orang semua tu. Kalau dulu berkawan dengan Zikri, dengan Zikri saja dia berkepit. Umi ingatkan mereka tu bercinta. Bila umi tanya, Pea kata kawan saja. Bila tiba sekarang ni Zikri tu dah nak kahwin dah dengan anak jiran sebelah. Pea pula tak ada calon lagi."
YOU ARE READING
Hate You Mr. Sup Bonjot
RomanceNak tahu sinopsis blurb, so open on your read. Terima kasih :) UPDATE: Tak ada set masa untuk update. Maybe [slow update] PSS: Orang kata, orang yang bersabar ni cantik. Berseri muka. So bersabarlah. Banyak ganjarannya. (hihi) FOLLOW BLOG: mimpi2yu...