8. 294

1.9K 75 15
                                    

"TUNGGU!"

Fattah cuba mempercepatkan langkah kakinya. Tidak sangka dia akan bertemu dengan gadis itu lagi. Yang tak sangkanya dia bertemu dengan gadis itu di Melaka. Dalam seminggu ini, Fattah ada rancangan masakan yang akan disiarkan di negeri Melaka yang bertemakan masakan dari keluarga baba dan nyonya. Majoriti hanya di Melaka saja antara negeri yang dikatakan mempunyai keluarga baba dan nyonya dan kerana itulah rancangan masakan untuk minggu ini adalah bersama keluarga baba nyonya.

"Encik jangan ikut saya! Kalau encik ikut saya akan jerit kuat-kuat." Ugut Sofea berani. Ingat aku tak berani ke nak buat seperti apa yang aku cakap? Aku berani tau!

Fattah hentikan langkah kakinya. Lebih kurang sepuluh langkah juga jarak antara mereka berdua. Dua minggu yang lepas, ibunya meminta dia untuk mencari gadis itu dan kini dia tak sangka gadis itu berada di depan matanya tanpa perlu dia cari.

Sofea mendengus geram. Lelaki selekeh ni nak apa? Sanggup pula lelaki ini hentikan rakaman rancangan masakan dia semata-mata nak kejar aku? Sofea gumam sendiri. Yang lagi buat dia gila tu, apabila boleh pula dia bertemu lelaki ini di Melaka.

"Berani ke cik nak jerit? Tak malu dengan orang ramai?"

Sofea tergelak kecil. Dia tanya aku berani ke tak? Haih, ini Hanna Sofea lah. Dia berani buat apabila dia dah katakannya.

Fattah yang berdiri tidak jauh dari Sofea berasa hairan. Dah kenapa boleh ketawa pula? Gila? Otak senget ke?

Sofea memeluk tubuhnya. Kepalanya sengaja didongak sedikit seakan cuba berlagak dengan lelaki selekeh di depannya itu.

"Encik fikir saya tak berani nak jerit ya. Silap oranglah kalau encik fikir saya macam tu. Encik tu nak ke saya jerit? Saya rasa macam nak jerit aje biar semua orang dengar. Agak-agak boleh tak saya jerit minta tolong yang encik ni cuba nak perkosa saya?"

Sofea sengaja takutkan Fattah. Dia buat begini supaya lelaki itu berhenti dari mengejarnya. Sofea tak boleh nak lari ke mana-mana kerana dia perlu jumpa kliennya di sini. Tapi disebabkan chef selekeh nilah, dia terpaksa meminta kliennya untuk menunggu sebentar. Ada perkara yang perlu dia bincangkan dengan lelaki itu. Apa yang lelaki itu mahukan?

Gila! Berani perempuan tu cakap macam tu! Dasar gila! Bukan setakat mulut je jahat. Gila pergi jahanam pun ya! Fattah sudah mula peing. Tak akan dia nak paksa gadis ini pula. Macam mana kalau gadis ini betul-betul mengotakan kata-katanya tadi? Memang malu setahun Fattah rasakan. Agaknya namanya akan terpampang di muka depan esok dengan berita sensai mengatakan 'Chef Fattah cuba memperkosa seorang gadis ketika pengambaran di Melaka'. Silap hari bulan kena saman dan paling penting maruah keluarganya turut tercalit arang.

"Cik gila ke? Saya hanya nak minta cik tunggu saya aje. Boleh tak petang nanti lebih kurang pukul 5 petang, cik tunggu saya di sini. Ada benda saya nak bincangkan dengan cik." Fattah cuba berkomunikasi dengan cara baik. Dia berharap, gadis di depannya ini sudi untuk bertemu dengan dia pada petang ini. Kalau boleh dia nak terus bincangkan tentang anaknya saat ini. Tapi disebabkan dia ada rakaman rancangan masakan, dia terpaksa menundakan sehingga rakaman masakan ini selesai pada jam 5 petang.

Sofea garu kepalanya yang berlapik dengan selendang itu. Lelaki ini nak apa? Sofea semakin pelik. Sungguh, dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki ini. Hari itu dah halau aku, lepas tu hari ini nak jumpa aku pula. Yang pelik, nak bincangkan pasal apa?

"Yang saya pelik ni, encik nak bincangkan apa? Kita ni tak saling kenal pun. Saya tak kenal encik dan begitu juga encik tak kenal saya. Hari itu bukan main lagi encik halau saya. Hari ini siap terjerit-jerit, terlolong-lolong, terkejar-kejar kat saya pula. Syok kat saya ke?"

Hate You Mr. Sup BonjotWhere stories live. Discover now