INGATKAN nasi goreng ayam kunyit sampai, rupanya beruk yang tercegat kat pintu! Sofea cuba sekuat tenaganya untuk menutup pintu. Macam mana lelaki beruk ni boleh tahu dia di sini? Siap dengan pakej lagi boleh tahu nama dia tu!
Ajaib betul! Gerutu hati Sofea.
"Saya tak nak jumpa encik. Tak faham bahasa melayu ke? Encik nak suruh saya cakap bahasa beruk, maaf sangat-sangat saya memang tak tahu bahasa beruk. Saya tak nak jumpa encik! Tak faham juga, cubalah google translatekan dalam bahasa beruk encik tu!"
Sofea geram. Rasa nak pijak-pijak aje lelaki depan dia ni. Tengok tu, muka berbulu, tangan dia pun berbulu juga. Haih, ni tarik bulu tangan dia memang sedap ni. Mesti terjerit macam nak mati nanti. Sempat lagi mata Sofea menjeling ke arah tangan Fattah yang sedang menahan pintu itu dari ditutup oleh dia.
"Cik yang tak tunaikan kata-kata cik. Rupanya cik memperbodohkan saya. Macam orang bodoh saya tunggu sejam lebih dekat sana tapi cik tipu. Cik tak muncul pun. Saya hanya nak minta pertolongan sikit aje." Terang Fattah secara baik. Dia nak marah, tapi dia cuba kawal. Dia nak minta pertolongan gadis itu, jadi dia harus rasional sikit. Dia tak boleh ikutkan perasaan marahnya apabila dibodohkan oleh gadis di depannya ini.
"Bincang kat luar. Jangan masuk dalam ni. Nanti kena tangkap basah pula dah susah!" Nak tak nak, Sofea terus keluar dari biliknya. Kini Sofea dan Fattah sedang tercegat berdua di depan pintu bilik 294.
Sofea menarik sedikit selendang yang di atas kepalanya agar tidak terjatuh. Dia tutup kepalanya sekadar tutup aje, ingat orang hantar nasi ayam kunyit, rupanya beruk coklat yang tercegat depan pintu.
"Encik nak apa dari saya?"
Fattah menarik nafas dalam. Tak akan nak bincang dekat sini kut? Ingat ni nak sembang pasal gosip mak jemah ke. Haih. Fattah geleng kepala.
"Apasal geleng kepala? Pening pula dah ke? Jangan nak berlakon konon-konon pening, lepas tu mintalah simpati dekat saya nak rehat dalam bilik saya. Macamlah saya tak tahu agenda lelaki zaman sekarang ni. Lagi-lagi lelaki macam encik ni."
Ingat aku tak tahu ke taktik kotor orang lelaki. Adalah tu cara nak perangkap gadis macam aku ni. Pantang nampak gadis, semua nak perangkap. Sekejap! Aku dah kenapa pula ni menuduh. Haih, bukan salah Sofea nak menuduh, dia pun pelik dengan diri dia sendiri. Bila tengok muka lelaki ni, ada aje otak dia ni fikir benda buruk. Haih, memang lelaki ni bawa perkara tak baik muncul dalam hidup dia.
Lagilah Fattah pening kepala. Nak marah ada, nak tergelak pun ada. Apalah perempuan depan dia ni merepek. Haih, akhirnya, Fattah tak dapat nak menahan rasa geli hatinya.
"Hahahahahahaha"
Fattah memegang perutnya yang terasa senak kerana ketawa. "Hahaha, aduh saya lagi bertambah pening layan awak ni Cik Sofea."
Sofea jeling geram. Dia memeluk tubuhnya tanda protes. Apa yang kelakar? Muka aku macam muka Shuib Sepahtu ke? Kalau muka Jep Sepahtu dah selenga, rupa Shuib pula rupa apa? Tapi Shuib sweet apa. Dahlah kelakar, romantik pula tu. Pandai jaga anak. Untunglah Siti Sarah dapat dia.
"Encik kenapa ketawa? Jumpa beruk betina ke atas kepala saya ni?"
"Hahahahahahaha. Apa? Lagi sekali? Cik cakap beruk betina? Hahahaha. Tak akanlah Cik larat kut kalau beruk nak bertenggek atas kepala cik." Fattah masih tak boleh lagi nak berhenti dari rasa geli hati. Haih, ada ajelah gadis depan dia ni.
Hish! Kurang ajarnya. Geramnya Sofea rasakan. Dia rasa macam nak sekel aje kepala lelaki depan dia ni. Siap tertunduk-tunduk lagi chef kesukaan umi dia ni. Ketawa lama sangat, nanti terus jadi patung. Karang dah jadi patung, aku letak terpampang dekat tengah-tengah lobi hotel ni baru tahu!
Fattah rasa kesian pula melihat wajah masam mencuka di depannya ini. Dia kembali menegakkan tubuhnya. Dia berdeham sedikit mengembalikan dia dalam kesedaran yang seharusnya dia lakukan.
"Sorry. I didn't mean to make you feel..."
"Dah puas ketawa? Lepas ni nak guling-guling pula ke?" Belum sempat Fattah menghabiskan kata-katanya, Sofea dah sembur Fattah dulu.
Fattah mengeluh. "Maaf sangat pasal tadi. Saya nak bincang something dengan cik. Saya nak minta pertolongan. Ini penting sangat bagi saya. That why, saya rasa tak sesuai kita nak bincang dekat sini. Why not we go some of privacy place. Dekat cafe bawah pun boleh. Cik pilih dekat mana. Saya janji tak lama."
"Please.. Go ahead. Saya tak rasa nak tolong encik pun. Tolong pergi." Sofea memang tak nak ada apa-apa kaitan dengan lelaki di depannya ini. Lagipun, tak akan dia nak pergi jolok sendiri sarang tabuan, kan? Malas dia mahu cari masalah sendiri.
"Tak akan tak bol...."
"Memang tak boleh. Suka hati encik nak anggap saya ni jahat ke.... tak ada rasa kasihan ke. Saya tak kisah apa pertolongan yang encik minta, saya memang tak akan tolong selagi yang minta tolong tu orangnya adalah encik."
Hahhhh! Titik! Kalau orang lain minta tolong, mungkin boleh. Even suruh bersihkan tahi kucing si Nia tu pun Sofea boleh. Tapi kalau yang minta lelaki ini, memang dia tak akan tolong. Sebab apa? Entah. Hati dia kata jangan! So janganlah!
Agaknya gadis ni memang suka pintas cakap orang. Aku belum lagi habis cakap, dia dah menonong je cakap dulu. Aduh, kenapa benci sangat gadis ni dengan dia?
"Dah fahamkan? Diam tu tanda faham dan setuju. Jadi, saya nak masuk bilik dan rehat. Saya banyak kerja lagi nak buat esok. Tolong jangan ganggu saya. Jangan cari saya lagi. Jangan nak minta tolong dengan saya."
Sofea sudah memusingkan tubuhnya ke belakang. Banyak esok dia nak uruskan. Nak tengok tempat lagi, nak ukur juga kawasan. Haih. Datang pula penganggu! Dia tak tahu apa yang lelaki ini nak minta tolong, tapi yang pasti dia tak nak tolong. Lebih baik tak payah tahu apa pertolongan yang diminta lelaki ni. Takut nanti hati dia boleh berubah pula. Cuma..... Apa yang lelaki ni nak minta tolong ya? Kenapa mesti dia? Kenapa? Sofea semakin pelik. Rasa ingin tahu juga memuncak semakin tinggi. Aduhhhh!
Fattah bengang dengan sikap gadis di depannya. Degil! Ya. Gadis ini memang degil!
"Saya nak cik tolong anak saya. Dia nak mama dia. Hanya cik aje yang boleh jadi mama untuk anak saya."
Langkah kaki Sofea yang ingin berura-ura masuk ke dalam biliknya terhenti. Tangannya yang baru hendak memasukkan kad kunci ke dalam pintu bilik juga mengeras. Dia terdiam di situ setelah mendengar kata-kata dari chef kesukaan uminya tadi.
Jadi mama? Gila ke apa!
****
Apa jadi eh? Jadi mama ke?
Assalamualaikum. Sihat semua? Una pun sihat aje. Hihi. Org tak tanya, una gedik nak jawab. Hihi una sukalah prempuan gedik. Macam Dr Ariana dlm sayangku kapten mukhriz tu. Gedik untuk dptkan benda baik, baguslah tu. Cth dptkan ustaz.
Una update awal ni sebab terlebih lega dan happy. Tu ada rajin nak menaip. Sebab semalam macam nak mati, tapi ada seorang abang komputer tu dpt tlg pulihkan mood una. hahaha Semalam semua file dlm lappy hilang sbb ada masalah skit kan, tak blh nak log in pula. adudud. pastu dah betul, then buka semua hilang. Nak menangis dah. Jumpalah pula abg komputer yg kacak lagi bergaya lagi ketak2 tu. Hahaha. akhirnya dapat juga semua file yg penting. Cerita korea ke, lagu ke semua hilang takpa, blh donlod semula. Ni kalau hilang una punya privacy file, resume, malas tu nak bt balik. Yg lagi bahaya kalau hilang works hymsb ni mcm mana? Tak sanggup una nak karang balik. Itu pun blh lagi copy balik kt wattpad. Tapi kalau story catfs, cerpen2 una, watak2 fuhhh hilang, memang tak sanggup nak tgk lappy.
banyakkan una bebel? Urmmm mukin happy sbb dpt jumpa abg komputer yg macho. tak hensem tapi macho. haha :E Tenkiu abg. Free pula tu tkyah bayar. haha.
Okay tenkiu sudi baca. Hadiah buat awk semua peminat hymsb. byee.
YOU ARE READING
Hate You Mr. Sup Bonjot
RomanceNak tahu sinopsis blurb, so open on your read. Terima kasih :) UPDATE: Tak ada set masa untuk update. Maybe [slow update] PSS: Orang kata, orang yang bersabar ni cantik. Berseri muka. So bersabarlah. Banyak ganjarannya. (hihi) FOLLOW BLOG: mimpi2yu...