HARI sabtu macam ni, orang sibuk tidur membongkang, dia pula sibuk nak kena jumpa Datin Sri Tania. Datin Sri pun satu, kenapa mesti curi waktu cuti dia? Nia memang tak bolehlah, Nia sekarang tak ada di KL. Nia outstation di Kedah.
"Sorry ya Sofea. I sibuk sangat lately ni. Malam semalam pun I baru sampai KL ni. Esok pagi I dah nak ke Singapore pula." Sofea mengangguk saja mendengar segala macam yang keluar dari mulut kliennya.
Itulah, inilah. Kalau dah tahu sibuk, kenapa nak juga jumpa hari ini? Tak boleh ke jumpa isnin nanti. Jam 10 pagi waktu macam ni, waktu dia tidur. Ada aje orang nak kacau. Lagi pula hati dia saat ini sedang sakit. Sakit sebab kecewa cintanya tidak dibalas!
"Tak apalah datin. Saya okey je. Duduk rumah cuti macam ni memang tak ada buat apa-apa pun. Nak tidur, saya bukan perempuan yang tidur sampai matahari tegak. Tak elok umi saya kata perempuan tidur sampai matahari dah terpacak dekat langit. Tak berseri muka."
Yalah tu. Padahal, akulah selalu bangun tengah hari bila waktu cuti macam ni. Selagi umi tak kejut, selagi tu Sofea rasakan waktu masih lagi malam. Datin Sri Tania tersenyum dan mengangguk. Dia juga bersetuju dengan kata-kata gadis di depannya itu. Dia pun memang tak pernah lagi amalkan gaya bangun tidur sampai tengah hari ni. Lihatlah dia sekarang, walaupun umur sudah mencecah ke angka 40 tahun, tetapi wajahnya tetap awet muda.
"Betul datin nak pemilihan warna green apple ni untuk bahagian ruang menunggu?" Jari telunjuk Sofea tertala ke arah majalah. Sesekali, matanya melihat ke arah Datin Sri Tania. Sofea harap, Datin Sri Tania mengangguk setuju jelah. Dia pun dah malas nak berlama-lama di sini. Perut dah bergendang lapar ni. Datin ni pun hanya belanja kek aje. Bukan kenyang. Haih.
"Ini ajelah. I dah bayangkan ruangan menunggu dekat spa I tu, mesti cantik dengan warna ni. Lagi pun I nak buat pembaharuan sikit. Tahun ni, biar nampak hebat. Warna hijau ni pun nampak fresh." Datin Sri Tania sudah pasti dengan pemilihan warna bagi spa miliknya di Subang Jaya itu. Tidak mengapalah kalau terpaksa tutup untuk dua minggu. Cawangan spa di tempat lain masih lagi berjalan seperti biasa.
Alhamdulillah, senang kerja aku. Ucap Sofea dalam hati. Bersyukur sangat yang kerjanya tak berlama-lama sangat untuk hari ini. Sofea mencatatkan sesuatu di dalam buku catatan miliknya.
"Okey done! Mungkin isnin petang, mereka akan ukur tempat dulu. Selasa akan terus mulakan kerja. Okey datin?" Sofea bertanya sambil tangannya yang memegang pen itu diketuk perlahan di dagunya.
"Okey. I memang suka kerja dengan you and Nia. Cepat aje selesai. Nanti kalau Nia dah balik, sampaikan salam I pada dia okey?"
Dia pun suka bekerja, tapi tak suka bila waktu cuti dia kena curi. Gumam Sofea dalam hati.
"I minta diri dululah Sofea. I ada banyak kerja lagi nak buat ni. Apa-apa you boleh call I." Datin Sri Tania berdiri untuk berlalu pergi dari restoran Secret Recipe. Dia bersalaman dan bersapa pipi kiri kanan dahulu dengan Sofea sebelum berlalu pergi.
Sofea sudah benggang. Datin ni memang berdebah betul! Pergi macam tu aje? Dah tu siapa nak bayar harga kek yang mahal ni? Dua potong kek ni je dah nak cecah ke tiga puluh ringgit. Tiga puluh ringgit boleh beli tuala pakai buang wanita untuk lima bulan punya.
Duit akulah ni?! Ish, ada aje tau. Memang nasib tak ada luck hari ini. Tidur diganggu. Duit melayang. Lepas ni apa pula yang jadi? Jumpa beruk agaknya! Bebel Sofea sambil mengangkat tangan memanggil gadis muda itu untuk meminta bil bayaran. Wajahnya dah mencuka geram.
YOU ARE READING
Hate You Mr. Sup Bonjot
RomantizmNak tahu sinopsis blurb, so open on your read. Terima kasih :) UPDATE: Tak ada set masa untuk update. Maybe [slow update] PSS: Orang kata, orang yang bersabar ni cantik. Berseri muka. So bersabarlah. Banyak ganjarannya. (hihi) FOLLOW BLOG: mimpi2yu...