HANNA SOFEA- Mulut jahat, degil, keras kepala! Itu sikap gadis manis bertudung ini. Ingat manis-manis bertudung litup itu mulutnya baik-baik ke? Umurnya yang kian meningkat itu sering dihina dan dipandang serong oleh jiran kepoh rumah sebelah iaitu MAK SOM daun kesom! Mak Som a.k.a jiran kepoh tu selalu saja bandingkan Sofea dengan Nadira.
Nadira?
Nadira pandai masak
Nadira hormat orang tua.
Nadira lemah lembut.
Nadira sopan santun.
Nadira gadis melayu terakhir!
Sofea ini pula?
Tak tahu masak. Umi dia aje yang masak.
Mulut Sofea tak serupa perwatakan.
Sombong!
Errrr kenapa Mak Som ni suka sangat sibuk hal orang? Rasa nak cili je mulut orang tua nyanyuk sebelah rumah ni! Lagi sakit jiwa bila Mak Som berlagak gila, yang kononnya anak dia Nadira ramai sangat berebut nak jadikan isteri. Ecehhh, nak cakap yang Si Sofea ni tak lakulah tu!
FATTAH ADAM- Niatnya suci murni. Dia hanya mahu sembuhkan anaknya, kebahagiaan Qalisa adalah kebahagiaan yang terbaik buat dirinya. Apa yang Qalisa mahu, dia akan cuba turutkan. Tapi yang ni susah sikit, Qalisa mahukan mama! Kalau anaknya itu tidak kisah wanita mana yang ingin dijadikan mama untuk Qalisa tak apa juga, dia boleh tarik saja mana-mana perempuan yang tergilakan dirinya. Tetapi Qalisa tetap berkeras hanya mahukan perempuan mulut jahat tu. Orang lain dah memang tak boleh. Out from list!
"Rugi betul awak tak nak terima saya. Perempuan dekat luar sana semua terkejarkan saya. Tapi awak tak."- Fattah Adam
"Awak ingat awak tu taste saya ke? Rambut macam sup bonjot, ni muka macam hutan belantara Amerika tengah. Rasanya perempuan yang nak kat awak tu buta, ada ke nak orang berbulu macam ni? Tak geli ke? Macam beruk!"- Hanna Sofea
20 tahun hidup berjiran dan selama 20 tahun juga Sofea selalu dibandingkan dengan anak Mak Som. Selama tu jugalah Sofea pekakkan telinga apabila dirinya dibandingkan dengan Nadira. Tapi sehingga satu tahap, Sofea terpaksa lakukan sesuatu. Terpaksa okey! Hanya sebab nak mulakan persaingan dengan anak daun kesom itulah, dia tidak mahu diamkan diri lagi bila asyik dibandingkan. Pengorbanan terpaksa dilakukan, tak kisahlah kalau dia terpaksa korbankan kebahagiaan hidup dia!
"Saya sudi nak jadi mama kepada Lisa"- Hanna Sofea
"Sorry sayang, tawaran tu dah lama ditutup"- Fattah Adam
Kena cari orang lain ke? Mr Sup Bonjot pun dah tak mahu dia lagi. Ohhh tidak!!!
Bukan Mak Som je musuhnya, kini tercatat lagi seorang musuh iaitu MR SUP BONJOT!
****
VOTE AND COMMENT AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH :)
YOU ARE READING
Hate You Mr. Sup Bonjot
RomanceNak tahu sinopsis blurb, so open on your read. Terima kasih :) UPDATE: Tak ada set masa untuk update. Maybe [slow update] PSS: Orang kata, orang yang bersabar ni cantik. Berseri muka. So bersabarlah. Banyak ganjarannya. (hihi) FOLLOW BLOG: mimpi2yu...