12. SAYA ADA

1.7K 100 38
                                    

"TOLONG layan datin sri baik-baik. Kau jangan terlambat pula. Tepati masa!"

Sofea mengangguk-angguk mendengar bebelan Nia Aisha dari hujung telefon itu. Tahulah. Mentang-mentanglah dapat klien datin, semua nak dilayan baik-baik.

"Aku tahulah Nia. Jangan risau. Selama ni okey je. Kau cakap macam aku tak pernah pula deal dengan mak datin-mak datin ni. Selalu kut." Sambil menjawab panggilan Nia Aisha, sambil itu Sofea sedang mengacau air milo tanpa susunya itu.

"Dia tu istimewa sikit. Bukan setakat datin sri je tau pangkat dia. Level dia tu tinggi berbanding dengan mummy aku. Dia kalau tak dapat pangkat datin pun, orang masih lagi hormat dia. Tak akan kau tak kenal Prof. Datin Sri Julia? Successful woman counselor in Malaysia Pea. Haih. Apa kau tahu? Layan cerita korea aje."

"Kau kalau nak ingatkan aku, tak boleh ke kalau tak sakitkan hati aku ni? Baru aje aku mula kerja hari ni, dah macam-macam kau nak beratkan beban aku eh? Haih, makin kurus aku tau. Jangan risau. Kerja ni biar aku uruskan. Kau tu jangan asyik nak gegaduh aje dengan Mika. Lupakan jela kisah lalu Nia. Mulakan hidup baru."

Ecehh! Sofea bagi nasihat bukan main lagi.

Setelah selesai berbalas jawab dengan Nia Aisha, Sofea pun meneguk minumn air milo suamnya itu. Satu tentang dia, dia tak suka mila tanpa susu, dan juga tanpa gula. Dia hanya minum milo begitu saja. Padanya lagi sedap kut.

Sofea keluar dari pantri. Dia melintasi ke arah meja Rini sambil memberi pesan kepada setiausaha Nia Fea itu.

"Saya ada klien. Awak tolong catatkan ya dalam data nanti. Nia dah bagi saya alamat. Nanti saya whatsapp awak detailsnya. Panjang sangat nama orangnya. Terbelit nak sebut."

"Tak apa Cik Sofea. Puan Nia dah maklumkan pada saya pagi tadi."

Sofea berhenti. "Baguslah kalau macam tu. Nanti lepas saya balik, saya inform kat awak semua tentang pengubahsuaian bagi rumah klien yang ni."

Rini mengangguk faham. "Cik Sofea." Panggil Rini.

"Ya kenapa?" Sofea menghayunkan langkah mendekati ke arah meja Rini. Kini dia berdiri di hadapan setiausaha syarikatnya.

Rini turut sama bangun dari duduk. "Cik Sofea kenal Chef Fattah tak? Semalam dia cari Puan Nia dengan Cik Sofea. Katanya, ada personal matter."

Sofea telan liur. Mana pula lelaki tu dapat tahu tempat aku bekerja ni? Sofea tertanya sendiri. Payah ni.

"Maksud awak Chef Fattah yang stail rambut berikat belakang, lepas tu muka dia berbulu tu ke?" Sofea minta kepastian. Dalam hati berharap bukan. Tapi Chef Fattah tu ada ke orang yang pangkat chef dan bernama Fattah lagi di dalam Malaysia ni?

"Ahh betullah tu. Mungkin nanti dia datang lagi. Dia tak ada bagi pesan pun untuk Cik Sofea." Rini mengangguk betul. Sofea berang.

"Awak dengar sini baik-baik Rini. Kalau dia datang lagi, awak cakap saja saya tak ada di dalam opis. Faham? Ada atau tak ada saya dekat opis ni, awak jawab aje tak ada. Tak pun awak cakap saya dah tak kerja sini."

Rini bertambah pelik. Kenapa pula? Puan Nia jumpa dengan Chef Fattah okey saja. Tak ada pun gaya macam Cik Sofea. Kenapa nak tipu?

"Awak faham tak?"

Nak tak nak, Rini anggukkan saja. "Faham Cik Sofea."

Sofea terus berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya. Nak jumpa aku tu, aku tak pelik. Tapi asal Nia terbabit ni? Skandal ke?

Hate You Mr. Sup BonjotWhere stories live. Discover now