14. BESI BURUK

1.3K 73 35
                                    

SOFEA rasa bengang dengan apa yang berlaku padanya pagi ni. Kalau ingatkan balik sikap umi pada dia tadi, rasa macam nak ramas aje rambut umi dia tu. Nasiblah sayang tau!

"Naik ajelah dengan Chef Fattah ni. Chef pun dah baik hati nak hantar Pea ke tempat kerja, kan? Apa salahnya. Umi izinkan." Puan Zarina menolak-nolak tubuh Sofea untuk masuk ke dalam kereta tersebut. Yang buatkan Puan Zarina geram tu, anaknya ini mengeraskan tubuh. Aku dah izinkan dia tak mahu pula!

Cehhh! Apa pasal dengan umi ni? Bila masa aku minta keizinan dia nak tumpang dengan sup bonjot ni? Tak masala je dia cakap dia dah izinkan. Tak naklah umi!!! Jerit Sofea dalam hati.

"Kereta ni buruklah umi. Silap-silap baru nak keluar simpang depan taman kita ni, kereta ni dah berasap. Tak kukuh je Pea tengok kereta ni." Sempat mata Sofea menjeling sinis ke arah Fattah. Apa aku kesah? Memang kereta ni dah boleh jual besi buruk pun!

Astagfirullahalazim. Ya Allah, Kau tolonglah hamba-Mu ini. Kenapa mulut anak aku serupa macam jiran sebelah ni. Apa yang Puan Zarina rasakan sekarang adalah malu apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anaknya itu.

"Kamu tu perempuan Pea. Jaga sikit bahasa tu. Apa cakap kereta orang macam tu pula. Dah tumpang aje Chef Fattah ni." Bisik Puan Zarina bernada geram di telinga kiri anaknya. Sambil itu matanya melihat ke arah anak kecil yang berada di dalam dukungan chef kegemarannya itu.

"Pea tak nak!" Bisik Sofea dengan keputusannya.

"Kamu dah kecikkan hati seorang ibu. Berdosa tau tak? Tak bau syurga." Mula dah Puan Zarina menggunakan kuasa veto dia pula. Dia pasti Sofea akan menurutkan jua kehendaknya ini.

"Tak apalah makcik kalau dia tak nak. Saya ingat nak ajak Cik Sofea breakfast sekali pagi ni. Lisa pun nak sangat jumpa dengan Cik Sofea sampai menangis-nangis dia tak nak ke taska. Sorry kalau kedatangan saya ni menganggu."

Memang pun pengacau! Buat hari aku jadi tak tentu hala aje tau!

"Sayang, mama sibuklah. Nanti bila mama free, papa bawa mama dan Lisa jalan-jalan. Ni dah dapat jumpa mama sekejap je pun dah okey. Lepas ni kita pergi taska okey, jumpa cikgu, jumpa kawan-kawan."

Puan Zarina melihat dan mendengar apa yang dikatakan oleh Fattah. Jelas terpancar sifat penyayang melalui lelaki muda itu. Sejuk hatinya apabila mendengar suara lembut itu cuba memujuk anak kecil di hadapannya. Dia melihat Fattah yang mengusap lembut kepala budak perempuan yang bernama Lisa.

"Mama sibuk eh? You can't join Lisa and papa for breakfast today?"

"Aah lahhh. Ma...ma.. Mama tak bol..."

"Boleh sayang. Mama Lisa tak sibuk pun. Betulkan Pea kamu tak sibuk?" Puan Zarina mengetap giginya dan memandang wajah anaknya dengan penuh rasa geram. Seakan-akan diberi amaran 'Jaga kamu kalau kamu menolak!'

"Tak bau syurga kamu tak dengar cakap umi." Bisik Puan Zarina lagi sekali.

Sofea ketap gigi. Dia tersenyum mengejek. Waajah yang dihalakan ke arah uminya, terus dipalingkan melihat budak perempuan yang comel itu.

"Mama tak sibuk pun. Mama banyak masa untuk Lisa. Okey jom kita pergi breakfast. Tak sabar sangat mama nak makan dengan Lisa ni. Jangan lama-lama dekat sini, matahari pun dah nak menegak ni. Panas pula, cukuplah ada orang tua yang sedang panas hati." Dalam senyuman tak ikhlas, terselit juga sindiran buat uminya.

"Biar saya pegang Lisa. Encik hidupkanlah enjin kereta bu....ruk ni." Sempat Sofea melepaskan geram kepada Fattah, dia mendekati lelaki itu dan mengambil alih untuk mendukung Lisa pula.

Hate You Mr. Sup BonjotWhere stories live. Discover now