SOFEA menggigit buah apel sambil mata melihat ke arah skrin televisyen di depannya. "Cantik juga colour tudung Neelofa ni. Tudungnya yang cantik ke atau sebab si pemakai tu yang cantik eh?" Sofea bersuara sendiri. Tak dinafikan, Neelofa memang cantik. Puji Sofea dalam hati pula.
"Ke tepi sedikit. Permaisuri mahu mengambil takhta kembali."
Tiba-tiba suara Puan Zarina kedengaran. Terpaksa Sofea melompat ke kiri sedikit untuk memberi ruang kepada uminya untuk duduk. Haih, kacau aje. Banyaklah umi punya takhta.
Puan Zarina dengan selamba merampas remote control tv dari tangan anak perempuannya. Dia terus menekan channel kegemarannya pula.
"Haih mak cik seorang ni. Buat puteri nak mengamuk jadi gorilla aje. Pea nak tengok kejaplah meletop tu." Sofea dah menayangkan bibir muncung. Baru ni nak tengok gosip-gosip artis, tapi umi dia pula tukar rancangan masakan.
"Tengoklah rancangan ni. Belajar masak. Umi selalu masak menu baru, huhh, sebab tengok rancangan macam nilah. Itu yang kamu cakap sedap-sedap, semuanya berkat rancangan tv ni." Sofea menjeling geram apabila uminya menjawab begitu. Tak senang betul hidup macam ni. Ada aje si pengacau.
Tiba-tiba Sofea teringat kejadian yang berlaku pada pagi tadi. Dia nak ceritakan pada uminya apabila dia balik saja tadi, tapi uminya tak ada pula. Balik rumah, tengok aje rumah tak ada orang. Mesti umi terkejut bila dapat tahu yang chef kesukaan dia itu rupanya dah berkahwin. Bukan setakat berkahwin aje, dah ada anak pun. Bukan juga setakat ada anak........
Title duda pun dah disadang oleh chef banyak bulu ditambah dengan rambut sup bonjot tu.
"Mii..." Panggil Sofea meleret.
Puan Zarina mengerling melihat anaknya dengan hujung mata saja. "Kenapa?" Tanyanya seperti orang tak puas hati.
Amboi, dah kenapa muka umi aku ni? Macam aku ada buat salah aje.
"Tadi Pea terjumpa dengan sup bonjot." Beritahu Sofea. Tubuhnya yang menghadap televisyen itu sudah pun dipusingkan menghadap Puan Zarina pula.
Pappp!
"Apa umi ni pukul peha Pea?! Sakitlah." Adu Sofea. Dah kenapa dengan umi dia ni pun dia tak tahu. Muka dah macam askar pencen. Lepas tu, ribut taufan tak melanda pun tiba-tiba nak pukul orang. Apa salah aku ni? Geram pula Sofea bila fikirkan perangai tak serupa bikin umi dia ini.
"Umi ni datang bulan ke?" Tanya Sofea dalam rajuknya. Sakit tahu umi pukul. Mesti merah peha putih gebu aku ni.
"Apa kes pula umi nak datang bulan? Dah monopaus macam ni nak datang bulan apa. Dah 5 tahun dah umi tak angkat bendera merah tu." Sambil membebel, Puan Zarina memperlahankan volume televisyen.
"Itu, merajuk aje tahu. Bila nak buang perangai buruk ni pun umi tak tahu kamu ni. Kamu tu yang gila. Jumpa sup bonjot pun nak cerita dekat umi ke? Asal? Kamu mengidam nak makan sup? Sampaikan jumpa sup bonjot pun nak kecoh macam jumpa jodoh." Puan Zarina menyambung lagi bebelannya. Pelik betul anak dara aku ni, terserempak dengan sup bonjot pun nak diceritakan dekat aku. Agaknya ini sakit orang tak kahwin lagi ke? Parah juga ni. Anak aku betul-betul biul.
Sofea sudah mencebik. Dahlah kena pukul, lepas tu umi kata perangai dia buruk. Bertambah geram, bila umi fikir yang dia nak ceritakan tu pasal sup bonjot yang direnih nak buat kuah sup. Ini bukan sup bonjot makanan tu, ini sup bonjot orang!
YOU ARE READING
Hate You Mr. Sup Bonjot
RomanceNak tahu sinopsis blurb, so open on your read. Terima kasih :) UPDATE: Tak ada set masa untuk update. Maybe [slow update] PSS: Orang kata, orang yang bersabar ni cantik. Berseri muka. So bersabarlah. Banyak ganjarannya. (hihi) FOLLOW BLOG: mimpi2yu...