17. VIDEO CALL

1.8K 92 32
                                    

"TANIA mana?"

"Tania ke Taman Melawati. Puan Nia minta Tania gantikan dia untuk urusan rumah Encik Iqbal tu."

Jawab Rini apabila Sofea bertanya kepadanya tentang ketiadaan Tania, salah satu ID syarikat mereka. Sofea mengangguk faham sambil meletakkan fail yang berada dipegangannya di atas meja Rini.

"Siapa yang tak sibuk eh? Saya ingat nak minta Pian yang handle rumah Puan Suraya dekat Putrajaya presint 16 tu. Tapi bila terserempak dengan dia tadi, bukan main kusut kepala dia sekusut meja dia. Macam nak bersepai saya tengok meja dia tu." Sofea menyandarkan sisi tubuh kirinya di dinding menghadap Rini sambil kedua tangan dia berpeluk tubuh. Dia mengeluh berat.

Rini faham. Minggu ini memang semua ID sibuk dengan projek masing-masing. Puan Nia pula tak sihat. Tania terpaksa menggantikan urusan Puan Nia tadi. Sally di Melaka, mungkin petang ini baru balik KL. Pian, nama sebenarnya adalah Suffian. Dia sibuk juga tengah fikir untuk rekaan. Memang serabut kepala Pian tu, seserabut rambut kerinting dia!

"Cik Sofea nak minta tolong apa ya? Kalau saya boleh tolong, saya tolong." Rini cuba menawarkan dirinya. Yelah, dia saja yang relaks, tak banyak kerja. Kerja dia hanya uruskan semua keluar masuk nama pelanggan dan juga susun atur jadual bos-bos dia, iaitu Puan Nia dan Cik Sofea. Tapi ada masanya dia uruskan juga jadual ID-ID yang lain. Kesian pula tengok mereka tu. Sibuk sangat sampaikan susah nak nampak batang hidung. Sibuk tu ada bagus juga sebab projek banyak masuk. Itu bererti, banyaklah yang masyukkk!

Sofea diam seketika. Dia hanya merenung Rini sekilas pandang saja.

"Kalau awak boleh buat Rini. Dah lama saya suruh awak. Tapi ni nak kena pergi tengok rumah Puan Suraya. Awak tahu apa je? Tahu catat saja dan hadap komputer, angkat telefon, susun jadual dan....."

"Tolong angkat Qalisa balik taska." Cepat saja Rini menyampuk sambil tersengih. Rini tak ambil hati langsung dengan kata-kata Cik Sofea ni. Dah lama kerja dengan dia, so tahulah dia mulut loji Cik Sofea ni macam mana. Mulut aje melepas, tapi hati Cik Sofea baik.

"Ya betul!" Ketawa Sofea dengan gelagat Rini.

"Dah memang itu aje kerja dalam bidang saya. Pengurusan pejabat. Saya tak mahir semua bab interior design ni. Tapi kalau minta ukur luas kawasan tu bolehlah juga. Saya tahu. Yang bab-bab lain tak tahu." Ya, dia ukur luas tu bolehlah. Itu pun dah alhamdulillah sangat! Kalau tak, memang dulu dia tak tahu langsung. Tapi disebabkan dah kerja di syarikat ni. Ada masanya ikut ID yang lain pergi rumah pelanggan, so belajarlah dari situ.

"Itu saya tau Rini oiii. Saya pun tak berani nak minta awak tolong handle kerja ni. Baik-baik dah terbinanya rumah. Nanti awak yang buat, terus jadi terbinanya reban ayam!"

Rini ketawa mengekek-ngekek. Amboi! Bukan main lagi bos ni mengata aku.

"Okeylah tu Cik Sofea. Tak ada lagi rumah pangsa buat reban ayam, kan? So why not, kita tambah dalam kemahiran syarikat ini untuk buat rekaan rumah haiwan pula?" Rini masih dengan gelaknya.

Sofea mendengus. "Kalau boleh, memang saya orang pertama jadi pelanggan awak. Saya nak tambat sup bonjot tu dengan anak dia supaya tak kacau hidup saya!"

"Orang kacak macam papa Qalisa tu Cik Sofea tolak. Haih, ruginya. Tak nak bagi saya ajelah Cik Sofea. Dahlah kacak, chef pula tu. Bahasa dia lemah lembut. Saya rasalah, saya perempuan paling bahagia kat dunia ni kalau dapat dia."

Encik Fattah? Siapa tak kenal. Bukan lelaki itu saja yang Rini kenal. Anak lelaki itu pun Rini kenal. Iyalah, dah jadi tukang angkut driver tak bergaji budak comel Qalisa tu.

Hate You Mr. Sup BonjotWhere stories live. Discover now