1. HANNA SOFEA

1.5K 89 25
                                    

                  

"HANNA SOFEA!!! Kamu memang suka ya, buat umi marah. Anak bertuah betul kamu ni. Kamu pergi bertekak dengan Mak Som depan rumah dah kenapa? Dia katanya umi tak pandai didik anak!"

          Puan Zarina mengetuk bertalu-talu pintu bilik anak dara yang seorang itu. Baru seorang saja anak perempuan. Tapi sikap anaknya Sofea itu macam jaga 10 orang anak perempuan. Arwah suaminya saja yang boleh lenturkan hati keras anaknya itu.

          Sofea di dalam semakin berang. Apa pula orang tua daun kesom tu nak lagi? Nak suruh aku simbah dia dengan air cili ke? Tak pun bagi saja Mak Som tu minum air cili. Biar mulut orang tua yang jahat tu tak boleh bercakap setahun. Jangan setahun, kalau boleh biar seumur hidup!

          Sofea membuka pintu biliknya. Terjengul wajah putih bersih milik uminya itu. Wajah merah padam Puan Zarina ditenungnya geram.

          "Dia cakap umi tak pandai didik anak ya. Siaplah orang tua tu. Pea gegar rumah dia sekejap lagi. Umi tunggu eh? Pea tukar baju sat."

          Sofea sudah mencari baju dan seluar panjang. Dia mahu menyerang rumah jirannya itu. Dasar mulut kurap betul! Mulut orang tua tu tak ada kudis, tapi kalau bercakap macam berkudis!

          Puan Zarina mengeluh panjang. Dia menyusuri anaknya masuk ke bilik. "Ya sudahlah tu. Kamu janganlah bertekak dengan Mak Som tu. Kamu pun satu kena banyak bersabar. Mulut dia memang macam tu. Diam aje jangan dijawab apa dia kata."

          Sofea memandang uminya. Baju yang dipegang dicampak ke lantai. "Mana boleh macam tu umi. Dia tu kenapa selalu cari pasal dengan Pea? Apa salah ke Pea tak kahwin lagi? Sedap mulut cakap Pea tak laku!"

          Sofea memang tak berkenan langsung dengan Mak Som tu. Mentang-mentanglah anak dia  Nadira tu dah ada orang masuk meminang. Cehh nak berlagak dengan aku lah tu! Dasar tahi lalat coklat chip dekat hidung! Aku memang suka coklat chip, tapi bila tengok tahi lalat coklat chip Mak Som tu terus terbantut selera aku!

          Dia nak tahu juga siapa yang masuk meminang Nadira. Nadira itu muda 2 tahun darinya. Orangnya pun baik jugalah nak dibandingkan dengan mak dia tu. Tapi tak boleh nak puji baik. Mana tahu depan dia saja Nadira baik, lemah lembut, senyum-senyum. Tapi belakang dia satu bakul kena kutuk. Kalau si Nia dengan Tasya tu memang nak kutuk dia depan-depan aje. Lelagi mulut Nia, tak makan setahun kalau kutuk aku!

          "Betul apa kata Mak Som tu. Kamu tak pernah pun nak bawa calon suami ke datang jumpa umi. Nadira tu dah ada orang masuk meminang tau minggu lepas."

          "Jodoh ni datang dari Allah. Yang umi sibuk nak juga Pea kahwin ni kenapa? Abang yang dah 32 tahun tu pun tak kahwin tak ada pula umi paksa. Pea juga yang kena." Sofea memang rasa tak puas hati. Abang Am yang dah tua tu tak nak disuruh kahwin pula.

          Puan Zarina mencubit perut anaknya itu. "Abang kamu tu lelaki. Kita yang perempuan ni kalau umur dah cecah 30 tahun tak kahwin lagi orang dah mengata. Umi tak nak orang mengata kamu anak dara tak laku. Kamu ni cantik tapi mulut tu biarlah elok sikit."

          Anaknya Sofea ini bukan tak cantik. Cantik macam dia okey. Wajah yang mulus. Hidung pun mancung. Senang cerita semua serba sempurnalah.

          Zikri tu nak ke tidak dengan kamu? Umi tengok dah lama dia tak ke mari. Selalu ajak kamu keluar." Puan Zarina bersuara lagi.

          Sofea buat tidak dengar. Ya, Zikri adalah kawan dari universiti lagi. Dia memang rapat dengan Zikri sehinggakan ramai orang fikir yang mereka ini pasangan. Tak payah cakap orang lain. Dia sendiri fikir yang Zikri adalah kekasihnya. Tapi dari dulu sehingga kini Zikri tak pernah pula cakap kata-kata sayang ke, cinta ke. Sofea pun malas nak fikir. Jadinya, dia biarkan saja hubungan ini seperti selalu.

Hate You Mr. Sup BonjotWhere stories live. Discover now