NIA AISHA semakin pelik dengan lelaki di depannya ini. Setiap minggu, Fattah mencari Sofea di Nia Fea mereka, tapi Fattah seakan tak mahu percaya apa yang diberitahu oleh Nia.
"Fatt..... Saya tak faham dengan awak, why you so really hard to trust what I has said before? Sofea tak ada. Sebulan dia uruskan projek kami dekat Brunei. Tak akan saya nak bohong awak kut."
"Sorry Nia. Saya bukan tak percaya, mungkin dia dah balik dan dia pesan kat awak supaya jangan beritahu pada saya."
Nia Aisha menggaru dahinya sebentar. Dia geleng kepala dengan kenyataan lelaki di depannya ini. Dua minggu lepas, Fattah mencari Sofea di Nia Fea mereka. Terkejut juga, tak sangka Sofea dan Fattah mengenali antara satu sama lain. Nia memang kenal sangat dengan Fattah ni, selalunya bila ada majlis, mummy selalu minta khidmat katering dari Fattah. Dia pun tak sabar nak tunggu Sofea ni balik. Dia nak Sofea ceritakan kepadanya ada apa diantara Fattah dan Sofea. Tak akan nak tanya Fattah pula, Fattah pun macam tak nak cakap apa-apa pun. Fattah hanya beritahu yang dia ada sedikit perkara penting nak dibincangkan dengan Sofea. Lagipun, Nia dengan Fattah pun tak adalah rapat mana, cuma kenalan biasa saja.
"Hahaha, Fatt. Saya pun tak tahu awak dengan Pea tu saling kenal tau. Lagipun, dua minggu dia kat Brunei, satu panggilan pun tak ada untuk saya. Percayalah kat saya, dia tak tahu agaknya awak cari dia dekat sini."
Fattah meletakkan kedua siku di atas meja. Digenggam kedua tangan dan digerakkan jari telunjuknya. Dia mengangguk percaya dengan kata-kata gadis cantik di depan dia ini.
"Saya bukan nak menuduh awak Nia. Saya minta maaf."
Nia Aisha tersenyum manis. "Tak apa Fatt. Apa pun masalah awak dengan kawan saya tu, saya harap boleh dibawa bincang." Walaupun Nia tak berapa mengenali Fattah, tetapi dia tahu Fattah seorang yang baik. Bahasa lelaki itu saja sudah mengambarkan perwatakan diri Fattah yang baik.
"Saya minta diri dulu. Tahniah untuk perkahwinan awak dengan anak Tan Sri Borhan. Mikael." Fattah sudah mengangkat punggungnya. Kini, dia berdiri berhadapan dengan Nia Aisha yang turut sama bangun berdiri.
"Terima kasih Fatt. Maaf sangat kalau saya tak jemput awak. Saya pun dah pening tak tahu dah siapa lagi nak dijemput. Jemputan tu semua famili saya yang uruskan. Saya hanya siap sediakan diri je."
"Ayah saya dapat jemputan dari Dato. Dah sebulan berlalu dah Nia perkahwinan tu. Saya memang tak dapat nak datang. Maaf untuk tu. Ibu dengan ayah yang beritahu saya tentang perkahwinan awak dengan anak lelaki Tan Sri Borhan."
"Saya minta diri dulu. Saya harap awak jangan beritahu dekat Sofea yang saya datang cari dia. Dua minggu lagi saya akan datang lagi untuk berjumpa dengan dia." Sambung Fattah lagi.
Fattah tak mahu Sofea tahu yang dia berada di sini mencari gadis itu. Sah-sah gadis itu tidak suka akan dirinya. Mungkin bila dia jumpa dengan Sofea, dia akan berbincang elok-elok dengan Sofea. Fattah juga tak sangka, Nia Fea Deco ini milik Nia Aisha dan juga Sofea.
"Jangan risau Fatt. Bila dia dah balik KL, awak datang aje sini cari dia." Itu saja yang Nia Aisha boleh tolong. Dia pun tak tahu ada apa antara mereka berdua tu. Nak bagi nombor peribadi Sofea, tak elok pula. Nanti bising mak nenek tu sorang, habis Nia kena gayung pula.
"Thanks Nia."
"It's okay. My pleasure."
****
YOU ARE READING
Hate You Mr. Sup Bonjot
RomanceNak tahu sinopsis blurb, so open on your read. Terima kasih :) UPDATE: Tak ada set masa untuk update. Maybe [slow update] PSS: Orang kata, orang yang bersabar ni cantik. Berseri muka. So bersabarlah. Banyak ganjarannya. (hihi) FOLLOW BLOG: mimpi2yu...