10. KEMBAR

1.5K 72 19
                                    

"ENCIK gila ke? Suka hati aje encik minta saya jadi mama kepada anak encik. Dan saya tak nak pun kahwin dengan encik. Saya kesian juga dengan kanak-kanak yang dah kehilangan ibunya di usia yang masih kecil lagi, seperti anak encik. Tapi ramai lagi kanak-kanak yang senasib macam tu. Apa yang lainnya? Ada banyak lagi kanak-kanak tak ada ibu, dan tak akan hanya sebab encik dah kehilangan isteri, saya nak kena kahwin dengan encik. Kalau macam tu, saya kena jadi mama kepada semualah kanak-kanak yang tak ada ibu tu? Encik tak fi....."

"Sudah! Tanpa cik dengan penjelasan saya, cik dah terburu-buru menunduh macam tu. Saya hanya minta tolong untuk bertemu dengan anak saya. Bukan saya minta cik jadi isteri kepada saya. Tak perlu sampai nak bernikah. Salah ke saya hanya nak sekadar cik layan anak saya dengan baik dan bertemu dengan dia. Saya tak tahu apa yang anak saya nampak saya dalam diri seorang gadis macam cik ni sampaikan dia anggap cik seperti mama dia. Saya boleh je minta orang lain jadi mama dia, tapi keinginan anak saya adalah gadis di depan saya ni."

Sofea terkedu di situ setelah ditengking oleh lelaki di hadapannya. Garang juga Fattah ini. Sofea telan liur, dia sudah kehilangan kata-katanya. Rasa marah dia juga sudah mula menular dalam diri. Satu sikap Sofea, dia tak suka ditengking. Bila kena tengking, mulalah perangai dia yang naik hantu nanti.

"Cik ingat, saya minta cik jadi mama kepada anak saya tu, cik kena kahwin dengan saya lah macam tu?"

Fattah masih lagi berdiri berhadapan dengan Sofea. Dia merenung Sofea dengan satu pandangan yang sukar nak ditafsirkan. Nak marah pun ya juga. Mulut gadis di depannya ini memang cukuplah tak beradab. Suka menunduh, dan tak jaga perasaan orang.

Sofea menarik sedikit selendang agar menutupi bahagian dadanya. Sebenarnya gerakan itu sekadar mahu menutup rasa gugup untuk menjawab soalan Fattah tadi. Dia pun satu juga, kenapa dia boleh terlajak mulut cakap macam tu. Apa kau ni Pea oiii. Cari masalah betul. Sekarang Sofea sedang mencari jalan agar dia dapat melepasi dari rasa malu dan benggang.

"Saya tak nak jumpa encik lagi. Dan saya berharap hari ini adalah pertemuan terakhir antara saya dan encik." Setelah menuturkan kata-katanya di depan Fattah, Sofea terus memusingkan tubuhnya dan dia terus masuk ke dalam bilik hotel.

****

FATTAH tenung anaknya dengan penuh rasa kasih. Dia mengusap lembut kepala Qalisa. Dia kecewa dengan sikap Sofea. Gadis itu degil, tak dengar penjelasannya terlebih dahulu. Ada sebab kenapa dia nak gadis itu menjadi mama kepada Qalisa.

"Sorry sayang. Papa tak dapat pujuk dia untuk jumpa dengan Lisa. Tak boleh ke Lisa sembuh tanpa dia?" Fattah berbicara seorang diri. Qalisa ketika itu sudah pun terlena di atas katil.

Fattah menyayangi anaknya itu. Terlalu sayang. Qalisa adalah amanat arwah adiknya kepada dia. Fattah mengingati kata-kata arwah adiknya Farid setahun yang lepas.

"Lisa rapat sangat dengan kau kan long. Kadangnya, dia lebih suka kau dari aku." Fattah ketawa apabila mendengar kata-kata adik kembarnya itu.

"Memanglah, kau asyik tak ada aje, tu yang dia rapat dengan aku. Kalau dia tinggal sini, aku jelah yang dia ajak main. Siapa aje ada dekat rumah kita ni. Nak ajak ibu main, ibu tu pun dah tak larat sangat nak melayan keletah Lisa lama-lama. Aku jugalah yang terpaksa layan tau." Fattah menundingkan jari telunjuknya ke arah dirinya sendiri.

Farid memang sibuk. Iyalah, hanya Farid yang hendak membantu ayahnya. Kalau nak harapkan Fattah, dia sendiri yang pilih kerjayanya sendiri. Dari dulu dia memang minat dalam bidang masakan. Lagi pula, adik beradiknya hanya dua orang saja. Dia dan juga Farid. Dia dan Farid adalah pasangan kembar seiras. Tapi wajah yang seiras itu tidak ketara apabila, Fattah membela rambut panjang dan juga berkumis di wajah. Senang mungkin orang nak kenali mereka dengan wajah begini. Tak adalah selalu silap orang saja.

Hate You Mr. Sup BonjotWhere stories live. Discover now