20. IKHLAS

598 22 6
                                    


"BETUL apa yang awak katakan itu. Qalisa bukan anak Fatt. Lisa anak arwah Farid. Fattah dan Farid kembar seiras. Yang meninggal bukan sahaja mama Lisa., tapi anak saya juga Farid. Papa kepada Lisa." Terang Datin Sri Julia dengan tenang.

Suasana di ruang tamu banglo itu sunyi sepi. Hanya suara Datin Sri Julia saja yang kedengaran di situ. Tetamu yang hadir semua berkumpul di luar taman banglo besar tersebut.

Sofea tak sangka dengan apa yang didengari olehnya. Dia turut sama terfikir tentang itu. Tapi tak sangka pula yang Fattah ada kembar. Kembar seiras pula itu.

"Saya bukan apa Ju. Semakin hari saya pun pelik juga dengan panggilan itu. Itu yang membuatkan saya tertanya-tanya."

"Tak apa Ina. Saya faham. Kalau saya jadi awak pun saya tertanya-tanya juga. Saya ingatkan awak sekeluarga dah tahu yang Fatt adalah bapa saudara Qalisa. Biasalah Fatt memang tak akan buka cerita kalau orang tak tanya." Datin Sri Julia mengangguk mengerti dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Datin Sri Julia mencapai tangan Sofea. Dia mengenggam erat tangan itu. "Aunty terlalu berterima kasih sebab sudi bantu Qalisa untuk sembuh. Sofea jangan ambil hati dengan Fatt ya. Bukan dia tak nak bercerita perkara sebenar. Fatt pun turut terasa dengan kehilangan kembarnya. Fatt terlalu sayang sangat pada Lisa. Sampaikan arwah Farid pernah mengaku dengan aunty yang dia cemburu lihat anak perempuan dia lebih rapat dengan Fatt berbanding dirinya."

"Farid sentiasa sibuk dengan kerjanya. Farid selalu bekerja di luar Malaysia. Farid bantu unlce uruskan syarikat. Jadi, masa Lisa lebih banyak pada Fatt. Sebab itu Lisa rapat sangat dengan Fatt. Fatt pun memang anggap Lisa macam anak dia sendiri. Fatt marah kalau orang pertikaikan status dia dengan Lisa. Pada dia, dia pun boleh jadi papa yang terbaik untuk Lisa walaupun pada hakikatnya dia hanya bapa saudara Lisa."

"Pada Fatt biar di mata orang dia papa Lisa. Biar di mata orang dia bapa tunggal. Asalkan dia tak nak Lisa terasa kehilangan kedua orang ibu bapanya." Air mata Datin Sri Julia mengalir. Dia mengesat menggunakan tisu kecil yang telah digumpal di dalam genggaman tangan itu. Kalau teringatkan pengorbanan Fattah untuk Qalisa, dia sedih. Fattah banyak berkorban meninggalkan kehidupan bebasnya dulu demi kesembuhan Qalisa.

Dulu anaknya bebas berjalan serata dunia dengan dunia chef itu, kini masanya banyak dikorban demi anak buah kesayangan dia. Dia tahu betapa pentingnya Qalisa pada Fattah.

Sofea mula memeluk tubuh Datin Sri Julia. Dia ingin menenangkan hati seorang ibu yang rindu kehilangan anaknya itu. Tak sangka tersingkap segala cerita yang selama ini dia tidak tahu. Berbakul-bakul dosa dia menuduh Fattah itu seorang duda anak satu. Rupanya Fattah terlalu banyak berkorban untuk si kecil yang dia sayangi.

Beruntung sungguh siapa yang memiliki hati Fattah Adam. Tanpa sedar ada satu rasa yang menjentik hati perempuannya. Dia tidak tahu rasa apa. Rasa itu hadir apabila dia terpandang gelagat Fattah dan Qalisa yang berada di taman luar rumah banglo itu.

"Saya minta maaf Ju kalau saya telah membuat awak membuka kisah luka ini semula." Ujar Puan Zarina. Dia turut sama tersentuh dengan cerita yang sebenar. Semakin bertambah kasih dan simpati dia terhadap si kecil Qalisa.

"Tak apa. Saya mengerti. Saya cuma harapkan cucu dan anak saya sentiasa bahagia. Diberi kesembuhan penuh buat cucu saya Qalisa."

Sofea masih berdiam diri. Tangan tua Datin Sri Julia masih kemas dalam genggamannya. Mata masih lagi tertunak melihat di luar rumah itu.

****

SOFEA melambai tangan setelah kereta abangnya bergerak untuk pulang ke rumah. Dia akan menyusul sekejap lagi. Bukan apa, Qalisa dah memintanya untuk sama-sama membuka hadiah yang si kecil itu dapat tadi sempena majlis ulang tahun Qalisa.

Hate You Mr. Sup BonjotWhere stories live. Discover now