17 | Mood Swing-Sehun

19 3 9
                                    

"Takmo Kit Kat! Takmo Kit Kat!"pekikku sambil menghentakkan kaki di atas lantai.

"Sayang. Kenapa ni? Bukan sayang suka Kit Kat ke?"tanya Sehun sambil menghenyakkan punggungnya di sebelahku.

Memang aku suka Kit Kat. Tapi entah kenapa hari ini aku tidak mahu memakan coklat yang dibeli oleh suamiku sendiri itu.

"Oppa dah beli banyak Kit Kat. Takkanlah sayang tak nak?"soal Sehun lagi sambil menyentuh bahuku.

Aku menjelingnya dengan tajam lalu memuncungkan bawah bibirku sambil berpeluk tubuh.

"Takmo Kit Kat."

Sehun mencebikkan bibirnya sambil melepaskan keluhan halus. Sengaja dia menggulingkan matanya lalu melangkah pergi dari ruang tamu itu.

Sempat lagi aku menoleh ke arahnya apabila kelibatnya semakin menghilang dari situ.

Perlahan-lahan mataku membundar apabila melihat Sehun sedang keluar dari rumah lalu menghempas pintu itu dengan kuat.

BANGG!!

Mataku terbeliak sedikit.

What's wrong with Sehun?

Aku menggaru kepala sambil menjongketkan sebelah keningku.

"Erm...aku ada buat apa-apa kesalahan ke?"getus hatiku sambil memandang ke arah pintu itu.

Lama.

Lama aku menunggu.

Bila dia nak masuk balik ni?

Tiba-tiba sahaja bibirku semakin memuncung. Perasaan sedih semakin menyelubungi diri ini.

Aku ada buat salah ke dekat dia? Jangan-janganlah Sehun dah mula bencikan aku?

Tak. Tak mungkin.

"Sehun...don't leave me,"lirihku sebelum tangisanku pecah.

"HUWAAAAAAAAAAA!!!!"

Kuat nangis je kau ni. Dasar.

"SEHUN! KEMBALILAH KEPADAKU~ SELAMILAH JIWA INI YANG TERLUKAAAA~"aku terus menyanyikan rangkap lagu nyanyian Misha Omar yang aku sendiri pun tidak tahu sama betul atau tidak lirik itu.

Heh.

"SEHUN! KE MANA KAU PERGI KU MASIH MENCARIMUUU~ KE MANA KAU HILANG MBEKKK! MBEKKK!"

Kali ni lagu Donde pula. Aduhai...

"Mana kau pergi Sehun oi! Aku janji aku makan Kit Kat kau! Tolonglah pulang Sehun! Tolonglah! Aku merayu!

Batu belah batu betangkup, telanlah aku makanlah aku! Aku dah buatkan suami aku merajuk sampai keluar rumah gara-gara tak makan Kit Kat yang dia bagi! Tolonglah! Tolonglah!"jeritku sambil memautkan kedua-dua tangan dengan erat.

"Sayang?"

Aku mendongak ke arah pintu lalu memandang ke arah Sehun yang sedang tercegat di pintu dengan wajah hairannya.

"Err...sayang? Sayang tak apa-apa ke?"tanya Sehun.

Aku kaku.

Hanat, apa aku buat ni?

"Hah? Err...err...kenapa ni awak? Awak okay ke?"tanyaku.

"Awak yang tak okay ni,"Sehun meletakkan sebakul plastik yang berisikan makanan itu di atas meja.

Tiba-tiba, lelaki itu meletakkan tangannya pada dahiku.

"Haish, demam pasal makanan lah ni. Ke...sebab takut suami dia merajuk? Huh?"Sehun tersenyum sinis.

"M-mana adalah! Saya tak macam tu!"bentakku sambil menghentakkan kaki di lantai.

"Bohong,"cebik Sehun.

"Tak!"

"Bohong."

"Tak!"

"Bohong."

"Tak! Tak! Tak!"

"Okay fine. Awak menang saya kalah,"Sehun mengangkat kedua-dua tangannya sambil berjalan ke dapur.

"Eh oppa! Janganlah buat macam ni! Sayang tak nak oppa tinggalkan sayang sendiri~"kataku sambil memuncungkan bibir.

Sehun menoleh ke arahku lalu tersenyum.

"Tau pun nak takut,"sindirnya lalu menarikku ke dalam pelukan.

"Urm...y-ya,"tuturku apabila Sehun memelukku dengan erat.

"Aww...kesian awak mood swing harini,"kata Sehun lagi sambil tersenyum.

Ngeh. Beginilah kalau aku kena mood swing. Kena peluk dengan suami je hari-hari.

"Dahlah. Jangan macam ni lagi ya? Bagitau je apa yang awak nak okay?"kata Sehun sambil tersenyum.

"Okay,"aku tersenyum lalu mengambil Kit Kat yang dibelinya tadi.

Rileklah Kit Kat kan ada~

oneshots <3Where stories live. Discover now